Bab 2

1.1K 58 2
                                    

AIR peluh yang mengalir dari dahi hingga ke seluruh muka membuatkan Inara berhenti dari meneruskan bermain gim. Sudah tiga jam dia berada di dalam gimnasium ini malah dia juga sudah kehabisan tenaga. Oleh itu, dia mahu terus beransur pulang dari situ.

"Eh, Nara. Dah nak balik ke? Come on, awal lagi ni. Jom, aku train kau kickboxing pulak," kata Felix, si pemilik gim tersebut.

Inara tersenyum menggeleng.

"Weh, jangan! Aku dah macam nak hilang nyawa tau sekarang ni. Lain kalilah aku join training kickboxing kau tu lagipun aku dah tiga jam ada kat sini. Bukan setakat mandi peluh dah ni. Melekit satu badan."

Felix ketawa.

"Hah, yalah. Tapi lain kali datang bawalah teman. Aku selalu tengok kau datang sini seorang aje. Mana suami? Tak nak ajak dia workout sekali?"

"Suami aku kerja, Felix. Susah nak tunggu dia ada masa untuk workout dan dia bukannya kaki gim. Kalau dia nak workout, dia workout dengan badminton ajelah."

"Oh, faham. Eh, tapi betul ke kau nak masuk kickboxing ni? Memang aku ajak kau training tapi aku takut jugalah suami kau tak kasi. Kang mengamuk pulak dia bila tengok badan isteri dia lebam-lebam."

"Tak pasal-pasal aku kena tumbuk lepas tu gim aku kena saman," katanya lagi sambil tersengih.

"Suami aku tak kisah. Alaa... nanti aku ada masa, aku join training kau. Don't worry, tak ada orang yang akan saman kau."

Felix ketawa kemudian Inara berlalu pergi. Beberapa saat kemudian, ada seorang lelaki menoleh ke arah Inara dan melihat saja wanita itu beredar pergi.

Dia tergamam memandang wajah Inara namun Inara tidak sedar akan hal itu.

"Felix, siapa perempuan tu?" soalnya.

"Oh, itu Inara. Regular customer aku. Kenapa?" soal Felix kembali.

"Cantiknya! Body mantap, muka bersih, tinggi lampai! Perghhh... ini stok model ni."

Felix tersenyum sinis kemudian mencampakkan tuala tangan ke arah Nadim.

Ya, nama lelaki itu adalah Nadim.

"Hei, kau jangan berangan eh! Dia tu dah kahwin. Kau tak boleh kacau dia atau goda dia."

Nadim memandang Felix. Dia tidak percaya Inara dah kahwin.

"Hahaha... eh, kau biar betul? Body macam anak dara lagi. Takkan dah kahwin?"

"Eh, kau ni! Dah tu kau ingat body perempuan dah kahwin ni semuanya macam tong dram ke? Memang anak dara aje yang boleh ada body cantik? Ya, dia dah kahwin. Aku pernah nampak suami dia sekali masa suami dia datang ambil dia balik dari sini."

"Ok, kalau macam tu... mesti dia kahwin dengan anak Dato' kan?"

Felix menggeleng.

"Tak. Dia kahwin dengan orang biasa aje. Dia pernah cakap kat aku yang suami dia kerja sebagai sales representative."

Nadim ketawa.

"Biar betul? Isteri cantik macam model NYFW tapi kahwin dengan lelaki kerja sales representative? Agak-agaklah kalau kau nak buat cerita pun weh."

"Eh, bangang! Aku tahulah kau tu lelaki kaya tapi tak payahlah perlekehkan kerja orang lain. Biarlah hidup dia nak kahwin dengan lelaki macam mana. Yang kau ni judgemental sangat dah kenapa?"

Tiba-tiba angin pula Felix rasakan. Suka hati aje Nadim nak memperlekehkan orang lain.

"Wah... kau panas hati betul! I'm just saying. No need to be fucking emotional," balas Nadim.

"Taklah, engkau tu. Tak semua perempuan cantik nak lelaki kaya dan tak semua lelaki biasa tak layak dapat perempuan cantik. Mind your fucking own business ajelah."

Nadim mengangguk.

"Yalah... yalah," katanya.

~~~

"HELO, mama," sapa Inara sambil menyusun barang dapur yang baru saja dibelinya ke dalam peti sejuk. Telefon pintar miliknya masih bersambung dengan panggilan daripada mamanya.

"Helo, Nara. Nara kat mana ni?" tanya mamanya.

"Nara kat dapur. Tengah restock barang dapur. Kenapa mama call? Papa ok ke?"

"Papa ok aje dan mama sihat. Saja aje mama call kamu sebab rindu. Dah dua bulan kamu tak call kitaorang. Sibuk sangat ke?"

"Sorry, mama. Nara sibuk dengan rumah tangga meanwhile Abang Reza sibuk dengan kerja. Itu yang tak sempat nak tanya khabar dengan mama papa."

"Hmm... sibuk apalah sangat kalau duduk berdua aje dalam rumah tu? Kau orang bukannya ada anak pun."

Inara pantas mengeluh. Dia tahu mamanya akan masuk ke dalam topik ini. Setiap kali bercakap telefon pasti orang tuanya akan sebut tentang perkara ini.

"Walaupun tak ada anak, kitaorang tetap ada kehidupan, mama. Abang Reza sibuk kerja untuk kesenangan kitaorang juga dan Nara sibuk dengan urusan Nara sendiri."

"Hmm... Reza tu sibuk kerja 10 tahun sekalipun tetap tak boleh sama dengan kamu. Kesenangan yang dia kasi pada kamu tak setimpal dengan kesenangan yang kamu biasa dapat selama kamu hidup."

"Mama... sudah-sudahlah perlekehkan suami Nara. Dia kaya atau miskin... dia tetap suami Nara dan Nara tetap bahagia aje hidup dengan dia."

Sedih hati Inara apabila mamanya memperlekehkan suaminya sendiri.

"10 tahun dah kau orang kahwin tapi tetap juga tak dapat anak. Itulah mama dah cakap dari dulu lagi... kahwin dengan pilihan papa, tapi kamu degil. Nak juga kahwin dengan Reza. Sekarang ni lelaki pilihan papa tu dah ada tiga orang anak tapi kamu seorang pun tak ada lagi."

"Dah belum ada rezeki, nak suruh kitaorang buat apa? Mama, kitaorang ok aje kahwin tak ada anak tapi mama pulak yang susah hati padahal mama dah ada empat orang cucu daripada Abang Khai dan Kak Dian."

Inara mengeluh. Suka sangat mamanya membandingkan dirinya dengan adik beradik yang lain padahal mereka tiga beradik tidak pernah sibuk tentang hidup sesama sendiri.

"Hish! Kamu ni suka sangat melawan kata mama!" marah mama.

"Mama, Nara bukan saja-saja nak lawan kata mama tapi dari dulu sampai sekarang mama dengan papa tak habis-habis nak perlekehkan pilihan Nara. Sudahlah tu. Selagi Nara bahagia dengan pilihan dalam hidup Nara, mama dan papa tak payah nak pertikaikan.  Umur Nara dah 32 tahun jadinya Nara dah cukup-cukup matang untuk uruskan hidup Nara sendiri."

Mama terdiam.

"Kalau mama asyik nak condemn kitaorang suami isteri... tak payahlah call dan tak payah tanya khabar. Mama tak membazir air liur dan hati Nara pun tak sakit. Ok, bye."

Panggilan dimatikan dan Inara merengus kemarahannya. Dia sedar akan jurang pembezaan antara dirinya dengan Reza selama ini. Ya, Reza seorang anak yatim piatu yang sebatang kara dan tidak kaya berbanding dengan dirinya yang merupakan anak kepada pasangan jutawan dalam perniagaan kargo dan memiliki kekayaan dengan hasil titik peluh sendiri.

Rumah banglo tiga tingkat yang mereka diami ini pun adalah hak milik Inara sepenuhnya tapi sekali pun Inara tidak mengungkit mahupun bangga diri dengan Reza. Dia juga tidak pernah menganggap Reza menumpang harta kekayaan dirinya kerana dia tahu Reza rajin berusaha.

Tentang anak pula... dia dengan Reza tiada jawapan. Mereka tidak tahu mengapa mereka belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata namun mereka tetap percaya akan rezeki yang Allah akan beri. Mereka tiada masalah dengan semua yang dipertikaikan.

Apa yang mereka tahu adalah mereka bahagia hidup berumah tangga.

Dia... Si Bunga Larangan (Completed)Where stories live. Discover now