BAB 41

68 1 0
                                    

Sabil yang sedang mengemas kawasan Maahad ternampak satu kereta mewah yang masuk ke perkarangan Maahad Tahfiz Darul Taqwa. Dia berasa hairan. Zuhair tak ada pula memberitahu bahawa ada orang kenamaan hendak datang ke situ pada hari ini. Tapi bila tengok kereta yang datang tu sepertinya kereta milik orang VVIP.

Lelaki itu mula turun dari kereta. Berpakaian smart. Berkaca mata hitam menyebabkan Sabil tak dapat melihat keseluruhan wajah lelaki muda itu. Tanpa menunggu lagi Sabil menghampiri lelaki itu untuk bertanyakan tujuan dia datang ke sini.

"Encik nak jumpa mudir ke? Kalau nak jumpa dia mari saya bawakan." kata Sabil sopan.

"Saya nak cari ustaz yang bernama Salman dekat sini. Dia ada bertugas di sinikan?" tanya lelaki itu.

"Oh nak cari ustaz Salman? Ya dia ada dekat sini. Tapi dia sibuk dengan kelasnya la. Kalau encik nak jumpa dia saya boleh panggilkan. Tapi boleh saya tahu encik ni siapa?"

"Saya kawan dia." balas lelaki itu acuh tak acuh.

"Tunggulah saya panggilkan dia. Marilah masuk office dulu. Dekat luar ni panas." pelawa Sabil.

Lelaki itu menolak. Dia mahu jumpa Salman di sini saja. Lagipun ada hal mustahak yang perlu dia selesaikan dengan Salman hari ini.

Sabil terus ke kelas Salman. Dia nampak Salman agak sibuk dengan pelajarnya. Tak sanggup pula rasanya untuk dia mengganggu. Tapi memandangkan ada tetamu yang menunggu dia, terpaksalah juga dia panggil. Sabil mengetuk pintu.

"Ya ada apa ustaz Sabil?" soal Salman.

"Man ada orang nak jumpa."

"Siapa ustaz? Kalau kawan-kawan saya dulu suruh je la diorang masuk sini. Saya sibuk sikit ni." balas Salman.

"Dia tak mahu Man. Dia nak jumpa kamu dekat parking." balas Sabil.

"Siapa pula ustaz?" tanya Salman sambil mengeluh. Kenapalah bila dia sibuk macam ni ada yang perlu mengganggunya.

"Tak tahulah Man. Saya tanya nama dia, dia tak beritahu pun. Dia cuma perkenalkan diri dia sebagai kawan kamu." balas Sabil.

Salman bangun juga untuk keluar menemui 'kawan'nya seperti yang diberitahu oleh Sabil. Bila dia ke tempat parkir kereta dia nampak ada seorang lelaki yang sedang menyandar di sebuah kereta mewah. Salman tak dapat mengagak siapa. Dia menyapa lelaki itu dari belakang.

"Ada apa nak jumpa saya ya? Saya agak sibuklah sekarang. Kalau nak bercakap boleh ke kelas saya kot." kata Salman.

Tengku Khairul Razin terus menoleh ke belakang. Terkejut Salman dengan kehadiran lelaki itu. Bagaimana Razin boleh tahu di sini tempat kerjanya? Kalau dia boleh sampai sini bermakna dia juga semakin mendekati Aifa. Kalau Aifa tahu Razin ada di sini pasti isterinya akan ketakutan.

"Hei, Salman. Rileks. Aku nak jumpa kau sekejap je. Lepas ni kau sambunglah kerja kau balik." balas Razin. Huluran tangannya disambut tidak ikhlas oleh Salman. Namun dia tak kisah pun.

"Kenapa kau boleh datang sampai ke sini? Macam mana kau tahu tempat ni? Dan apa tujuan kau datang ke sini bro? Maaflah bro, aku tak ada masa nak layan kau." Salman terus berlalu pergi dengan hati yang membara.

"Kalau kau rasa nak isteri kau selamat, lebih baik kau tunggu." Razin mula mengugut.

Langkah Salman terhenti. Hatinya sudah mula terbakar. Rasa marahnya mula memuncak sebaik saja lelaki itu menyebut tentang isterinya. Baginya, Razin tidak layak langsung menyebut nama isterinya lagi.

"Apa tujuan kau datang sini? Kau tak layak langsung nak bercakap tentang isteri aku. Sudah Razin, pergilah balik." suara Salman mula mengendur.

Razin tersenyum sinis. Salman dipandang dari atas ke bawah. Lelaki sebegini yang Aifa memilih sebagai suami? Sangat jauh beza dengannya. Setakat guru tahfiz macam ni mampu ke dia bahagiakan Aifa? Berapa sen sangat gaji yang dia dapat? Sangat tak masuk akal apabila Aifa memilih lelaki ini sebagai suaminya.

MERINDU WAHYU TUHAN Where stories live. Discover now