BAB 9

69 3 0
                                    

Salman pergi ke rumah abangnya sebaik saja pulang dari Maahad. Tujuannya nak jumpa dengan Alif dan Adam. Dah seminggu lebih juga dia tak berjumpa dengan anak buahnya. Alang-alang dah duduk dekat sini bolehlah mereka selalu berjumpa. Petang-petang macam ni memang waktu main Alif.

Dia memarkir kereta berjauhan dari rumah Zuhair. Dari jauh dia dah nampak Alif yang sedang berseronok bermain basikalnya di laman rumah. Tapi kelibat Adam tak ada pula dia nampak. Perlahan-lahan dia mendekati Alif dari belakang. Ayam KFC yang menjadi kegemaran Alif dibawa.

Salman pantas menutup mata Alif dari belakang. Makin Alif hendak melepaskan tangannya, makin kuat Salman menutup matanya. Alif akhirnya turun dari basikalnya. Bila dia menoleh ke belakang, Alif terus memeluk paksunya.

"Paksu!" jerit kanak-kanak itu.

"Alif. Sihat tak ni?" tanya Salman.

"Alif sihat paksu." jawab Alif gembira. Dia terus berlari masuk ke rumah untuk memberitahu umi dan abinya tentang kehadiran paksunya pada petang ini.

"Umi, abi, paksu datang!" lantang benar suaranya.

Tak lama kemudian, dia nampak Nadia dan Zuhair yang sudah berdiri ke muka pintu. Salman terus bersalaman dengan kakak dan juga abang iparnya.

"Kenapa tak cakap nak datang Man? Boleh akak masak petang ni." ujar Nadia.

"Tak payahlah kak. Ni Man dah ada bawakan KFC untuk akak sekeluarga. Lagipun Alif sukakan? Kan Alif?" pandangannya dialihkan pada Alif.

"Terima kasih paksu!" ucap Alif. Gembira sungguh dia bila lihat buah tangan yang dibawa oleh paksunya.

"Adam mana kak?"

"Adam tidur Man. Marilah masuk dulu Man. Boleh makan sama-sama. Banyak kamu bawa ni. Susah-susah je." ujar Zuhair pula.

"Tak adalah susah mana bang. Lagipun hari tu dah janji dengan Alif nak belanja dia makan ayam goreng sebaik saja dia habis Iqra'." kata Salman.

"Alif kemas dulu basikal tu. Jangan letak bersepah macam tu. Letak elok-elok dekat tepi tu." arah Zuhair pada anaknya.

"Okay abi." Alif akur.

*************************************

"Macam mana mengajar Man? Okay?" tanya Nadia pada adiknya. Dia menuangkan air ke dalam gelas.

"Okay, Alhamdulillah." balas Salman ringkas. Dia mengambil air itu lalu diteguk perlahan.

"Kamu kalau abang Zuhair tu tak paksa sampai sudah kamu tak nak ke Maahad tu kan? Mummy daddy pujuk pun kamu tolak. Daddy nak ajar kamu selok belok pasal Mega Sakti pun kamu tolak." bebel Nadia.

Zuhair sudah memandang ke arah isterinya tajam. Asalkan berjumpa dengan Salman je ada saja benda yang dibebelkan. Patutlah Salman ni selalu keluar masa mereka balik ke rumah mummy daddy dulu. Sebab dia nak elak dari dibebel beginilah. Nadia pun sejak jadi mak-mak ni makin kuat bebelnya. Kalau dia bebel dekat anak, dengan bapak anak sekali kena.

"Dahlah tu Nadia. Asalkan jumpa Salman je mulut bising." tegur Zuhair.

"Abang eloklah back-up adik ipar abang tu. Samalah dua beranak ni." balas Nadia tak puas hati.

"Nadia..slow down please." pinta Zuhair perlahan.

"Biarlah akak ni bang. Man faham sangat dah dengan dia. Sindrom mak-mak ni memang macam ni. Dia tak bebel dekat anak, dia bebel dekat Man." balas Salman seperti mahu mengalah.

"Bukan kamu je kena Man. Abang pun hari-hari kena. Kalau datang time manja kak Nadia tu, dengan abang hanyut sekali." selamba je Zuhair mengata isterinya depan-depan.

MERINDU WAHYU TUHAN Where stories live. Discover now