BAB 20

61 1 0
                                    

Zuhair sudah memberhentikan keretanya di hadapan Tautan Kasih. Akhirnya setelah lama berpusing dalam kampung ni jumpa juga rumah perlindungan wanita di sini. Mujur juga Ilham ada bagi lokasi. Kalau tidak entah jumpa ke tidak rumah perlindungan ni.

Nadia memandang sekeliling rumah perlindungan itu. Dia teragak-agak mahu turun dari kereta. Dia memandang pula ke arah suaminya. Bila Zuhair suruh turun, barulah dia berani hendak turun. Lagipun dia tak tahu bagaimana penghuni di sini.

"Jom." ajak Zuhair. Nadia pantas menarik lengan suaminya.

"Betul ke ni bang? Tak rasa tergesa-gesa ke untuk Salman?" tanya Nadia serius.

"Tak. Abang dah cakap dekat Salman. Dia pun setuju je untuk ikut."

"Tapi abang paksa dia. Abang tahukan Salman ni bukan suka dipaksa? Abang yang beria ni. Ke abang yang nak dekat perempuan tu?" bentak Nadia.

"Kalau abang nak awak bagi ke?" Zuhair sengaja menguji isterinya.

Nadia sudah mencerlung ke arah suaminya. Dipandang suaminya kecil besar kecil besar je. Terus ditarik telinga suaminya sekuat hati. Pantang usik sikit mesti datang perangai ulat bulu dia!

"Tahu pun marah! Dah tu cepatlah."

"Ada hati juga awak ni kan?"

"Ish dia ni. Awak sorang pun dah buat abang pening kepala Nadia. Kalau tambah lagi kena heart attack abang! Cepatlah. Karang kalau abang turun abang masuk meminang dia untuk abang je." balas Zuhair nakal.

"Yelah!" bentak Nadia geram.

Sebaik saja turun dari kereta, Zuhair dan Nadia disambut oleh Ilham dan isterinya. Ilham terus memeluk ustaz Zuhair yang sekian lama tidak ditemuinya. Sejak dia tamat hafazannya di Maahad dulu, langsung tidak dijejakkan kakinya ke situ. Dia hanya berhubung dengan ustaz Zuhair melalui telefon saja.

"Lama tak jumpa ustaz. Rindu pula rasanya. Hari tu ada Salman ajak saya ke Maahad tu. Tapi tak berkesempatan lagi nak pergi." ujar Ilham.

"Ada masa nanti kamu datanglah ya." balas Zuhair.

"Perkenalkan ustaz dan kak Nadia, ni isteri saya, Hanim." Ilham memperkenalkan isterinya.

"Jomlah masuk. Boleh saya suruh Hanim panggilkan Aifa." kata Ilham.

Ilham membawa Zuhair dan Nadia menuju ke pejabat mereka. Sementara itu Hanim pula pergi mencari Aifa yang sedang duduk berehat di tepi sungai sambil melayan perasaannya. Waktu-waktu petang begini, sinilah tempat Aifa melepaskan tekanannya.

"Aifa!" panggil Hanim.

"Ada apa ustazah?" Aifa sudah bangun.

"Ada orang nak jumpa awak." beritahu Hanim.

"Siapa ustazah? Saya takutlah nak jumpa orang." jawab Aifa jujur.

"Jangan takut. Saya dengan ustaz Ilham ada. Kami ada temankan awak. Marilah." ajak Hanim.

Aifa tak ada pilihan. Dia tiba-tiba rasa takut pula. Aifa memang takut hendak berjumpa dengan orang buat masa sekarang. Kalau dulu dia seorang yang extrovert, kini dia adalah seorang yang introvert. Dia lebih suka mendiamkan diri saja.

Aifa menggenggam kuat tangan Hanim. Hanim yang mengerti perasaan Aifa turut membalas pegangannya. Dia memegang erat tangan Aifa untuk menenangkan dirinya. Sesekali dia menggosok-gosok belakang Aifa untuk menenangkannya.

"Siapa ustazah? Ayah saya ke? Saya tak nak jumpa dia." Aifa ingin melepaskan tangannya. Namun tangan Hanim seolah-olah mengunci tangan Aifa. Aifa terpaksa ikut juga.

"Bukan. Jom ya?" balas Hanim.

Sebaik saja sampai ke di pejabat, Aifa ternampak ustaz Ilham sudah menunggunya. Dia memerhati beberapa orang lagi yang berada di dalam. Namun dia tidak mengenali siapakah seorang lagi lelaki dan wanita yang menutup wajahnya dengan niqab. Aifa mula tertanya-tanya, siapakah mereka?

MERINDU WAHYU TUHAN Where stories live. Discover now