Hari ni adalah hari kedua dia bertugas di Maahad Tahfiz Darul Taqwa. Kali ni dia lebih bersemangat untuk memulakan tugasan hariannya dengan harapan ada antara pelajarnya yang boleh masuk ke juzuk satu. Semalam dia gembira juga kerana semua pelajarnya dapat perform dengan begitu baik sekali.
Salman melihat ada juga ustaz sudah memulakan kelas mereka pada pagi ni. Ada juga kelas yang bermula pada jam 8 terutamanya kelas abang iparnya sendiri. Ingat ke sebagai mudir dialah paling awal mulakan kelas. Rupanya tidak juga. Salman mengeluh perlahan. Dah jam 6:50 pagi masih belum nampak batang hidung pelajarnya. Kalau ikutkan ni dah kira lewatlah mereka masuk ke kelas sedangkan solat Subuh dah lama lepas. Takkan mereka boleh lupa pula.
"Manalah diorang ni Ya Tuhan..." bisik hatinya.
Salman tunggu lagi. Jam dah menunjukkan pukul tujuh pagi barulah seorang demi seorang pelajarnya masuk ke kelas. Baru hari kedua takkan dia nak marah pula. Tapi kalau lewat sampai 15 minit macam ni memang mencabar emosinya juga.
"Ke mana semua ni? Kan saya dah suruh catat jadual dekat Al-Quran tu. Takkan lupa?" soal Salman serius.
"Maaf ustaz. Kami betul-betul lupa tadi." jawab Adli.
"Muda-muda boleh lupa dah? Saya ni punya semangat nak masuk kelas kamu pula buat saya rasa tak semangat nak mulakan kelas. Dah semua berdiri je dekat situ. Hari ni semua habiskan surah Al-Fiil sampai Al-Fajr. Lepas tu esok settle surah Al-Gasyiyah sampai An-Naba'. Lusa semua kena mula hantar saba' juzuk satu. Satu mukasurat atau lebih tanpa ada alasan. Faham ke tidak ni?" kata Salman serius.
"Faham ustaz."
"Siapa yang patut mulakan dulu ni? Kan saya dah tetapkan giliran masing-masing semalam." tanya Salman.
"Saya ustaz." Najmi mengangkat tangannya.
"Ha, sini. Untuk juzuk ni saya tak mahu ada apa-apa masalah ya." pesan Salman. Semua pelajarnya sudah mengangguk tanda faham.
**************************************
"Surah pendek macam ni pun masih ada kesalahan. Ni kalau baca dalam solat macam ni, macam mana Najmi? Rasanya surah hari ni semua yang basic." komen Salman.
Najmi terdiam. Dia perasan perubahan wajah ustaz Salman selepas mereka lewat masuk ke kelas tadi. Dia tak seceria seperti semalam. Malah hanya banyak diam. Bersuara saat dia menegur kesalahan yang dibaca saja. Selain itu Salman banyak mendiamkan diri. Mungkin juga dia sedang fokus menyemak hafalan pelajarnya.
"Betulkan balik. Karang semua ni dah baca kamu kena ulang balik." Salman menyerahkan Al-Quran pada Najmi.
"Baik ustaz." balas Najmi.
"Kesalahan yang kecil macam ni untuk surah basic begini kalau zaman saya memang dah lama kena tibai. Saya ni cuma nak bagi peluang pada kamu je. Tapi yang ni pun berulang-ulang kesalahannya, saya juga sakit hati. Dah mula juzuk satu nanti kalau buat kesalahan berulang macam Najmi ni saya libas terus kot!" kata Salman sambil memandang wajah pelajarnya.
"Part panjang pendek, dengung tak dengung dan yang lain-lain tu kena ambil pedulilah. Jangan main langgar je baca. Ni saya tak pernah dengar lagu bacaan Al-Fatihah kamu. Kalau Al-Fatihah pun problem agak-agak solat kamu macam mana? Sah ke tidak?" bebel Salman lagi.
"Dah pergi breakfast dulu. Kejap lagi kita sambung." arah Salman.
Semua pelajarnya sudah menutup Al-Quran. Laju je mereka keluar dari kelas. Salman menggelengkan kepalanya. Kalau bab makan laju je. Bab Al-Quran terus punah. Salman hanya menunggu di dalam kelas. Nak sarapan pun dah kenyang pula perutnya. Tadi dekat rumah awal-awal pagi lagi ibunya dah menyiapkan sarapan untuk mereka sekeluarga.
YOU ARE READING
MERINDU WAHYU TUHAN
General FictionSalman Al-Farisi, namanya persis sahabat nabi. Disangka dengan penuhnya ilmu agama di dadanya dia dapat menolak godaan dunia. Tapi sebenarnya orang yang makin tinggi ilmu agama inilah yang sering diuji. Keputusan peperiksaannya tidaklah dalam lingku...