SETAHUN sudah berlalu dan kini cahaya mata tunggal Inara Ameena dan Nadim Amzar sudah berusia dua bulan. Hubungan Inara dan Nadim makin mesra meskipun keadaan kesihatan Nadim kian menurun. Dia masih harus menjalani rawatan psikiatrik dan rawatan kanser darah itu dan alhamdulillah Nadim sudah kurang mendengar suara-suara bising di dalam kepalanya bahkan bayang-bayang Amri pun dia sudah kurang lihat.
Itu petanda yang amat baik untuk penyakit skizofrenia yang dihadapinya.
Apabila mendengar suara tangisan si anak yang berada di dalam katil bayi, Nadim terus mendukung anaknya untuk meredakan tangisan. Beberapa saat kemudian, Inara masuk ke dalam bilik yang sama bersama sebotol botol susu di tangan.
"Ya, sayang... mommy dah siap buat susu untuk Danny."
Inara tersenyum apabila melihat Nadim bersama anak mereka.
"Oh, dapat daddy terus senyap ya?"
Nadim tersenyum. Inara memberikan botol susu itu pada Nadim. Nadim menyuapkan susu itu pada Danny.
"Baby, rehat ajelah. Biar I yang jaga Danny hari ni," kata Nadim.
"Eh, tak apa. Sayang tu yang patut rehat. Kan baru aje balik dari hospital."
Nadim enggan. Dia tetap mahu menjaga Danny menggantikan Inara.
"Tak penat dan tak susah pun nak jaga Danny ni. Baby pergilah rehat dulu. Kesian I tengok you dari subuh sampai sekarang tak cukup rehat."
"Yalah," kata Inara yang kemudian pergi ke almari untuk mengemas pakaian Danny yang baru saja siap dibasuh.
Mahu tidur, dia tidak penat.
"Baby, you tak rindu company you kat Malaysia ke? Dah dua tahun kita tinggal kat Itali ni."
"Hmm... rindu tu rindu juga tapi tak apalah, Kak Dian ada untuk jaga IA Holdings dan IA Couture tu. Setiap bulan Kak Dian akan hantar update pada I. Eh, kenapa tiba-tiba you sebut pasal Malaysia ni? Ada terfikir nak balik sana ke?"
"I mungkin takkan balik sana tapi you mesti akan balik. Baby, kalau you nak balik Malaysia, pergilah. Sebab you masih ada family, business kat sana. Kalau I ni dah tak ada apa-apa dah. Hidup mati I tetap kat Itali ni."
"Sayang ni... kenapa cakap macam tu? Kalau I nak balik Malaysia sekalipun, takkanlah I nak balik berdua dengan Danny aje. Mestilah you kena balik sekali."
Nadim memandang wajah Danny kemudian dia berasa sayu.
"Entahlah berapa lama lagi masa yang I ada untuk bersama dengan you dan Danny. Nak tak nak I tetap kena tinggalkan kau orang juga nanti."
"Hei!" tegah Inara.
"Apa cakap macam tu? Sayang, janganlah cakap pasal mati ni semua. You masih ada peluang untuk sihat dan you memang akan sihat. You takkan tinggalkan I dengan Danny sampai bila-bila."
"I'm sick, baby. Sel kanser yang ada dalam badan I pun makin aktif merebak ke tahap empat dan keadaan kesihatan I dah makin merosot. I tak akan mampu hidup lama pun dan I memang takkan sempat untuk tengok anak kita ni membesar."
Nadim memandang wajah Inara.
"You bercakap macam you tak sabar sangat nak mati, Nadim. Ok, kalau you mati... macam mana hidup I dengan Danny? I tak mampu nak besarkan Danny seorang diri."
"Pasal itu you tak payah risau sebab I dah uruskan semuanya untuk you dengan Danny kekal hidup selesa macam sekarang. I dah bincang dengan lawyer I... kalau I mati nanti, semua harta I kat Itali ni akan jatuh pada you dan Danny tapi Danny akan dapat semua bahagian dia bila umur dia dah 18 tahun. Sementara tu, you yang akan jadi penjaga bahagian dia. Untuk bahagian you pun of course ada... you jangan risau."
"I tak kisah langsung pasal semua harta you. Sudahlah... jangan cakap macam ni lagi. I tak suka dengar you cakap macam ni lagi."
Nadim tersenyum.
"I'm just telling you the facts, baby. Oh, kalau I dah mati nanti dan you tak mampu nak besarkan Danny seorang diri... you pergilah cari Reza. Kembali pada dia dan I yakin sangat yang dia boleh jaga you dengan Danny perfectly."
Inara tercengang kemudian mengeluh berat.
"Sampai ke situ you fikir, sayang? Seriously? Kenapalah you masih nak sebut pasal Reza dalam hidup kita sekarang ni? Reza dah tak ada kena mengena dengan kita dan dia pun dah entah ke mana... so kenapa kita perlu ingat pada dia? Makin mengarutlah you ni, Nadim Amzar."
"I suka kalau you kembali pada Reza. He's good guy and he's your first love. You should go back to your first love."
"Yes, he's my first love but now... you are my true love. Buat apa I nak kembali pada cinta lama yang dah jadi sejarah dalam hidup I? Sudahlah... I malas dan I tak nak dengar you cakap mengarut macam ni lagi. Pelik-pelik ajelah you bercakap hari ni."
Inara terus berkerut dahi dan Nadim ketawa.
"Eh, tak salah pun apa yang I cakap ni. Kenapa you marah sangat?" soal Nadim.
"Of course, I marah. You nak hantar I balik pada Reza macam I ni return parcel aje kan? I am your wife and I don't like what you just said."
"Ok, kalau you tak nak Reza... you nak siapa? I boleh carikan."
Kemudian Nadim ketawa dan Inara terus membaling anak patung beruang kecil milik Danny pada Nadim.
"It's not funny, Nadim!"
Inara menjulingkan matanya ke atas sebelum dia keluar dari bilik tidur anaknya dan terus ke dapur. Nadim hanya ketawa saja melihat isterinya yang geram.
~~~
SELESAI saja makan malam, Inara membawa Danny masuk ke dalam bilik tidur kerana sekarang sudah waktu si anak kecil itu untuk tidur. Inara sempat mengomol pipi gebu anaknya sebelum Danny diletakkan di dalam katil bayi.
"Danny dah tidur dah?" tanya Nadim.
"Dah, lepas habis sebotol susu dan sendawa... dia terus pejam mata tidur," jawab Inara.
Nadim masuk ke dalam bilik itu dan mencium pipi anaknya. Kemudian dia dan Inara berpimpin tangan untuk ke bilik tidur mereka pula. Saat Inara duduk di atas katil, Nadim memberikannya sekeping surat bersertakan sebatang pen.
"Apa ni? Surat kebenaran poligami ke?"
"Haah. You buka lepas tu you sign tau."
Terbeliak biji mata Inara dibuatnya.
"Hahaha... tak adalah. You buka lepas tu you baca dulu."
Inara membuka lantas membaca isi kandungan surat itu kemudian memandang Nadim dan Nadim mengangguk saja.
"Itu semua hak untuk you dan Danny. Gunakan semua duit untuk masa depan you dengan Danny. Make sure bila Danny dah besar nanti, you masukkan dia ke private school, masukkan dia ke universiti yang paling bagus dan berikan dia prihatian yang cukup. I nak dia berjaya macam mommy dengan daddy dia. I nak dia jadi manusia baik sama macam mommy dia."
"Sayang, you tak perlu buat macam ni. Apa yang you buat ni macam you dah bersedia untuk tinggalkan I dengan Danny."
"Baby, you have to be ready no matter what. I cuma dah sediakan semuanya yang you dengan Danny perlukan. You pun tahu doktor cakap I takkan boleh hidup lama."
"Doktor bukan tuhan! Kenapa you nak percaya sangat apa yang doktor cakap? Berdoalah supaya Allah panjangkan umur you, tarik semua penyakit yang you ada sekarang ni supaya you boleh hidup bahagia dengan anak isteri you sama macam orang lain. You tak nak hidup bahagia dengan anak isteri you ke?"
"Bukan macam tu--"
"Dah tu berhentilah cakap mengarut macam ni lagi. I'm not ready to lose you, sayang. I never ready to lose you."
Seraya itu, Nadim terus memeluk Inara dengan erat. Inara menangis sayu di dalam dakapan Nadim.
"Jangan tinggalkan I... you tak boleh tinggalkan I," kata Inara.
"Ok, baby. I'm sorry. I'm sorry, baby."
Nadim memujuk Inara.
YOU ARE READING
Dia... Si Bunga Larangan (Completed)
Romance[BACAAN DEWASA 21+ SAHAJA -- CERITA INI MENGANDUNGI KATA-KATA KESAT, PERIHAL RUMAH TANGGA, PENDERAAN, MASALAH KESIHATAN MENTAL DAN PERGADUHAN YANG MELAMPAU] Lelaki yang sudah berkahwin bercinta dengan perempuan lain itu dipanggil curang. Perempuan b...