USAI sahaja selesai menghantar Shahreza Hidayat ke lapang terbang untuk berangkat ke Singapura, Inara Ameena terus bergerak menuju ke wisma IA Holdings dan baru sahaja Inara melabuhkan punggung untuk duduk, suara Kelly sudah kedengaran kuat sambil berlari masuk ke dalam pejabatnya.
"Bos... bos... bos..." panggil Kelly yang sedang mengah akibat berlari.
"Ya Allah, apa hal you lari macam kena kejar hantu ni, Kelly? Kenapa?" tanya Inara yang mengeluh.
Kelly menarik nafas dalam-dalam sebelum mula untuk bertenang. Dia memandang wajah Inara kemudian menghulurkan sebuah dokumen pada Inara.
"Razi baru call tadi... dia cakap Zafar nak buat perhitungan dengan you. Zafar tak puas hati Datin Mastura pilih design IA Couture berbanding design butik dia untuk tender company yang Datin Mastura buka untuk semua fashion company."
Inara terus menggelengkan kepalanya sendiri. Zafar... sentiasa membuat masalah dengan syarikatnya.
"Ok, call Razi balik dan suruh Zafar datang sini. I sendiri yang akan jumpa dia."
"Tak payah, I dah datang sini dah pun," kata Zafar yang selamba saja masuk ke dalam pejabat Inara tanpa dijemput.
Inara memandang Zafar kemudian menyuruh Kelly beredar pergi. Pintu pejabatnya pun ditutup rapat oleh Inara.
"Apa lagi ni, Far? I thought we already done with this issue," ujar Inara.
"You are not fair with me, Inara. You tahu kan butik I bertungkus lumus untuk menang tender tu tapi dengan mudahnya Datin Mastura pilih butik you padahal you masuk tender tu last minute. You tak adil!" kata Zafar.
"Ok sekarang you nak I buat apa? Datin Mastura sendiri yang pilih IA Couture. I anggap tender tu sebagai rezeki untuk butik I."
"Rezeki? Eh, jangan sembang rezeki dengan I. Itu bukan rezeki tapi kabel. You ingat I tak tahu yang Datin Mastura tu kawan mama you? Of course you gunakan pengaruh mama you untuk dapatkan tender tu."
"Seriously? Itu yang you fikir tentang I? Far... I ni dah cukup matang untuk bekerja dengan usaha sendiri. I tak perlukan pengaruh sesiapa untuk berjaya dalam kerja I sendiri. Come on, judge me better."
"I tak kira... I nak you tarik diri daripada tender tu dan bagi pada I."
"No way! Kalau I buat macam tu Datin Mastura akan saman I dan kalau you nak sangat... you pergilah tanya dengan Datin Mastura sendiri. Selama ni apa-apa keputusan berkaitan dengan tender tu semuanya Datin Mastura yang decide. Bukan I. Jadinya I takkan tarik diri apatah lagi berikan tender tu pada you."
"Apa masalah you dengan I hah? Dari dulu sampai sekarang you tak habis-habis nak sabotaj I."
Inara ketawa kecil.
"I sabotaj you? Zafar, I tak pernah sabotaj sesiapa apatah lagi diri you. You aje yang selalu ingat I nak sabotaj you. I sama aje... I pun nak you berjaya juga. I tak nak bermusuh dengan sesiapa."
Zafar tersenyum sinis. Dia tidak percaya dengan kata-kata Inara.
"Tak payah berlakon baik sangatlah, Inara. You dengan Tan Sri Razali sama ajelah. Suka salah guna kuasa semata-mata untuk puaskan nafsu you yang tamak haloba. Like father like daughter."
"Hey, watch your mouth! Jangan ikut suka hati aje nak hina papa I atau keluarga I. You tak ada hak nak cakap yang bukan-bukan pada keluarga I. Jangan melampau!"
Inara naik berang apabila Zafar sesuka hati menuduh dia dan keluarganya salah guna kuasa sedangkan mereka sentiasa mengikuti peraturan dan syarat yang ditetapkan setiap kali membuat urusan perniagaan dengan syarikat lain.
YOU ARE READING
Dia... Si Bunga Larangan (Completed)
Romance[BACAAN DEWASA 21+ SAHAJA -- CERITA INI MENGANDUNGI KATA-KATA KESAT, PERIHAL RUMAH TANGGA, PENDERAAN, MASALAH KESIHATAN MENTAL DAN PERGADUHAN YANG MELAMPAU] Lelaki yang sudah berkahwin bercinta dengan perempuan lain itu dipanggil curang. Perempuan b...