Bab 44

737 49 3
                                    

NADIM membawa Inara menaiki gondola yang merentasi sungai di sekitar bandar Venice. Jauh perjalanan mereka dari Rom ke Venice semata-mata kerana Nadim mahu membawa Inara ke tempat-tempat yang romantis.

"Hari ni satu hari untuk you. You nak buat apa, you nak makan apa, you nak pergi mana... semuanya I akan bawakan untuk you. Only two of us."

"Eh, you tak kerja ke? Bukan ke kita balik sini sebab you kerja?" tanya Inara.

"Alaa... kerja tu nanti boleh siapkan. Yang penting adalah diri you. I nak you bahagia seronok tinggal sini lagi tapi kali ni dengan I pulak."

"I ok aje kalau you kerja. I boleh pergi ke mana saja kalau you kerja. You pergilah uruskan kerja you tu. Itu kan tanggungjawab you."

"Ya, betul. Kerja itu tanggungjawab I tapi you keutamaan I. I lebih suka pilih you daripada pilih kerja I sebab kerja tu takkan pernah habis tapi moment I dengan you macam ni, tak selalu datang."

Inara tersenyum. Dia memandang wajah Nadim dengan senyuman.

"Sejak kita kahwin ni kan... you dah banyak berubah. Sejak bila pandai jadi lelaki romantik ni?"

Nadim ketawa.

"Eh, I memang dah semulajadi romantik. You baru tahu sekarang sebab baru sekarang you kenal siapa diri I yang sebenar," katanya.

"Dah you yang tak nak tunjuk diri you yang sebenarnya dari mula."

"Eh, you juga yang tak nak layan I dari mula kita kenal kan?"

"Yalah... masa tu I isteri orang. Of course I tak boleh layan lelaki asing. Berdosa tau bila seorang isteri buat macam tu."

"Ya, pasal tu I pun nak minta maaf. I tak sepatutnya goda you masa you masih lagi isteri Reza. I dah banyak kali langgar hukum hakam agama semata-mata nak dapatkan you. Nasib baik juga you tak termakan godaan I."

Inara tersenyum.

"Sebenarnya tipulah kalau I kata I tak tergoda dengan you. Every time you cuba rapat dengan I... every time you sweet dengan I, hati I akan rasa sesuatu tapi I tahu itu semua salah so I cuba sedaya upaya untuk lawan semua godaan tu."

"Tapi you masih marah I tentang fitnah yang I buat pasal kita kat Reza kan?" tanya Nadim.

"Ya tapi tu dulu ajelah. Sebenarnya I lebih marahkan Reza yang terlalu mudah percayakan fitnah dan sanggup pukul I sedangkan kita dah kenal bertahun lama. Rupanya dalam perkahwinan kitaorang ni, dia tak pernah pun percaya yang I setia dengan dia."

"I'm sorry, baby."

"You dah banyak kali minta maaf, sayang. Cukuplah tu. Sekarang I dah lebih positif dan I rasa ini adalah cara tuhan nak jodohkan kita. Everything happens must have a reason, right? Kisah I dan Reza dah lama berlalu tapi kisah I dengan you baru saja nak bermula."

"If only I can change the past."

"Why? You dah menyesal kahwin dengan I ke? You dah rasa I ni bukan perempuan yang baik untuk you?"

"Eh no! Bukan macam tu, baby."

Nadim memegang tangan Inara lantas menciumnya.

"I love you so much and I never regret take you as my wife. It's just... if only I could change the past, I would never ruined your marriage with Reza."

"Sudahlah... jangan cakap pasal perkara lepas. I kahwin dengan you sebab you janji you nak bahagiakan I dan sekarang I dah rasa bahagia tu dengan you. I sendiri pun dah boleh terima perkahwinan kita ni."

"You bukanlah jahat sangat, Nadim Amzar," kata Inara lagi sambil menyentuh pipi Nadim.

"Tapi nanti kalau Reza datang balik untuk hidup bersama dengan you, I nak you terima tau. I rela lepaskan you."

Berubah air muka Inara. Dia terus mahu menjadi marah.

"Apa you cakap ni!? You ingat I ni bola ke? Ikut suka hati aje nak pass kat orang ni... nak pass kat orang tu."

"Bukan macam tu maksud I, baby. Dalam hal kita bertiga ni, I yang patut dipersalahkan. I yang musnahkan cinta you dengan Reza sampai kau orang bercerai dan sepatutnya I sedar pasal ni dari dulu lagi."

"Habis tu you nak cakap yang perkahwinan kita ni satu kesilapan ke? Oh, ok!"

Inara terus naik ke atas jambatan setelah gondola itu berhenti di tepi sungai. Nadim memberikan upah kepada pemandu gondola itu sebelum mengejar isterinya.

"Mia cara... lasciami spiegare prima. I bukan nak cakap yang perkahwinan kita ni satu kesilapan."

(Sayang, biar I jelaskan dulu)

"Tak payah jelaskan apa-apalah. Tak penting pun," balas Inara yang masih berjalan meninggalkan Nadim di belakang.

"Inara Ameena, stop!" arah Nadim.

Langkah kaki Inara terus terhenti. Nadim berjalan ke arahnya dan memaksa badan Inara berdiri di hadapan matanya.

"I tak pernah anggap perkahwinan kita ni satu kesilapan. I cuma rasa bersalah sebab I dah musnahkan kebahagiaan orang lain semata-mata untuk bina kebahagiaan I sendiri. I sayang you, Inara. Tapi setiap kali I pandang muka you, I akan rasa bersalah. I akan rasa bersalah sebab dah musnahkan kebahagiaan you dengan Reza."

"Sudahlah... sampai bila you nak rasa bersalah? Dulu memang I marah benci dengan you sebab you musnahkan kebahagiaan I dengan Reza tapi sekarang I sedang cuba buka hati I untuk terima you sebagai suami setelah I nampak kesungguhan you cintakan I. Sekarang ni pun I dah boleh lupakan kisah lama I dengan Reza. I dah tak ada cinta untuk Reza lagi. So, kenapa you perlu rasa bersalah lagi? I dah tak salahkan you."

"Kenapa bila I benci you, you tetap bersungguh-sungguh nak dapatkan I tapi bila I dah mula sayang you, you terus rasa macam ni? You nak I sayang you... sekarang I dah sayang you, you buat macam ni pulak."

Inara memandang mata Nadim. Dia nampak dengan jelas kekesalan di mata lelaki itu.

"You tak perlu rasa bersalah sebab I sendiri dah maafkan you dan I sendiri yang ajak you kahwin kan. You tak perlu rasa bersalah, sayang. I dah nampak semua tu dalam mata you. I dah maafkan you."

Kemudian tanpa suara, Nadim terus memeluk badan Inara dengan erat. Nadim menangis apabila Inara berkata begitu dan Inara pula tersenyum tenang membalas pelukan itu.

Ya, Inara sudah mula mencintai Nadim. Kini dia hanya mahu hidup bahagia bersama lelaki itu tanpa mengingati kembali apa yang sudah berlaku antara mereka dahulu.

"I love you, baby."

"I love you too, sayang."

Dia... Si Bunga Larangan (Completed)Where stories live. Discover now