AKAN DATANG

64 2 0
                                    

Hai gais! Berita baik ke tidak ni ek? Hahahahaha! Satu lagi story berangkai yang aku akan hasilkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Hai gais! Berita baik ke tidak ni ek? Hahahahaha! Satu lagi story berangkai yang aku akan hasilkan. Janji ni yang terakhir untuk cerita tiga beradik ni. Lepas ni aku tak mahu kembangkan dah watak sesiapa dari story Ceritera Hati Zuhair dan Merindu Wahyu Tuhan ni. Ini last. Janji k janji. Harap korang tak bosanlah HAHAHAHAHHAAH

Sebab apa aku berminat nak kembangkan watak Badri ni? Macam yang korang baca dalam Merindu Wahyu Tuhan tu kan ada tertulis yang Badri ni sedang mengembara di negara orang. Jalankan kerja dakwahnya di negara orang. Jadi ya terhasillah cerita ni. Stay tuned je la nah.

SINOPSIS

Badri Al-Amin hanya lelaki biasa yang mengembara mencari reda Allah di bumi Turki. Hampir sepuluh tahun dia menetap di sini bukanlah suatu tempoh yang singkat. Pelbagai selok belok negara ini sudahpun dihafalnya.

Kehidupannya serba ringkas sebagai seorang yang menjalankan kerja dakwah dan menjual lukisan bagi menampung kehidupannya di kota Turki ini. Selain itu dia juga mengadakan kelas fardhu Ain di masjid-masjid di sekitar Turki untuk kanak-kanak yang berusia 12 tahun  ke bawah.

Siapa kata kehidupan seorang Badri Al-Amin itu mudah. Tak mudah dia lalui kehidupannya setelah kehilangan ibu ayahnya sekitar lima tahun lalu akibat kemalangan jalan raya. Badri Al-Amin hidup sebatang kara di sini. Jiwanya tiada Malaysia. Setiap kali dia pulang ke sini, Badri Al-Amin sentiasa dibayangi trauma dan kenangan bersama orang tuanya.

Perkenalannya bersama seorang wanita Turki membawanya ke kancah maksiat. Imannya begitu goyah tatkala memandang Leyla Kiraz di matanya. Namun bila dia masuk perangkap wanita itu, dia tak jumpa lagi jalan keluar.

Leyla Kiraz seorang wanita yang begitu memegang teguh pada agamanya iaitu Kristian. Tapi setelah apa yang berlaku antaranya bersama Badri Al-Amin, Badri Al-Amin terus mengheretnya untuk memeluk agama Islam. Lepas itu Leyla Kiraz dibawa pulang ke Malaysia agar dia tidak lagi terjerumus dalam agamanya yang lama. Itu sangat membimbangkan Badri Al-Amin.

Badri Al-Amin berharap dapatlah dia membimbing isterinya menjadi seorang wanita solehah. Walaupun agak sukar tapi dia percaya niat murninya akan dibantu dan diberi petunjuk oleh Allah. Walaupun tak mudah, dia berharap mampulah untuk dia laluinya.

Dapatkan Badri Al-Amin jadikan Leyla Kiraz sebagai seorang wanita solehah dambaan syurga walaupun berjuta-juta ujian yang datang menerpa ke arahnya? Badri Al-Amin hanya berserah. Namun kuasa Allah tiada siapa dapat menghalangnya.

Tunggu ya!😆

MERINDU WAHYU TUHAN Where stories live. Discover now