Bab 23

637 35 1
                                    

WALAUPUN Inara melayani kerenah Nadim acuh tak acuh saja, Nadim tetap bersemangat untuk duduk makan bersama dengan Inara. Dia membawa Inara duduk di tepi tasik sambil menemani Inara yang sedang makan Bask Bear Coffee. Dia sebenarnya tidak lapar dan sengaja mengajak Inara keluar kerana mahu habiskan masa dengan wanita itu.

"Dalam banyak-banyak tempat, taman tasik juga yang you bawa I? Why?" tanya Inara yang bingung.

"Barulah sweet. I dah lama nak piknik tapi tak best piknik seorang jadinya I ajaklah you. You can finish your breakfast here," kata Nadim.

"Kalau I makan seorang tapi you tengok aje... itu bukan piknik namanya," jawab Inara.

Nadim senyum saja.

"Hmm... Reza tak ada call you ke? Sejak dia kerja kat Singapore ni I tak dengar langsung cerita pasal dia. Dia tak call I pun."

Inara mengangguk.

"Ada aje dia call tapi sejak dia pergi sana, dia cuma call I empat kali, balas WhatsApp I lima kali dan FaceTime dua kali. The rest is nothing. Sibuk sangatlah tu."

"Dan you tak kisah dia jarang contact you?"

"Kitaorang dah kahwin 10 tahun. I rasa tak guna sangat kalau I nak merajuk bila dia buat macam ni sebab we have been known each other so well. Tak apalah, dia sibuk kerja pun untuk I juga. Lagipun kan dah tak lama untuk dia balik sini? Sebulan setengah aje lagi."

"Macam mana kalau bila dia dah balik sini nanti... keadaan dah berubah?"

"Maksud you? Apa yang akan berubah?"

Nadim menggeleng. "Tak ada apalah, habiskan makan tu," katanya.

"Ok, ini yang I pantang kalau dah cakap tapi separuh jalan aje. Bila dah cakap tu habiskan ajelah ayat tu terus."

"Kalau I cakap pasal hati, perasaan dan cinta dengan you... you tak suka. So, tak payahlah I cakap."

Inara menjeling Nadim.

"I takkan tinggalkan Reza untuk you walau macam mana gigihnya you nak goda I. I'm not that cheap," balasnya.

Nadim terus ketawa.

"Oh, so you sedarlah yang selama ni I goda you? Hmm... yes, mia cara. Neither you are cheap nor that cheap like you said just now. Kalau you perempuan murah, I takkan goda you tau."

"Jangan buat I terfikir untuk menduakan cinta I pada Reza. Jangan cabar atau uji kesabaran I."

Nadim diam. Kemudian dia merapatkan kedudukannya dengan Inara lantas menyuapkan sandwic Bask Bear Coffee yang ada di tangan Inara masuk ke dalam mulutnya.

"Wow, sedapnya! Rugi I tak beli satu untuk I tadi!"

Inara terus mengeluh marah.

"Itu I yang punya tau! Yang you makan sandwic I dah gigit kenapa? Hish... you ni buruk siku betul! Dah bagi orang lepas tu makan pulak."

"Kita share. Meh buka mulut... I suap."

Inara menjauhkan diri sambil menjeling tajam ke arah Nadim.

"Hish... memang taklah I nak share dengan you! Ingat sweet ke? Aduh!"

Walaupun Inara membantah, Nadim tetap menyuapkan sandwic itu ke dalam mulutnya dan seraya itu Inara harus mengunyah jua.

Nadim pula tersenyum puas.

"Kan senang macam tu. Lain kali suruh aje I suap. Lagi cepat you makan, lagi sweet I rasa."

Dia... Si Bunga Larangan (Completed)Where stories live. Discover now