BAB 46

68 1 0
                                    

Sudah seminggu semuanya berlalu. Aifa masih setia disisi suaminya. Salman masih belum menyedarkan dirinya. Aifa semakin bimbang. Begitu lama suaminya tidur. Sedangkan luka di perutnya pun sudah semakin sembuh tapi Salman masih belum bangun.

Setiap hari Hairi bawa Aifa ke hospital untuk bertemu suaminya. Aifalah yang banyak uruskan keperluan suaminya sepanjang berada di hospital. Setiap hari Aifalah yang akan mengelap tubuh suaminya, mengurut-ngurut badan suaminya dan juga sentiasa berbicara dengan suaminya. Dia tahu Salman dengar setiap patah katanya.

Aifa tertidur disamping suaminya. Semua ahli keluarga yang lain hanya menunggu di luar kerana membiarkan Aifa berdua dengan Salman. Mereka memang beri peluang pada Aifa untuk sentiasa berada di samping Salman. Mungkin Salman akan sedar lebih cepat sekiranya Aifa berada disisinya.

Aifa tersedar sebaik saja dia terasa gerakan jari suaminya yang digenggam sejak tadi. Dia cepat-cepat bangun lalu melihat Salman yang perlahan-lahan membuka matanya. Aifa gembira. Dia terus memanggil doktor.

"Alhamdulillah puan. Suami puan dah sedar dari komanya. Keadaan dia pun dah tak ada apa perlu dibimbangkan. Cuma perlu pantauan dari kami selama beberapa hari sebelum dia dibenarkan pulang. Cuma jangan suruh dia banyak bergerak ya. Bimbang jahitan diperutnya terbuka saja." beritahu doktor lelaki itu.

Aifa mengangguk faham. Sebaik saja doktor itu keluar, dia terus mendapatkan suaminya. Dia terharu bila melihat Salman yang menghadiahkan senyuman padanya walau dalam keadaan yang payah.

Salman terus mengusap lembut kepala isterinya. Rasa rindu nak menatap wajah isteri yang dicintainya. Dia bersyukur Allah masih panjangkan usianya untuk menatap lagi senyuman bidadari syurganya. Salman hendak bangun namun cepat-cepat ditahan oleh Aifa.

"Doktor kata abang tak boleh banyak bergerak lagi. Dah lama Aifa tunggu abang bangun. Akhirnya abang bangun juga. Aifa rindu abang." luah Aifa.

"Berapa lama abang tidur ni?" kata Salman dalam kepayahan. Dia cuba memegang pipi isterinya.

"Seminggu lebih abang. Abang buat Aifa risau je." balas Aifa.

"Alhamdulillah Allah panjangkan usia abang. Abang dapat lihat lagi isteri abang yang cantik ni. Aifa sihat sayang?"

"Aifa sihat abang." balas Aifa.

Salman lega mendengarnya. Dia cuba untuk bangun. Walaupun dihalang dia tetap nak bangun juga. Aifa tak ada pilihan lain. Dia membantu suaminya untuk duduk. Bantal diletakkan di belakang Salman.

"Alhamdulillah. Mujur tak mati." sempat Salman bergurau dengan isterinya.

"Abang, apa sebut pasal mati ni! Janganlah buat Aifa takut."

"Tak adalah. Abang usik je. Kan abang dah janji abang nak berjuang dengan Aifa. Abang tak lupa janji tu sayang." balas Salman.

"Abang ni baru bangun pun nak usik Aifa lagi. Tidurlah balik!" balas Aifa geram. Mujur suaminya masih belum pulih. Kalau tidak mahu dah kena cubitan manja ni.

"Aik, tadi nak suruh abang bangun. Ni nak suruh abang tidur balik. Kalau abang tidur tak bangun-bangun baru tahu."

"Abang!" Aifa merajuk dah. Salman tergelak. Haih rindunya nak menyakat Aifa Amanda ni!

Tak lama kemudian mummy, daddy, ayah dan ibu semuanya masuk ke dalam bilik itu untuk melihat keadaan Salman. Mereka semua gembira kerana Salman dah sedarkan diri. Lama mereka tunggu saat ini. Akhirnya tiba juga.

Aifa menjauhkan dirinya. Dia bagi peluang pada keluarga mentuanya menghampiri Salman. Aifa cepat-cepat menghantar mesej pada Nadia untuk memberitahu tentang keadaan Salman.

MERINDU WAHYU TUHAN Where stories live. Discover now