Tepat jam 7:30 pagi dia sudah memarkir kereta di kawasan Maahad Tahfiz Darul Taqwa. Boleh katakan sudah lima tahun dia tidak jejakkan kaki ke sini. Selepas selesai saja syahadah dulu dia tidak lagi menoleh tempat yang penuh bersejarah baginya. Tapi Maahad ini selalu dirinduinya kerana disinilah dia belajar segala-galanya.
Salman menunggu di kerusi batu yang berada di sekeliling Maahad itu. Dia nampak ada sesetengah pelajar yang baru saja keluar dari surau. Mungkin mereka hendak keluar bersarapan ketika ini sebelum bermula kelas jam 8 pagi nanti. Salman mencari kelibat ustaz Zuhair yang masih belum berkunjung tiba. Mungkin dia yang datang awal hari ini.
Salman sempat mengambil beberapa keping gambarnya dengan telefon. Memang dah jadi hobinya untuk selalu upload gambar dalam media sosial. Sedang leka dia dengan telefonnya, Salman sedar dirinya disapa oleh seseorang. Dia terus mengangkat mukanya. Lepas itu laju je dia bangun dengan penuh hormat. Tangan dihulurkan untuk bersalam.
"Ustaz Sabil, lamanya tak jumpa." sapa Salman terlebih dahulu.
"MasyaAllah Salman, akhirnya kamu kembali ke sini ya? Makin segak saya tengok kamu. Berbeza dengan dulu." balas Sabil ramah.
"Alhamdulillah ustaz. Dah takdir saya. Ingat tak jejak dah kaki ke sini. Tapi kena juga datang sini balik." Salman tersenyum.
"Itulah. Tapi memang Maahad ni perlukan khidmat kamu. Orang hebatkan. Ni nak jumpa ustaz Zuhair ke?"
"Ya ustaz. Tapi dah jam 7:50 ni. Tak nampak lagi dia. Kelas dah nak mula ni. Saya tak tahu pula saya kena mengajar kelas mana. Tu kena tunggu dia tu." ujar Salman.
"Kejap lagi datanglah tu. Ni saya ke kelas dululah. Good luck ustaz Salman." ucap Sabil.
"Jangan begitu ustaz. Saya tak rasa saya layak panggilan tu. Berat untuk saya bawa panggilan 'ustaz' tu." balas Salman bimbang.
"Habis tu kamu nak anak murid kamu panggil apa?"
"Tak tahulah saya. Tapi kalau dengan ustaz tak payahlah berustaz-ustaz dengan saya. Segan saya." balas Salman pula.
Tak lama kemudian Salman ternampak Zuhair sudah berlari ke arahnya. Bila Sabil nampak je Zuhair yang sedang kelam-kabut tu terus dia berlalu pergi. Dia tak mahulah mengganggu Zuhair berurusan dengan Salman.
"Maaf lambat Man. Alif buat hal sungguhlah." ujar Zuhair.
"Takpa bang. Man faham." balas Salman.
Zuhair menyerahkan beberapa dokumen pada Salman. Di tangannya terdapat kertas yang memaparkan nama pelajarnya dan juga jadual pelajar-pelajar di sini. Salman memerhati jadual itu, banyak yang berubah. Tak sama seperti zamannya dulu.
"Ni pelajar umur berapa ni bang?" tanya Salman.
"Ni pelajar baru masuk. Ada 10 orang pelajar baru. Tapi abang pecahkan dua kelas. Jadi satu kelas lima orang je la. Senang kamu nak fokus dekat diorang nanti. Kalau bagi yang senior nanti takut kamu tak berapa kenal pe'el diorang camana. Jadi abang bagi pelajar baru je semua." jelas Zuhair panjang lebar.
"Jadual tu, jadual umum. Tapi terpulang pada kamulah yang handle diorang camana. Ikut waktu kamu sendiri. Dekat sini ada je ustaz, ustazah yang tak berapa ikut jadual tu. Abang pun tak berapa ikut sangat. Tapi boleh buat sebagai rujukan. Faham tak ni? Abang dah lewat nak masuk kelas ni."
Salman mengangguk faham. Rasanya tak ada apa yang perlu dia tanya lagi. Dia sendiri bekas pelajar di sini. Jadi dia ikut je la apa yang pernah dia hadapi dulu. Cuma dia dah rancang nak buat jadual sendiri je untuk pelajar kelasnya.
"Good luck la ya. Kalau tak faham ke apa tanya je abang. Ada apa-apa just cakap. And thanks okay. Selamat mengajar ustaz Salman. Kalau jumpa pelajar sama dengan kamu pandai-pandailah settle ya." sempat pula Zuhair menyindir adik iparnya. Salman pula sempat menjeling ke arah abang iparnya sebelum mereka membawa haluan masing-masing.
YOU ARE READING
MERINDU WAHYU TUHAN
General FictionSalman Al-Farisi, namanya persis sahabat nabi. Disangka dengan penuhnya ilmu agama di dadanya dia dapat menolak godaan dunia. Tapi sebenarnya orang yang makin tinggi ilmu agama inilah yang sering diuji. Keputusan peperiksaannya tidaklah dalam lingku...