BAB 35

66 3 0
                                    

Salman memberhentikan keretanya di hadapan rumah yang bakal mereka berdua diami. Walaupun rumah agak biasa tapi sudah lebih dari cukup untuk mereka duduk berdua. Salman mahukan kehidupan yang sederhana kerana sememangnya dia tak sukakan kemewahan.

"Awak tak kisahkan kita duduk sini?"

"Saya tak kisah pun. Lagipun duduk sini saya rasa selamat."

Salman tersenyum. Baru saja dia nak keluar dari kereta, Aifa pantas menarik tangannya. Salman duduk balik.

"Saya minta maaf pasal semalam. Saya dah ganggu awak tidur." Aifa rasa bersalah.

"It's okay. Bukan masalah besar pun. Jom turun." Salman mengusap kepala isterinya.

Salman membuka but kereta. Segala barang-barang dibawa turun. Lepas itu dia membuka pintu rumah itu. Buka saja dia nampak hampir seluruh kelengkapan rumah sudah lengkap disediakan. Senanglah dia tak perlu nak beli barang rumah banyak sangat. Cukup sekadar beli barang dapur je nanti.

"Welcome to syurga kita sayang. Saya harap kita dekat sini dapat hidup berdua, berdikari dan buat semuanya sama-sama. Di sini saya jaga awak dan awak jaga saya." kata Salman.

"Insya-Allah. Saya suka." balas Aifa sambil tersenyum.

Salman membuka seluruh lampu dan kipas. Tingkap rumah juga dibuka agar ada udara dapat masuk menerjah. Angin yang meniup ketika itu sungguh mendamaikan. Buka-buka saja dia nampak Maahad Tahfiz Darul Taqwa sudah kelihatan. Dia hanya ke Maahad jalan kaki sajalah lepas ni. Tak perlu bawa kereta lagi dah. Haih rasa tak sabar nak jumpa anak-anak muridnya semula. Apa khabarlah mereka hari ini.

"Mari duduk sini." Salman menarik tangan Aifa.

"Ada apa?" soal Aifa semula.

Salman menghulurkan sebuah beg kertas kepada isterinya. Aifa teragak-agak mahu mengambil beg itu. Pertama sekali Salman membuat kejutan padanya. Wajah suaminya dipandang seolah-olah mahukan penjelasan.

"Bukalah. Untuk awak." Salman tersenyum lagi.

Aifa membuka beg kertas itu. Alangkah terkejutnya apabila dia mendapati isi beg kertas itu adalah sebuah telefon bimbit yang mahal harganya. Dia menyerahkan kembali telefon itu pada Salman. Tak mahu menerimanya.

"Untuk awak. Bila saya dah mula mengajar esok, kalau ada apa-apa hal, awak boleh contact saya. Ini untuk memudahkan awak Aifa. Dalam tu saya ada letakkan nombor saya, Hanim dan juga Ilham. Apa-apa masalah awak boleh contact saya atau mereka berdua." jelas Salman.

"Telefon ni saya nak bagi masa hari tu lagi, tapi tak berkesempatan. Jadi saya bagilah hari ni. Dalam tu saya ada selfie la sekeping gambar saya. Boleh jadi tatapan awak bila awak rindu." Salman tersengih.

"Awak rasa saya akan rindu awak ke?" Aifa sengaja menguji suaminya.

"Mestilah. Suami awakkan lelaki paling hensem diabad ini. Mampu menggetarkan hati wanita yang memandangnya, termasuk awak!" Salman mencuit hidung Aifa.

"Hmmm perasan!" balas Aifa geram.

"Betul la kan? Cuba kalau saya tenung awak lama-lama macam ni. Apa awak rasa?" Salman tenung isterinya begitu dalam.

Aifa tertunduk malu. Ya dia dapat rasa getaran hatinya bila Salman tenung dia sebegitu rupa.

"Ingat hensem la tu?"

"Mestilah. Kalau tidak tak mungkin awak akan jatuh cinta secepat inikan?" Salman mengenyitkan matanya pula. Makin tak senang duduk Aifa dibuatnya.

"Kenapa saya dapat suami yang kuat perasan ya?" Aifa malas mahu melayan kerenah suaminya lagi. Geram pula rasanya.

MERINDU WAHYU TUHAN Where stories live. Discover now