Salman merebahkan badannya di atas katil yang empuk itu. Dia memandang ke arah siling rumah dengan pemikiran yang kosong. Perjumpaan dia dengan Daniel tadi mula terimbau zaman mereka menghafal Al-Quran suatu ketika dulu. Daniel yang dulunya terlebih nakal sudah mampu mencapai cita-citanya dahulu. Salman mula berasa rendah diri. Dia rasa tak setaraf langsung dengan Daniel sekarang ini. Dia terimbau kembali perbualannya dengan Daniel di masjid tadi.
"Aku beginilah bro. Petang aku buka kelas mengajar budak-budak mengaji. Selain dari tu sinilah tempat aku bro. Dah lama aku cari kau. Tapi tak jumpa." ujar Daniel.
"Itulah bro. Tiba-tiba rasa rindu pula kawan-kawan kita dulu. Manalah diorang sekarang ni eh?" tanya Salman.
"Ada je bro. Hadif kawan kau tu dah jadi guru takmir sekarang ni. Badri, dia jadi pengembara dah. Satu dunia dia pusing. Dia aktif berdakwah di sekitar Turki sekarang ni. Buat masa ni dia memang tak adalah di Malaysia. Kawan-kawan kita yang lain ada yang berniaga, jadi guru KAFA ada juga yang jadi guru tahfiz. Begitulah." cerita Daniel.
Salman terdiam. Kawan-kawannya dulu nampaknya semua dah berjaya dengan kehidupan masing-masing. Salman mula rasa terpinggir. Hanya dia saja yang tidak mempunyai kerja sekarang ini. Semua tawaran dari daddy dan abang iparnya dia menolak.
"Apa khabar ustaz Zuhair Man? Lama dah aku tak jumpa dia." kata Daniel lagi. Semua kawan-kawannya dah tahu tentang hidup Salman termasuklah tentang ustaz Zuhair yang kini bergelar abang iparnya.
"Dia sihat je bro. Sekarang dia ada dekat rumah akulah. Maahad cuti dia baliklah sini. Kau tak pergi melawat Maahad tu ke?"
Daniel menggeleng. Dia juga ada menyimpan hasrat untuk ziarah semula tempatnya menuntut ilmu Al-Quran dulu. Tapi tiada masa pula kerana sibuk dengan tugasan hariannya. Tapi dia berazam dia akan sampai ke Maahad itu suatu hari nanti.
"Kau macam mana Man? Kami terus terputus hubungan dengan kau lepas kau syahadah dulu. Ni baru aku jumpa kau balik." ujar Daniel.
"Aku beginilah bro. Aku bukan siapa-siapa pun. Masih menganggur." balas Salman tanpa berselindung lagi.
"Peperiksaan kau macam mana?"
"Tak bagus manapun. Jayyid je aku dapat." balas Salman pula.
"Eh, okaylah tu. Kau tak nak mengajar ke? Sayang belajar tinggi-tinggi tapi kau tak gunakan semua tu." ujar Daniel lagi.
"Aku tak berminat la Daniel. Abang ipar aku ada ajak aku ke Maahad tu semula. Tapi tak naklah aku."
"La, kenapa pula? Eloklah tu. Peluang dah ada depan mata, kau cuma setuju je."
"Buat masa ni tak kot. Kalau suatu hari nanti aku berminat, mungkin aku akan terima." balas Salman sambil menunduk.
"Sedap bacaan kau tadi. Hafalan kau masih mantap ya? Bagus. Bagus." puji Salman.
Daniel tersenyum saja. Dia malu dengan pujian itu. Dia juga tak suka orang memujinya. Dia takut dirinya terlalu leka dengan pujian orang. Daniel hanya mengangguk perlahan. Tak tahu nak balas apa lagi.
"Kenapa cakap macam tu? Hafalan kau pun mantap apa." puji Daniel pula.
"Dah banyak lupa. Dah lama aku tak mengulang." balas Salman perlahan.
"Jangan macam tu. Kau kena rajin mengulang. Sayanglah kalau lupa Man. Penat kita pulun dulu." kata-kata Daniel sebiji macam abang iparnya petang tadi.
Azan Isyak pula berkumandang selepas itu. Daniel dan Salman sudah bangun untuk mengambil tempat masing-masing. Daniel dah mula merancang sesuatu untuk Salman. Dia harap Salman setuju walaubagaimanapun.
"Kau imam." kata Daniel ringkas. Dia menolak Salman ke tempat imam. Salman agak terkejut dengan permintaan Daniel. Dia menggeleng perlahan.
"Ish, aku tak pandai bro." bisik Salman.
YOU ARE READING
MERINDU WAHYU TUHAN
General FictionSalman Al-Farisi, namanya persis sahabat nabi. Disangka dengan penuhnya ilmu agama di dadanya dia dapat menolak godaan dunia. Tapi sebenarnya orang yang makin tinggi ilmu agama inilah yang sering diuji. Keputusan peperiksaannya tidaklah dalam lingku...