"APA ni?' tanya Inara dengan wajah yang straight dan menggunakan nada yang serius tatkala Nadim datang ke pejabatnya bersama tiga kuntum bunga tulip dan bungkusan makanan yang dipesan dari Bask Bear Coffee.
"Bunga dan breakfast untuk you," jawab Nadim bersertakan senyuman.
"Ada I suruh you beli bunga dan breakfast untuk I ke?"
"Memanglah tak ada tapi I beli semua ni sebab I nak hari you dimulakan dengan gembira. With beautiful flowers and good breakfast, your day will be smooth like butter!"
Inara mengeluh sambil melihat jika ada kakitangannya yang memandang mereka dengan hairan. Dia tidak mahu perkara ini dan pemberian dari Nadim ini jadi bahan gosip mereka semua.
"Nadim..." keluh Inara.
"Apa lagi caranya untuk I buat you faham yang I tak suka you buat macam ni? Apa ni? Bagi bunga, breakfast bagai. Lepas tu suka hati aje datang ke bangunan I tanpa buat appointment dengan Kelly. Jangan buat kita ni jadi bahan umpatan orang boleh tak? Haih..."
"Kita bukannya buat apa-apa salah pun, Inara. I just wanna be your friend."
"Tak, masalahnya sekarang ni I yang tak nak jadi kawan you. Faham tak? Baliklah. You ni memang tak ada kerja lain ke? Free memanjang."
"I'm a pilot. I have plenty of off days. I akan balik Itali lagi dua bulan. So, yes. I'm always free."
"Ok, kalau macam tu you gunakan masa free you tu untuk perkara yang lebih berfaedah daripada you datang sini secara tak diundang."
"Jumpa you kat sini adalah perkara berfaedah untuk I. Hmm... jom kita keluar?" ajak Nadim.
Inara menggeleng sendiri.
"Quest'uomo davvero non conosce la lingua! Vorrei schiaffeggiarlo ripetutamente," keluh Inara dalam Bahasa Itali.
(Dia ni memang tak reti bahasa! Nak aje aku lempang muka dia berulang kali)
Nadim tersenyum.
"Perché vuoi uscire insieme quando puoi innamorarti ancora e ancora?" tanyanya.
(Kenapa nak lempang kalau boleh jatuh hati berulang kali?)
Inara memandang wajah Nadim.
"Parlo anche italiano, mia cara."
(I pun boleh berbahasa Itali, baby)
Inara terus menjulingkan matanya ke atas. Dia terlupa bahawa Nadim juga fasih berbahasa Itali.
"Ok, whatever. And please don't mia cara me."
"Mia cara suits you very well. I will call you that after this."
"Mia cara tu panggilan manja pasangan bercinta dan berkahwin. Kita bukan pasangan macam itu. Jangan perasan sangatlah."
"Tapi I tetap nak panggil you mia cara juga. Don't care if you don't like it."
Inara hilang kata. Dia puas melayani sikap Nadim yang tidak malu ini.
"Ok, thanks for flowers and breakfast. You may go home now."
"I nak bawa you keluar. Jom?"
"I ada banyak kerja sekarang ni. Tak nampak ke banyak fail atas meja ni? I tak boleh keluar."
YOU ARE READING
Dia... Si Bunga Larangan (Completed)
Romance[BACAAN DEWASA 21+ SAHAJA -- CERITA INI MENGANDUNGI KATA-KATA KESAT, PERIHAL RUMAH TANGGA, PENDERAAN, MASALAH KESIHATAN MENTAL DAN PERGADUHAN YANG MELAMPAU] Lelaki yang sudah berkahwin bercinta dengan perempuan lain itu dipanggil curang. Perempuan b...