BAB 38

73 3 0
                                    

Aifa setia menunggu kepulangan suaminya di bawah pokok. Dah 5:30 petang bayangan suaminya masih tak nampak. Aifa gelisah. Lambat pula Salman balik hari ni. Sepatutnya jam lima petang dah sampai rumah dah. Telefon ditangannya dipandang. Rasa nak telefon je suaminya sekarang.

Hampir jam enam petang barulah dia nampak kereta milik suaminya masuk ke perkarangan rumah. Aifa lega. Dia memperbetulkan tudungnya bersedia untuk menyambut kepulangan suaminya. Dia harap Salman dah tak marahkannya lagi.

"Awak, awak dah balik? Lambatnya hari ni."

"Ni saya ada depan awak ni maknanya saya dah balik la ni. Takkan hantu pula yang berdiri depan awak ni. Ada meeting tadi." Salman membalas huluran tangan isterinya.

Tanpa menunggu lagi Aifa terus memeluk suaminya erat. Salman tersentak. Dia cepat-cepat melepaskan pelukan Aifa. Aifa terasa hati.

"Tahulah rindu. Kot ya pun nak peluk dalam bilik la. Kat luar ni malulah orang nampak." balas Salman selamba.

"Awak tak sayangkan saya dahkan? Hantar saya balik dekat Tautan Kasih balik." kali ni Aifa tak mampu menahan sedihnya lagi.

Sebelum jadi lebih teruk, Salman terus menarik tangan isterinya masuk ke dalam bilik. Kalau dibiarnya dekat sini mahu berbalah pula mereka suami isteri. Salman menutup pintu bilik lalu dikunci agar tiada siapa yang boleh membukanya.

"Orang perempuan memang macam ni ya? Asalkan suami diam ke marah ke terus suruh hantar balik rumah mak bapaklah apalah. Kenapa sengkek sangat ya pemikiran orang perempuan ni?" kata Salman. Isterinya dipandang dengan pandangan yang begitu tajam.

"Nak peluk sangat marilah." Salman mendepakan tangannya.

"Tak nak awak tak ikhlas pun." Aifa menolak.

"Cepatlah. Nak peluk ke tak ni?" tanya Salman lagi.

Bila melihat Salman yang sudah tersengih, Aifa rasa lega. Nampaknya Salman dah kembali seperti sebelum ini. Tanpa menunggu lagi Aifa terus memeluk suaminya. Salman terus membalas pelukan isterinya. Dahi Aifa dicium. Sungguh dia rindukan semua ini.

"Aifa minta maaf." kata Aifa sayu.

"Ya, saya dah maafkan lama dah. Janji lain kali tak buat lagi? Jangan buat kerja gila lagi boleh tak? Saya tengok luka dekat kepala awak ni buat hati saya sakit. Saya rasa saya suami yang gagal untuk melindungi isteri sendiri. Awak buat saya rasa serba salah. Tolong jangan ulang dah kesilapan tu." nasihat Salman.

Aifa mendongakkan kepalanya memandang ke arah Salman.

"Okay, saya janji saya tak buat dah." balas Aifa bersungguh-sungguh.

"Janji?"

"Janji!"

"Sepanjang hari ni awak buat apa dekat rumah?"

"Saya tolong ibulah macam yang awak suruh. Apa je yang awak pesan semua saya buat." balas Aifa.

"Bagus. Sekarang saya nak mandi jap. Rasa berlengas dah badan ni. Bila nak lepas ni?" tanya Salman. Aifa masih memeluk suaminya.

"Tak nak lepas. Rindu." jawab Aifa jujur.

"Kalau macam tu jom ikut saya mandi. Kita mandi sama-sama."

Tak semena-mena Aifa terus melepaskan pelukannya. Salman tergelak. Tahu pun takut! Peluk lagi lama-lama macam ni. Aifa menjelingkan matanya. Salman suka benar mengusiknya.

*************************************

Mereka solat Maghrib dan Isyak sama-sama seperti biasa. Aifa rasa gembira benar hari ni. Akhirnya suaminya dah tak marah lagi. Kalau tidak Salman asyik menarik muka saja. Bila diajak berbual sepatah-sepatah dia jawab. Kalau langsung tak ada mood dia pertanyaan dibiarkan tanpa jawapan.

MERINDU WAHYU TUHAN Where stories live. Discover now