A year of us III

389 33 10
                                    

Tengku Rizqie mencari telefon bimbitnya yang berada di dalam poket seluar. Skrin diketuk beberapa kali sehingga nama isterinya dijumpai.

Berkali-kali dia cuba membuat panggilan telefon pada isterinya. Namun, satu pun tidak diangkat oleh wanita itu.

Tengku Rizqie tidak berputus asa berjalan di setiap sudut rumahnya sehingga...

Kakinya terhenti apabila mendengar deringan telefon seakan milik isterinya disebalik sebuah pintu. Bilik ini sememangnya terletak lebih jauh daripada bilik-bilik tidur mereka kerana saiz yang agak besar untuk dijadikan cinema.

Pintu dibuka dengan perlahan apabila deringan telefon itu semakin nyaring kedengaran. Sikit demi sikit dibuka sehingga matanya tertancap pada penghawa dingin yang menyala. Isteri dan anak-anaknya pasti berada di bilik itu.

Tengku Rizqie masuk ke dalam bilik yang dikhaskan untuk menjadi cinema. Dalam kegelapan, dia cuba mencari sosok salah seorang ahli keluarganya.

"Sayang..." panggil Tengku Rizqie perlahan. Kerusi recliner yang bersusun cantik di hadapan layar besar itu membuatkan dia susah untuk melihat setiap inci bilik tersebut. Dia berjalan mendekati bahagian paling hadapan tempat duduk sehingga dapat melihat...

"Sayang..." panggil Tengku Rizqie apabila melihat isterinya yang sedang lena dibuai mimpi di antara Tengku Ezekiel dan Tengku Ezryn. Anak-anaknya yang lain turut diselubung selimut.

Dada Tengku Rizqie terasa sempit apabila melihat situasi di depan matanya. Isterinya terasa. Anak-anak menjadi peneman isterinya.

Selimut isterinya ditarik ke bawah sedikit supaya dapat menutup jari kaki yang tidak berselindung. "Nanti demam lagi, sayang," tegurnya lembut. Isterinya baru sahaja pulih daripada sakit dua hari yang lalu.

"I'm sorry, little girl."

Tengku Rizqie baring di hujung toto yang menjadi sebagai alas untuk isteri dan anak-anaknya berehat. Dia memeluk Tengku Eline yang berdengkur halus itu. "Daddy minta maaf buat mummy sedih," katanya perlahan dan halus.

...

Mata perlahan-lahan dibuka apabila mendengar anak-anaknya mula bermain.

"Good morning, daddy!"

"Good morning, daddyku!"

Hampir semua anak-anaknya sudah segar apabila jam menunjukkan pukul 8 pagi. Anak-anaknya sudah di ajar untuk bangun di awal pagi menyebabkan mereka sudah imun.

"Morning, anak-anak daddy sayang," balas Tengku Rizqie lembut. Dia berdehem sedikit untuk membetulkan suara garaunya.

Tengku Eleanora mencium pipi bapanya sekilas.

Tengku Rizqie mengukirkan senyuman manis. Dia duduk bersila berhadapan anak-anaknya.

"Mummy mana?" soalnya apabila sosok tubuh isterinya malam tadi sudah tiada.

"Dekat sini," balas Effa dari muka pintu.

"Kids, jom masuk bilik masing-masing. Dah pukul 8 pagi. Pergi mandi," arah Effa kepada anak-anaknya.

Masing-masing tidak membantah. Mereka berjalan menuju ke bilik tidur masing-masing untuk membersihkan diri.

Effa berjalan mendekati alas tidur mereka. Dia langsung tidak menegur suaminya. "Xel... bangun," pujuk Effa lembut. Tengku Ezekiel masih terbaring dibuai mimpi lena sejak malam tadi.

Tengku Ezekiel membuka matanya perlahan-lahan. Dia tidak memberontak.

"Jom mandi. Mummy ada buat sarapan," kata Effa lagi untuk membuatkan anaknya semangat memulakan hari yang baru.

C || Rizq's SugarWhere stories live. Discover now