BAB 16

52 1 0
                                    

Kata Ilham, dah dua hari Aifa dibenarkan pulang ke rumah. Sepanjang dua hari ni jugalah dia tidak bertemu dengan gadis pujaannya. Jadi hari ini dia mencuri sedikit waktunya untuk bertemu dengan gadis yang amat dirinduinya.

Bila melawat Aifa di Tautan Kasih, sudah tentulah dia akan bawa sedikit buah tangan. Dia tahu Aifa sukakan coklat sejak di hospital tempoh hari. Jadi dia belikan untuk Aifa dua bar coklat. Tujuannya hanya satu, dia mahu gadis itu sentiasa gembira dan tidak berfikir tentang masalah yang dihadapinya lagi. Dia tak mahu Aifa berasa tertekan lagi.

"Assalamualaikum Am." sapa Salman. Ilham memang dah dimaklumkan tentang kehadiran Salman pada petang ini.

"Mana dia?" tanya Salman yang sudah tidak sabar-sabar lagi.

"Ada dekat tepi sungai yang dia selalu lepak tu." balas Ilham.

"Aku pergi jumpa dia ya." laju je Salman hendak berlalu dari situ. Namun panggilan dari Ilham mematikan langkahnya.

"Man, serius ke ni?" tanya Ilham perlahan.

"Maksud kau apa? Kau tak suka aku datang sini?" tanya Salman. Dia terasa hati juga sebenarnya.

"Tak, bukan tu maksud aku. Macam tak manislah. Kau berdua-duaan dengan dia. Nanti timbul fitnah Man. Aku bukan nak sakitkan hati kau ni, tapi aku cuma nak tegur je sebagai kawan kau kan. Jangan terasa hati Man." akhirnya terluah juga apa yang terbuku di hati Ilham.

Salman datang menghampiri Ilham. Dipandang wajah Ilham dengan begitu tajam sekali. Ilham muka menunduk. Dia tahu Salman marah. Lagipun dia tahu Salman sememangnya baran juga orangnya. Entah dari mana dia mendapat kekuatan untuk menegur sahabatnya yang sorang ni.

"Kau tak suka, kau cakap Am." Salman menyerahkan plastik yang berisi coklat itu pada Ilham. Dia terus berlalu pergi tanpa mempedulikan panggilan Ilham.

"Man, kau terasa hati dengan aku ke? Bukan niat aku Man. Kau pun tahu diri kau siapakan?" Ilham cuba memujuk Salman. Dia tahu Salman marahkan dirinya.

"Kau tak payah nak letak expectation tinggi-tinggi dekat akulah bro. Kau tak payah ingat aku ni macam ustaz Zuhair tu yang serba cukup, tinggi ilmu agamanya. Kalau kau samakan, harapkan aku macam dia, kau silap! Aku takkan jadi macam dialah!" Salman dah mula meninggikan suaranya. Hatinya rasa terbakar ketika ini.

"Aku dapat tahu kau sampaikan benda ni pada ustaz Zuhair, memang nahas kau!" ugut Salman.

Ilham cuba menahan Salman dari berlalu pergi. Namun secara tak sengaja Salman melepaskan tumbukannya di pipi Ilham. Berlaku pergelutan selepas itu antara Salman dan juga Ilham. Kerana hilang sabarnya, Ilham pula melepaskan tumbukannya pada muka Salman. Semua penghuni yang sedang beriadah di situ agak terkejut dengan insiden yang berlaku. Aifa yang sedar akan pergaduhan yang sedang berlaku itu agak terkejut apabila dia ternampak Salman yang sedang bergelut dengan ustaz Ilham.

"Kau ingat kau je boleh tumbuk orang? Memang sah kau tak pernah berubah!" ujar Ilham kuat.

Salman terus berlalu menuju ke keretanya. Hatinya membara. Api kemarahan sudah memuncak. Salman terus memukul stereng keretanya sekuat hati. Dipandang ke arah cermin keretanya, pipinya sudah menunjukkan kesan dari tumbukan Ilham tadi.

"Ambil ni, dia bawakan untuk awak." Ilham menyerahkan coklat itu pada Aifa.

"Ustaz okay? Dia kenapa?" tanya Aifa. Takut pula bila dia lihat Salman yang sedang marah tadi.

"Tak ada apalah. Biasalah salah faham sikit." Ilham enggan menceritakan punca pergaduhan mereka disebabkan oleh Aifa. Dia tak mahu Aifa terasa hati ataupun takut lagi.

Ilham menuju ke arah pejabatnya. Pipinya terasa begitu pedih lagi. Tak dinafikan tumbukan Salman agak padu juga. Mujur tak patah je giginya. Pantang ditegur terus naik angin. Malu juga dia apabila semua penghuni Tautan Kasih memandang ke arah mereka tadi.

MERINDU WAHYU TUHAN Where stories live. Discover now