Bab 41

825 51 3
                                    

PEJAM celik, sudah sebulan usia perkahwinan mereka berdua dan hari ini Nadim akan membawa Inara pulang ke Itali untuk bermastautin di sana. Kalau ikutkan hati memang Inara tidak mahu menjejakkan kaki ke Itali lagi namun dia harus akur dengan Nadim kerana Nadim bekerja di sana.

"Flight kita pukul berapa?" soal Inara.

"Any time aje flight kita," kata Nadim.

Inara hairan.

"Any time? Maksudnya? Eh, tak boleh macam tu. Tiket you dah beli. Kalau lambat, rugi nanti."

Nadim tersenyum. Dia membawa Inara naik ke dalam Range Rover dan kereta itu dipandu sehingga ke kawasan landasan kapal terbang. Kemudian Nadim mempimpin tangan isterinya keluar dari kereta dan membawanya masuk ke dalam sebuah jet peribadi miliknya.

"Kenapa perlu beli tiket kalau kita boleh pergi ke mana saja dengan percuma? This private jet is ours," ujar Nadim.

Inara tercengang. Nadim ada jet peribadi?

"Selamat pagi, tuan... puan. Saya Kapten Hairi dan co pilot saya, Ismail adalah pilot yang akan bawa tuan puan ke Rom, Itali pada hari ini," maklum Kapten Hairi.

Nadim mengangguk.

"Ok, Kapten."

Apabila Kapten Hairi kembali pada kokpit untuk memulakan penerbangan, Inara dan Nadim duduk di tempat masing-masing dan pantas memakai tali pinggang keledar.

"I thought you are a pilot who worked in Italy?" tanya Inara.

"I am a businessman who have business in Italy. I ada syarikat penerbangan sendiri di Itali dan I juga memang ada lesen untuk bawa kapal terbang tapi I bukan pilot. I adalah pemilik Hades Airlines dan akedemi penerbangan di Itali," jawab Nadim.

"Kenapa you tak pernah cakap jujur dengan I selama ni?"

"Saja, nak buat surprise."

"After a month, baru I tahu suami I kerja apa. What a pleasant surprise."

Nadim ketawa saja.

"I'm sorry, baby. Tapi I ada banyak surprise untuk you bila kita dah sampai Rom nanti. Sekarang ni, you boleh sambung tidur balik. Kita akan ada dalam kapal terbang ni sehari suntuk."

"Tapi I lapar. You tak sempat belikan I makanan pun tadi."

"Lapar? Ok, jap. I tengok apa yang ada dalam fridge kat belakang."

Inara mengangguk.

"Baby, nak makan fruits dulu tak? Ada avocado, pears, apple and dragon fruit. I potong kecil-kecil letak dalam mangkuk ok?"

"Boleh," jawab Inara.

"Ok, come here," panggil Nadim sambil mengambil pisau dan papan pemotong buah.

Inara pergi ke laluan belakang dan dia tergamam melihat ada sebuah bahagian dapur kecil dan satu bilik tidur yang mempunyai katil bersaiz queen.

Besar betul jet peribadi milik Nadim ni.

"Biar betul!? Dalam jet ni banyak gila ruang."

"Of course. I kan selalu ulang alik dari Malaysia ke Itali. Mestilah nak selesa dalam perjalanan."

"Sayang, you cakap betul-betul dengan I... you ni business tycoon ke drug lord? Kaya sangat you sampai boleh ada private jet besar yang harga ratus juta macam ni."

Nadim tersenyum sinis saja.

"Kenapa? Tak suka ke dapat suami kaya macam I?"

"Bersyukur sangat dapat suami kaya macam you tapi kalau macam ni kekayaan sebenar you, mestilah I terkejut. Keluarga I pun tak kaya macam ni."

"Actually, after my dad meninggal dunia... I jual semua aset harta dia lepas tu balik ke Itali. I mulakan hidup baru dan habiskan my degree. One year after that, I buka bisnes properties sampailah genap dua tahun. Lepas tu I jual bisnes tu untuk buka bisnes penerbangan dan ya, bisnes tu kekal sampai sekarang. This year, genaplah Hades Airlines wujud selama tujuh tahun."

"So, maknanya you bukan tinggal kat Itali selama tujuh tahunlah? You dah tinggal sana lebih tujuh tahun?"

"I dah tinggal kat Itali selama 10 tahun sebenarnya. Apa yang I pernah cakap kat you dengan Reza dulu tu banyak tipu aje."

"Patutlah pelik aje cerita you. Unconvincing."

"I tipu sebab nak impress you tapi rupanya you pun sama hebat. Kita berdua pernah tinggal di Itali untuk masa yang lama," kata Nadim.

Inara mengangguk kemudian Nadim memberikannya sepinggan penuh mac and cheese.

"Ok, makanan dah siap. Makan ok?"

"Eh, ada mac and cheese?"

Nadim tersenyum.

"Mac and cheese instant aje ni. Makanlah buat alas perut. Nanti bila kita dah touch down... kita pergi makan yang berat sikit."

"Ok, thank you," ucap Inara.

Nadim tersenyum sambil menggosok kepala Inara.

"Most welcome, mia cara."

~~~

NADIM masih tekun dengan komputer ribanya manakala Inara sudah terlelap di atas katil di kabin belakang. Selepas dia makan tadi, dia terus rasa mengantuk kekenyangan.

Melihat sang isteri sedang nyenyak tidur, Nadim terus menghentikan kerjanya dan pergi ke arah katil. Dia duduk di sebelah Inara sambil tekun memerhatikan Inara tidur.

"I'm sorry for everything I have done, baby. I janji dengan you yang I akan pulangkan semula semua yang I dah rampas daripada you. I cuma nak merasa hidup bahagia dengan you saja."

Nadim memegang tangan Inara lantas mencium tangannya dengan satu kucupan.

Dalam masa yang sama, Inara terjaga. Dia memandang Nadim kemudian tersenyum.

"Sorry I tertidur sebab kekenyangan. You buat apa? Kerja dah siap ke?"

"Belum lagi tapi tak apalah, kerja tu boleh siap bila-bila masa aje. Sekarang ni giliran I pulak nak tidur."

Inara ketawa kecil kemudian beralih ke tepi untuk memberikan sedikit ruang buat Nadim baring di sebelahnya.

Nadim pun baring di sebelah Inara.

"Baby, you sayang I tak?" tanya Nadim.

"Kenapa tanya?"

"Sebab I nak tahu jawapannya. Kita pun dah sebulan kahwin tapi you tak pernah tunjuk you sayang I."

"Habis tu selama kita kahwin ni I layan you baik-baik... I sudi tidur sebilik sekatil dengan you tu apa? You suruh I panggil you sayang... I turutkan tau."

"Itu lain. You layan I macam tu sebab you anggap I kawan aje. I tahu you belum anggap I macam suami you lagi. I nampak cara you, baby. Dari situ pun I dah boleh nilai yang you masih tak betul-betul terima I sebagai suami you."

Inara diam memandang wajah Nadim.

"I'm sorry. Tapi percayalah... I masih tengah cuba untuk biasakan hidup I dengan you. Pertemuan dan perkenalan kita tak bermula dengan baik kan? I nak minta masa dengan you. Boleh?"

Nadim mengangguk.

"Tapi you tetap akan terima kehadiran I sebagai suami you kan walaupun belum ada cinta?"

"Ya. Kita kekalkan ajelah hubungan kita yang macam ni sebab apa-apa pun you tetap suami I."

Nadim terus tersenyum.

"Thank you, baby."

Inara mengangguk kemudian dia melihat Nadim pula yang memejamkan mata untuk tidur.

Inara memang perlukan masa untuk menerima semua ini dengan rela hati dan perasaan cinta. Setakat ini, layanan Nadim terhadapnya sangat sempurna. Jadi, sedikit sebanyak itu boleh menjadi punca untuk dia membuka pintu hati dan cinta pada Nadim.

Inara tahu Nadim seorang lelaki yang baik... cuma yang salah adalah cara perkenalan mereka.

Dia... Si Bunga Larangan (Completed)Where stories live. Discover now