INARA keseorangan saja di rumah Nadim. Dia bosan kerana tidak tahu hendak buat apa dan Nadim sudah keluar pergi ke rumahnya untuk mengambil semua pakaian dan membeli barang dapur.
"Apalah aku nak buat dalam rumah gaya orang bujang macam ni? Nak suruh aku main PS5? Haih... telefon aku sendiri pun tak pernah ada game, ini kan pulak nak main game console macam tu. Jahanam nanti!"
Inara mundar-mandir di situ sendiri. Tak pernah sepanjang hayat hidupnya, dia tinggal di rumah lain selain daripada rumah mama papanya dan rumahnya sendiri. Jadi tepu pula duduk di rumah orang lain meskipun orang itu adalah suaminya sendiri.
Suami? Hmm... sebenarnya dia masih kekok untuk menganggap Nadim sebagai suami. Apa yang membuatkan Inara setuju untuk berkahwin dengan Nadim adalah kerana dua perkara.
Satu, dia tahu Nadim amat mencintai dirinya meskipun dia tidak pernah cintakan lelaki itu.
Dua, dia kecewa dengan hinaan Reza terhadap dirinya setelah mereka sah bercerai. Dengan penuh ego Reza berkata dia tidak kisah sekiranya Inara berkahwin dengan Nadim maka Inara terus bersetuju untuk berkahwin dengan Nadim hanya untuk membuat Reza termakan kata-katanya sendiri.
Dan kini... Inara hanya berharap bahawa keputusan drastik yang dia lakukan ini adalah keputusan yang benar. Dia harus memberi peluang kepada Nadim untuk menunjukkan kasih sayang terhadap dirinya meskipun dia masih ragu-ragu dengan diri lelaki itu.
~~~
KABEL wayar sambungan kamera pengintip itu diputuskan dan kamera itu sendiri akan dibuang oleh Nadim. Dia pulang ke dalam rumah Inara untuk mengambil pakaian Inara sekaligus memutuskan dan menanggalkan semula kamera pengintip yang dahulunya dia letakkan di dalam almari dan di dalam bilik tidur Inara.
Dia sudah tidak lagi memerlukan untuk mengawasi pergerakan Inara kerana Inara sudah bergelar isterinya kini.
Setelah selesai semuanya, Nadim mengambil bagasi yang berisi semua pakaian Inara lantas bergerak keluar dari rumah itu tapi dalam masa yang sama, dia lihat kereta Reza berhenti di perkarangan rumah itu.
Nadim meletakkan bagasi pakaian Inara di dalam bonet kereta kemudian memandang Reza.
"Kau buat apa kat sini?" soalnya.
"Aku nak jumpa Inara. Ada hal nak cakap dengan dia," jawab Reza.
"Inara tak ada."
"Jangan tipulah. Panggil Inara keluar sekarang."
"Buat apa aku nak tipu kau? Dah memang Inara tak ada. Aku kat sini pun sebab dia yang suruh aku ambil semua pakaian dia," kata Nadim.
Reza memandang ke arah bonet kereta Nadim. Memang ada bagasi Inara di dalamnya.
"Inara kat mana? Dia nak pergi mana?"
"Hmm... aku rasa itu bukan urusan kau. Suka hatilah dia nak tinggal mana ke pergi mana. Aku sendiri pun tak kisah dia nak pergi mana,"
Reza jadi berang. Kata-kata Nadim itu memanaskan hatinya.
"Jangan main-main dengan aku, bodoh! Suruh Inara keluar sekarang!" pekiknya.
Nadim menggeleng kemudian turut menjerit.
"Eh, bangang! Kau ni pekak ke tuli? Kan aku dah kata isteri aku tak ada kat sini! Apa yang bangang sangat kau ni? Tak reti bahasa!"
Reza terkejut.
"Isteri? Inara... dah kahwin dengan kau?"
"Yalah!" jawab Nadim.
Melihat wajah Reza yang terkejut membuatkan Nadim tersenyum sinis. Dia mengeluarkan telefonnya dan menunjukkan video mereka berdua semasa majlis akad nikah pagi tadi.
"Kenapa? Kau tak percaya yang Inara akhirnya jadi isteri aku? Ok, tak apa. Biar aku tunjuk video akad nikah kitaorang pagi tadi."
Reza melihat video itu dengan reaksi wajah tergamam.
Inara benar-benar berkahwin dengan Nadim.
Inara benar-benar dah jadi isteri Nadim.
"Sorrylah sebab tak jemput kau datang akad nikah kitaorang. Aku memang nak jemput tapi Inara cakap majlis akad nikah tu khas untuk keluarga saja. Kau bukan keluarga so yeah... sorry for that," ujar Nadim dengan nada sindiran.
"Sekarang ni Inara dah tinggal dengan aku kat rumah aku. So, tak payahlah buang masa nak datang sini lagi untuk cari dia ya? Dia takkan tinggal sini dah."
Reza memandang wajah Nadim.
"Apa dosa aku dengan kau, Nadim? Apa yang aku dah buat pada kau sampai kau buat aku sampai macam ni sekali?"
Nadim tersenyum.
"Good questions but before that, let me be honest with you about me and Inara."
"Sebenarnya apa yang Inara cakap pada kau hari tu semuanya betul. Inara tak pernah pun curang dengan aku atau curang dengan lelaki lain belakang kau. Dia perempuan yang sangat baik dan isteri yang sangat setia dengan kau."
"Tiap kali aku cuba goda dia... dia hampir termakan godaan aku tapi hati dia tetap ingat kau. Macam-macam cara aku cuba untuk pikat dia. Bawa dia makanan, call dia, jumpa dia dan aku bawa dia pergi piknik tepi tasik semata-mata sebab nak buat dia jatuh cinta dengan aku tapi dia tetap cakap dia sayang kau. Dia takkan curang dengan kau sebab hanya kau yang layak pegang cinta dia."
"Aku tak boleh terima benda tu so aku buat plan. Aku upah private photographer untuk ambil gambar kitaorang setiap kali aku paksa dia keluar dengan aku. Bila gambar dah siap, aku datang tunjuk kat kau sekali dengan cerita palsu yang kau bodoh sangat pergi percaya tu."
"Inara Ameena is a good wife for you, Shahreza Hidayat. But sadly, you are too stupid to realise that. Baru dengar satu cerita bohong, dah pergi percaya bulat-bulat dan tuduh isteri sendiri curang sedangkan kau orang dah kahwin selama 10 tahun kut... tak sangka kau bodoh percaya semua tu dengan mudah aje."
"And now, she's my wife. I am very happy to have her as my wife," kata Nadim.
Kemudian Nadim memandang wajah Reza.
"Oh, ya... berbalik kepada soalan kau tadi. Hmm... apa dosa kau dengan aku sampai aku buat kau macam ni? Hahaha!"
"Kau tahu apa dosa kau dengan aku, Reza. Aku berdendam sebab kau sentiasa jadi perhatian arwah ayah aku masa kita sama-sama belajar dulu. Ayah aku sentiasa meratib puji diri kau, kejayaan kau sedangkan aku sebagai anak kandung dia pun... tak pernah rasa semua tu!"
"Hah?" soal Reza yang tidak mengerti.
"Aku tak suka dibandingkan, Reza! Kau tu anak yatim piatu... lelaki miskin! Tapi kau juga yang ayah aku pandang. Ayah selalu bandingkan aku dengan kau dan setiap kali aku tak berjaya macam kau, ayah akan hina aku, herdik aku! Dia siap cakap yang dia lebih suka kau jadi anak dia berbanding aku! Asyik kau aje yang dia puja sampai dia mati!"
"Sebab tu aku berdendam dengan kau. Aku sumpah yang aku akan rampas kebahagiaan kau dan buat hidup kau huru-hara. Aku dapat buat semua tu sejak aku tahu Inara isteri kau. Pada awalnya aku cuma nak permainkan Inara supaya kau tak bahagia dengan dia tapi lama-lama aku jatuh cinta dengan dia sebab dia perempuan yang baik. Aku jadi cemburu bila tengok dia happy dengan kau. So, I did what I did."
Reza terdiam.
"Sebab tu aje punca kau dendam aku? Nadim, bukan salah aku bila ayah kau--"
"Memang salah kau! Aku hidup terseksa dengan ayah aku, Nadim! Hidup aku tak bahagia macam kau walaupun aku banyak harta, banyak duit!"
Kemudian Nadim tersenyum lagi.
"Tak apalah, sekarang kau pun dah tahu semuanya kan? Tak payahlah aku pura-pura bodoh dengan kau lagi. Hmm anyway... boleh berambus tak? Aku nak balik ni sebab isteri kesayangan aku dah tunggu kat rumah. Kesian dia sunyi suami tak balik lagi," kata Nadim.
Nadim masuk ke dalam keretanya dan mengundur ke belakang. Nadim pula mengundurkan keretanya untuk keluar dari perkarangan rumah Inara itu.
Dia mengunci pagar menggunakan remote kemudian dia sempat tersenyum pada Reza.
"Jangan ada kat depan rumah ni macam orang gila bayang pulak. Karang tak pasal-pasal jadi gila," katanya lantas berlalu pergi.
YOU ARE READING
Dia... Si Bunga Larangan (Completed)
Romance[BACAAN DEWASA 21+ SAHAJA -- CERITA INI MENGANDUNGI KATA-KATA KESAT, PERIHAL RUMAH TANGGA, PENDERAAN, MASALAH KESIHATAN MENTAL DAN PERGADUHAN YANG MELAMPAU] Lelaki yang sudah berkahwin bercinta dengan perempuan lain itu dipanggil curang. Perempuan b...