Epilog

1.8K 59 7
                                    

Seminggu kemudian...

SETIBANYA Shahreza Hidayat kembali ke Malaysia setelah menaiki kapal terbang selama 23 jam, dia terus duduk di sebuah restoran di dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk membaca sekeping surat yang ditulis oleh Inara khas buatnya.

Inara menyuruh Reza membaca isi kandungan surat itu setelah selamat tiba di Malaysia dan Reza terus membaca isi kandungan itu tanpa berlengah.

Assalamualaikum, Reza...

Pertama sekali, saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada awak sebab awak dah banyak tolong saya semasa Nadim meninggal dunia dari hospital sehinggalah jenazah arwah dikebumi di tanah perkuburan Islam di Rom ini. Tidak terbalas jasa awak untuk semua ini dan saya rasa sangat lega bila awak dah betul-betul maafkan Nadim.

Kedua, saya nak minta maaf pada awak. Saya nak minta maaf atas semua kekurangan dan kekhilafan saya semasa saya bercinta dan berkahwin dengan awak dahulu. Tempoh perkahwinan kita yang berkekalan selama 10 tahun itu telah banyak mengajar saya tentang erti cinta, bahagia, kasih sayang dan setia. Saya takkan boleh lupakan semua kenangan kita sebagai suami isteri yang pernah buat saya rasa cukup bahagia. Saya tak pernah menyesal kenal awak dalam hidup saya sepertimana saya tak pernah menyesal jadikan awak sebagai suami saya.

Ketiga, saya nak minta maaf sebab saya terpaksa menolak permintaan Nadim yang mahukan kita untuk kembali bersama. Maaf, saya tak boleh kembali pada awak kerana hati dan jiwa saya sudah pergi bersama Nadim. Perasaan cinta dan kesetiaan saya ini juga telah saya tutup serapat-rapatnya agar perasaan ini kekal buat Nadim apabila saya kembali berjumpa dengan dia di akhirat kelak.

Saya dah buat keputusan untuk tidak lagi kembali pulang ke Malaysia kerana saya mahu membesarkan Danny dan kekal hidup bersama kenangan-kenangan yang saya dan Nadim pernah cipta di Itali. Insya Allah, bila sampai waktunya... saya pasti akan balik ke sana tapi bukan sekarang.

Saya doakan awak berjumpa jodoh dengan seorang perempuan yang selayaknya untuk awak kerana awak memang layak untuk kembali rasa bahagia walaupun bukan dengan saya. Awak lelaki yang sangat baik, Reza. Bertuah perempuan itu kalau dapat merasa cinta daripada awak.

Segala kekasaran yang pernah awak lakukan pada saya dulu, saya dah maafkan dan lupakan dengan hati yang terbuka. Jangan hukum diri awak tentang hal itu lagi ya? Anggap ajelah itu sebagai pengajaran supaya awak tak akan ulangi lagi.

Cinta saya bermula dengan awak dan biarlah ianya berakhir dengan Nadim. Cukuplah hati saya ini pernah dimiliki oleh dua orang lelaki saja sepanjang hayat saya. Saya tak pernah menyesal dengan apa yang dah jadi antara kita bertiga. Biarlah itu semua menjadi suratan yang sudah tertulis dalam setiap takdir kita.

Terima kasih untuk segala-segalanya, Shahreza Hidayat.

yang benar,
Inara Ameena.

Usai membaca semua isi kandungan itu, Reza tersenyum reda. Dia reda dan terima keputusan Inara itu dengan lapang dada.

"Saya pun doakan awak bahagia, Inara. Awak adalah si bunga larangan yang saya amat cinta tapi jodoh memang bukan milik kita. Saya terima," katanya lagi.

Dia... Si Bunga Larangan (Completed)Where stories live. Discover now