Salman gelisah. Jam hampir menunjukkan pukul empat petang. Namun kelasnya masih belum tamat. Berkali-kali dia memandang jam di tangannya. Dia memang bercadang hendak ke hospital pada petang ini. Tapi bila kelasnya belum habis, Salman terpaksa menunggu untuk beberapa detik lagi.
Dia dah hilang fokusnya. Al-Quran yang ada di hadapannya pun tidak dihirau lagi. Salman mengelipkan mata berkali-kali dengan harapan agar kelasnya tamat dalam waktu terdekat. Tapi bila memandang pelajarnya di hadapan, dia rasa lemah kembali. Entah sempat ke tidak dia hendak melawat Aifa pada hari ini.
"Salah tu. Waizqolarobbuka lilmalaikati inni..." Salman memperbetulkan bacaan pelajarnya.
Salman mengeluh perlahan bila lihat pelajarnya diam dari tadi. Nampaknya Adli dah mula lupa apa yang dihafalnya. Salman menutup Al-Quran itu lalu diserahkan pada Adli semula. Dia perlu bergerak ke hospital sekarang juga.
"Tak ingat lagi tu. Macam mana kamu hafal ni Adli? Kalau sangkut-sangkut sampai bila nak habis? Esok pagi-pagi, orang first kamu kena ulang balik. Banyak saya bagi masa ni. Kelas ni tamat setakat ni je. Esok kita jumpa." laju Salman keluar dari kelas.
"Eh Man, jemaah dululah." tegur Zuhair yang kebetulan lalu di hadapan kelas Salman.
"Maaf ustaz. Saya kena balik cepat-cepat ni. Ada hal sikit." pinta Salman. Dia tak mahu menunggu lagi.
"Kelam-kabut semacam ni kenapa? Kamu ada hal apa?" Zuhair tetap nak tahu juga.
"Takkan semua benda Man nak kena bagitahu bang." bisik Salman. Dia tak mahu ada pelajarnya yang dengar.
"Ikut kau la Man." balas Zuhair. Dia menuju ke surau manakala Salman pula sudah berlari ke arah keretanya.
"Laju adik ipar enta tu balik. Tak jemaah sekali ke?" sampuk Sabil yang juga baru keluar dari kelas.
Zuhair mengangkat bahunya kerana tidak tahu. Dia pun agak pelik dengan kelakuan Salman sejak dua menjak ni. Kadang-kadang diperhatikan juga Salman dari jauh. Dia lebih banyak termenung walaupun berada di dalam kelas. Entah dia fokus atau tidak pada pelajarnya. Zuhair mula rasa tak sedap hati.
"Tak tahulah dia Sabil. Ana tengok dia agak pelik sejak kebelakangan ni. Ana tak boleh nak korek apa-apa rahsia tentangnya. Salman ni perahsia juga orangnya." balas Zuhair.
"Perangai pelik dia dari dulu sampai sekarang tetap sama ya." ujar Sabil.
Zuhair bersetuju dengan kenyataan Sabil. Salman ni juga tak boleh nak jangka juga sikap dan perangainya. Dia boleh berubah bila-bila masa saja.
"Najmi, sini kejap!" panggil Zuhair. Najmi yang baru saja hendak masuk ke surau terus menoleh. Dia datang ke arah ustaz Zuhair yang memanggilnya.
"Ada apa ustaz?" tanya Najmi.
"Tolong kumpulkan rekod hafazan kelas kamu ya. Serahkan pada saya. Kalau ustaz Salman tanya esok, beritahu ada pada saya. Suruh dia datang jumpa saya ambil rekod tu. Saya nak hari ni juga." arah Zuhair. Najmi mengangguk setuju.
"Enta nak buat apa?" soal Sabil hairan.
"Saja nak siasat. Balik awal kalau kerja tak jalan siaplah dia. Enta pun fahamkan Salman macam mana? Dia susah sikit." balas Zuhair.
Sabil tidak menjawab. Dia hilang kata-kata. Dia harap agar Salman tak buat hal la kali ni. Bila nampak perubahan wajah sahabatnya, dia tahu pasti ada sesuatu yang tak kena dengan Salman tu.
*************************************
Salman berjalan laju menuju ke bilik wad Aifa ditempatkan. Bila dia menolak pintu bilik itu, dia nampak kosong. Tiada orang di dalamnya. Salman cepat-cepat menuju ke kaunter pertanyaan. Dia mahu bertanya dimana keberadaan Aifa. Takkan Aifa dah keluar? Kalau tidak dah tentulah Ilham akan beritahunya.
YOU ARE READING
MERINDU WAHYU TUHAN
Narrativa generaleSalman Al-Farisi, namanya persis sahabat nabi. Disangka dengan penuhnya ilmu agama di dadanya dia dapat menolak godaan dunia. Tapi sebenarnya orang yang makin tinggi ilmu agama inilah yang sering diuji. Keputusan peperiksaannya tidaklah dalam lingku...