Bab 25

737 36 3
                                    

TERBELIAK biji mata Inara apabila dia melihat Nadim di dalam dapurnya sedang menyediakan sarapan pagi. Eh, bukan patutnya semalam lelaki itu dah beredar keluar dari rumahnya selepas makan ke!?

Kenapa dia masih ada dalam rumah aku pagi macam ni?

"Nadim Amzar, what're you doing in my house!? Bukan ke semalam I dah suruh you balik lepas habis makan? I sendiri yang nampak you masuk dalam kereta you semalam. Macam mana you boleh masuk balik dalam rumah I?"

Nadim hanya tersengih.

"Oh, I main tekan aje passcode pintu you lepas tu dia terbuka. Hehehe... jangan salah faham. Ya, memang I dah balik semalam tapi I datang sini pukul 7.00 pagi tadi sebab nak masakkan sarapan untuk you."

Nadim menunjukkan telur hancur dan sosej yang sudah dia goreng sebagai sarapan pagi pada Inara.

"Ni I buat English breakfast untuk you."

Inara mengeluh.

"Nadim, you dah ceroboh masuk rumah I, you sedar tak? Suka hati you aje main tekan passcode pintu rumah I. I boleh dakwa you sebab trespassing rumah I tanpa kebenaran."

"Alaa... I ceroboh masuk tanpa niat nak cederakan you pun. Don't be so overdramatic. Lagipun awal pagi macam ni siapa nak ceroboh rumah you? Relaks."

"You ni pelik betullah. You tahu Reza tak ada dalam rumah ni dan I perempuan, you tetap nak datang juga. Apa kena dengan you ni? Tak boleh hormat privasi I ke? Kita putus kawanlah macam ni."

"Eh, kejap! Apa ni? Ok, I minta maaf tapi tak payahlah sampai putus kawan. It's not a big deal for us."

"For me, it is. Nadim, janganlah merumitkan keadaan yang baik macam ni. Kalau orang lain nampak you kerap kali datang sini macam mana? Habis kecoh satu taman perumahan ni nanti."

"Yalah tapi takkan sampai tak nak kawan?"

"Yalah, you dah langgar syarat I. You tak nak dengar cakap I. Putus kawan ajelah jalannya sekarang ni."

Nadim menggeleng.

"I tak nak putus kawan dengan you. Ok, relaks. I datang sini sebab nak sarapan dengan you aje. Itu saja dan tolonglah jangan suruh I keluar. I takkan keluar selagi you tak makan sarapan yang I buat ni."

"You ni memang sejenis suka memaksa kan? Kalau I cakap tak nak, you tetap akan paksa I cakap nak. Haih..."

Inara mengeluh kemudian duduk juga di atas ruangan makan. Nadim tersenyum puas apabila Inara mengalah dengannya. Dia terus mengambil makanan tadi dan meletakkan di atas meja kemudian mahu menyuap ke dalam mulut Inara.

"Eh, tak payahlah sampai suap. I boleh makan sendiri."

Nadim tetap berkeras.

"Buka mulut, I suap."

Inara menggeleng. Dia mahu mengambil sudu itu dari tangan Nadim namun Nadim mengelak.

"Inara Ameena," katanya.

"Ok, fine," Inara pun buka mulutnya dan Nadim terus menyuapkan makanan itu.

Inara mengunyah makanan itu sambil memandang wajah Nadim.

"You ni asyik masak western aje. You tak pandai masak makanan melayu ke? Sejak I kenal you pun, I tak pernah tengok you makan makanan melayu."

"I tak suka makanan melayu sebab I tak pandai makan makanan melayu," jawab Nadim.

Inara terkejut.

"You tak pandai makan makanan melayu? Eh, malulah jadi orang melayu tapi tak makan makanan melayu. Family you tak pernah ajar you makan makanan melayu ke?"

"Arwah ayah dan mama lebih suka dengan makanan barat. I pulak dah biasa membesar dengan budaya masyarakat dan makanan barat. I used to live in Italy for 10 years when I was a kid. Come back to Malaysia from age of 11 until 20 and live in Italy again after finished my diploma study until now. Jadinya masa kecil dan remaja I memang banyak habis di Itali. Malaysia ni agak janggal untuk I walaupun I orang melayu Malaysia."

"Hmm... patutlah poyo aje masa first time datang sini jumpa Reza. Nak makanan makanan western aje. Lain kali you kena belajar makan makanan melayu. Senang nanti kalau bakal isteri you nak masak untuk you. Makanan western bukannya sedap sangat macam makanan melayu."

"I sanggup makanan melayu kalau you yang masakkan sebagai isteri I."

Kata-kata itu membuatkan Inara tersedak air minuman dan habis comot bibirnya. Nadim pula ketawa saja.

"Nadim! Suka sangat cakap macam tu. Tak kelakar langsung!" marah Inara yang sudah mencebik.

"I cakap aje. Itu pun nak marah. Relaks," balas Nadim.

Inara menjeling ke arah Nadim kemudian Nadim mengelap bibir Inara yang ada kesan comot dengan jarinya sendiri. Inara tergamam dengan tindakan itu. Nadim mengoda Inara dengan pandangan matanya dan dia mengelus lembut bibir wanita itu saat wanita itu seakan terpana dengan sentuhan jarinya.

"I love you... I care about you... I want you to be happy with me, baby."

"Nadim..." keluh Inara sendiri.

"Reza bukan lagi lelaki yang layak untuk you. I ada untuk you, Inara. Tinggalkan ajelah dia dan pilih I. I janji I akan bahagiakan diri you," Nadim cuba untuk memanipulasi fikiran Inara.

Dia mahu Inara kalah dengan godaannya.

"Tak boleh. Reza suami I dan I tak boleh curang dengan dia. You dengan I tak boleh macam ni, Nadim. Kita berdua tak boleh biarkan perasaan ni buatkan kita hanyut. I'm his wife and you're his best friend."

"Biarlah. I dah tak boleh tipu hati perasaan I terhadap you lagi, Inara. I nak you juga... tinggalkan Reza. Dia tak boleh bahagiakan you dan dia tak boleh berikan you anak. Keluarga you pun bukannya suka dia. Walaupun dah 10 tahun tapi perkahwinan kau orang tetap tak ada restu mak ayah. Sia-sia ajelah."

Nadim memegang tangan Inara dengan erat dan memaksa Inara untuk bertentangan mata dengannya.

"Please, baby. I will do anything for you... if you take me as yours. Kita kahwin lepas tu I akan bawa you ke Itali. Kita bina hidup baru kat sana dengan anak-anak kita."

Inara diam. Dia memandang wajah Nadim dengan perasaan serba salah.

Dia hampir terperdaya dengan godaan Nadim itu namun fikirannya masih setia pada Reza.

Inara menarik tangannya daripada terus dipegang Nadim.

"Tak boleh, I sayangkan Reza dan Reza setia dengan I. I takkan curang dengan dia."

Nadim sakit hati dalam diam. Dia menggenggam tangannya untuk mengawal rasa marah.

"Nadim, tolong jangan cakap pasal ni lagi. Ok, ya... I nampak dan I tahu you cintakan I, you sayang I tapi I tak boleh nak terima you ataupun balas cinta you. I dah kahwin dengan Reza dan selama ni dia cintakan I sepenuh hati. I takkan khianati cinta dia. Walau macam mana pun dia tetap suami I dan I tetap kena setia dengan dia sebab I yang pilih dia untuk jadi suami I."

"Tapi dia tak boleh kasi you anak. Dah 10 tahun kahwin tapi you tetap tak ada anak."

"Itulah kekurangan dia yang I kena terima. Kitaorang kahwin sebab cinta dan sebab cinta jugalah I pilih untuk setia dengan dia. Cari ajelah perempuan lain, Nadim. Ada ramai lagi perempuan yang layak untuk jadi isteri lelaki bujang macam you. Jangan ganggu hubungan I dengan Reza."

Inara bangun dari duduknya dan meminta Nadim beredar keluar dari rumah itu.

"Baliklah, Nadim. Nanti bila fikiran you dah waras... barulah you datang cari I. I tak nak kita cakap lagi pasal benda mengarut ni. I takkan tinggalkan Reza untuk you. Full stop!"

"Inara..." pujuk Nadim.

"Balik sekarang, Nadim Amzar!" pekik Inara yang sudah cukup bengang.

Dalam keterpaksaan, Nadim beredar juga namun dia tetap dengan ketidakpuasan hatinya. Dia tetap akan memisahkan mereka berdua dan itu semua akan berlaku sebaik saja Reza pulang dari Singapura tidak lama lagi.

Dia... Si Bunga Larangan (Completed)Where stories live. Discover now