BAB 22

63 2 0
                                    

"Salman, bangun Man. Dah Asar ni. Kau tak nak bangun ke Man? Kau dari dulu tak berubah-ubah eh? Ni kalau ada Tuan Guru Sheikh Adnan lama dah kau kena Man. Dia pantang kalau time nak masuk waktu pun ada yang masih tidur ni." sapa seorang lelaki.

Salman yang sedang lena tidur membuka matanya perlahan-lahan. Lagi mengejutkan bila mereka menyebut nama Tuan Guru Sheikh Adnan yang merupakan gurunya di pondok dulu. Salman terus memandang dua orang lelaki dihadapannya. Dia bangun perlahan-lahan. Dipandang sekali lagi wajah lelaki yang sedang merenungnya. Lepas itu matanya terus terbuka luas. Tak sangka mereka dapat bertemu lagi di sini. Salman terus memeluk dua sosok tubuh yang amat dirinduinya.

"Ya Allah, tak sangka dapat jumpa korang dekat sini. Bila sampai?" tanya Salman teruja.

"Kami baru sampai Salman. Tak sangka jugalah dapat jumpa kau dekat sini. Sejak bila kau join tabligh ni? Setahu aku kau bukan suka join benda macam ni. Dulu masa cuti kami ajak kau, sampai ke sudah kau menolak." balas Mizan.

"Aku ikut abang ipar aku je." balas Salman semula.

"Mana abang ipar kau? Tak nak kenalkan dengan kami ke?" tanya Yusri pula.

"Nantilah aku kenalkan. Aku pun tak tahu dia dekat mana. Maaflah aku tertidur tadi. Lepas sampai terus terlelap dekat sini." kata Salman.

"Dahlah, bangunlah. Kau kalau dapat tidur memang tak ingat dunia ya. Nak masuk Asar dah ni." ajak Yusri. Salman mengangguk.

Salman bangun dan terus mengekori langkah Yusri dan Mizan yang sedang menuju ke tempat ambil wuduk. Dia sendiri tak sangka dapat menemui sahabatnya itu sekali lagi. Selepas habis saja pengajiannya dulu dia terus pulang ke Kuala Lumpur. Manakala Mizan dan Yusri mereka pulang ke kampung halaman masing-masing. Tak sangka pula mereka boleh berjumpa lagi sini. Dia memang tahu sahabatnya itu suka mengikuti jemaah tabligh ni. Tapi tak sangkalah dapat berjumpa lagi setelah beberapa bulan mereka terpisah.

Sebaik saja masuk ke dalam masjid, mata Salman melilau mencari kelibat Zuhair. Tak nampak. Dia pergi pula ke luar dan mengintai ke kereta, Zuhair juga tak kelihatan. Sebaik saja azan berkumandang, Salman tersentak. Dia kenal benar suara itu. Rupanya Zuhair awal-awal lagi berada di saf paling hadapan sekali. Dia terus masuk ke dalam masjid kembali untuk bersiap sedia menunaikan solat Asar berjemaah.

Selesai saja azan, Salman nampak abang iparnya berada di tempat imam pula. Fikirannya terdetik, memang Zuhair merupakan salah seorang yang sangat aktif dalam jemaah ni. Sangat berbeza dengan dirinya yang hanya datang sini kerana dipaksa dan terpaksa. Apa saja yang dia lakukan dalam hidupnya semua kerana dipaksa. Kalau tidak, dah tentu dia akan hanyut dengan kehidupan laghanya.

Selepas selesai saja solat Asar, semua jemaah dipelawa untuk menjamah minuman petang. Selepas mengambil makanan je Salman terus meluru ke arah Mizan dan Yusri. Zuhair pula sudah duduk bersama dengan Abdullah, Sabil dan beberapa orang lagi sahabatnya yang tidak dikenali oleh Salman. Mujur jugalah dia berjumpa dengan Mizan dan Yusri. Dapatlah juga dijadikan kawan bersembang.

"Kau orang buat apa sekarang ni?" tanya Salman.

"Aku balik kampung sambung menorehlah Man. Itu je kerja hakiki aku sekarang." balas Yusri.

"Kau Mizan?"

"Berniaga kecil-kecilan je. Alhamdulillah cukuplah untuk aku tampung keluarga aku. Ada jemputan aku akan mengajarlah di mana-mana masjid surau." balas Mizan pula.

"Ni kau tanya kami, kau buat apa sekarang?" tanya Yusri pula.

"Tak ada buat apapun. Jadi guru tahfiz je." balas Salman perlahan.

"Eh, okaylah tu Man. Aku ada jugalah hasrat nak mohon mengajar budak-budak tahfiz dekat kampung aku, tapi setakat ni tak ada kekosongan lagilah." ujar Mizan.

MERINDU WAHYU TUHAN Where stories live. Discover now