BAB 33

81 2 0
                                    

Salman memberhentikan keretanya jauh dari orang ramai. Melihat isterinya yang masih menggigil membuatkan dia semakin risau. Salman menggenggam tangan isterinya sekuat hati agar dia dapat menyalurkan kekuatan pada Aifa. Semakin lama tangisannya makin kuat. Salman memeluk isterinya sekuat hati.

"Menangis lagi sayang. Luahkan segala rasa hati awak pada saya." Salman terus memberikan sokongan pada Aifa.

"Saya benci dia Salman! Kenapa bila saya baru nak rasa bahagia, dia perlu muncul dalam hidup saya semula? Saya takut Salman, saya takut..." luah Aifa.

"Itu dugaan sayang. Don't worry about that." pujuk Salman.

"Mesti awak percaya cakap diakan? Mesti awak mula bencikan sayakan? Dengan kata-kata dia macam tu la ayah percayakan fitnah dia pada saya. Sedangkan sebelum hadirnya dia, saya tak pernah kenal dengan mana-mana lelaki, Salman."

"I trust you sayang. Saya sentiasa percayakan awak." Salman mengusap wajah isterinya. Melihat airmata yang jatuh membasahi pipi Aifa, hatinya terasa sakit sekali.

Aifa menangis lagi. Bahu Salman jadi sandarannya. Salman hanya membiarkan Aifa lepaskan segala rasa di hatinya. Betapa kuatnya wanita ini mengharungi hidupnya dalam trauma yang bertahun-tahun. Namun hadirnya dia akan membantu isterinya melayari kehidupannya dengan lebih tenang. Itu janjinya.

Tangisan Aifa semakin reda. Salman tak kisah walau bajunya basah. Asalkan isterinya berada dalam keadaan yang baik-baik saja. Bila lihat Aifa yang menyandar ke kusyen kereta, Salman tersenyum. Jari-jari Aifa dikucup lembut.

"Kalau awak tak kuat, beritahu saya. Luahkan pada saya. Jangan pendam okay? I know you stronger girl." kata Salman lembut.

Salman menghulurkan tisu pada Aifa. Aifa mengambilnya tanpa sepatah kata. Dia mengelap airmatanya yang masih bersisa. Rasa tangannya yang masih menggigil sudah berkurang dari tadi. Air mineral diambil lalu diteguk perlahan-lahan.

"Jom kita pergi makan nak?" ajak Salman.

Aifa menggeleng. Dia mahu balik.

"Saya nak balik." balas Aifa dingin.

"Ala, tapi saya lapar." balas Salman sambil memuncungkan bibirnya.

"Kalau lapar balik nanti saya masakkan untuk awak. Saya tak adalah pandai masak. Tapi kalau setakat nak masak nasi goreng tu bolehlah." balas Aifa.

"Serius? Awak pandai masak ke?"

"Kenapa tak percaya? Terpulang dekat awaklah. Kalau awak minta asam pedas saya tak pandai nak masak. Tapi nanti saya belajarlah masak semua tu. Kalau hari-hari awak nak makan nasi goreng bosan juga nanti."

"Saya tak kisah pun apa yang awak nak masak pun. Kalau awak tak nak masak kita makan luar."

"Takkan nak suruh suami makan makanan luar je hari-hari. Nanti apa pula orang cakap dekat saya. Tak reti masaklah. Tak pandai jaga suami la."

"Nak dengar mulut orang kenapa? Lantak dioranglah. Kalau nak dengar mulut orang sampai bila-bila takkan habis." balas Salman.

Salman memberhentikan keretanya dia sebuah kedai. Dia menyuruh Aifa tunggu di dalam kereta saja sementara dia masuk ke kedai. Tiba-tiba tekaknya teringin nak makan aiskrim.

"Awak tunggu kejap eh. Kunci pintu tau." pesan Salman. Aifa mengangguk.

Matanya melirik ke arah Salman sehingga lelaki itu masuk ke dalam kedai. Aifa mula berasa bahagia yang mula berputik. Biasanya kalau datang anxiety dia, dia memerlukan ubat untuk tenangkan diri. Tapi tadi dia berasa agak pelik dengan dirinya. Dengan pujukan Salman saja dia mampu tenangkan diri. Adakah lelaki itu ada magic? Dengan pelukan suaminya saja dia dapat rasakan ada kekuatan baru yang masuk ke dalam tubuhnya.

MERINDU WAHYU TUHAN Where stories live. Discover now