BAB 25

64 3 0
                                    

"Morning mummy, daddy!" Salman menyapa mummy dan daddynya sebaik saja turun dari bilik.

"Morning. Duduk makan." balas Datin Mahani.

"Ni mummy masak apa pagi ni?" Salman sudah menarik kerusi untuk duduk.

"Kak Nadia kamu masak. Makanlah mi goreng tu."

Salman mengambil pinggan. Mi goreng yang berada di hadapannya dicapai lalu dicedok ke dalam pinggannya. Dah lama rasanya dia tak makan bersama mummy dan daddynya. Masa balik ke sini hari tu pun terpaksa ke Penang terus. Pagi ni ka baru dia berpeluang untuk menjamu selera satu keluarga. Salman menjamah makanan perlahan-lahan. Kepalanya dianggukkan untuk mengakui kesedapan mi goreng yang dimasak oleh kakaknya.

"Smart-smart wangi-wangi ni kau nak ke mana Man?" tanya Nadia.

"Tu nak bawa Alif jalan-jalan." balas Salman.

"Betul ke paksu? Yeay!" Alif bersorak gembira.

"Kalau bab jalan laju je. Kalau abi suruh mengaji macam-macam alasan dia. Kena paksa baru jalan." Zuhair menyindir anaknya.

"Kamu layan sangatlah si Alif ni Man." balas Nadia pula.

"Alah bukan selalu." jawab Salman ringkas.

Salman menghabiskan mi goreng yang berada di dalam pinggannya. Lepas itu dia ke sinki untuk membasuh tangannya. Dia duduk di meja makan kembali ke sambil tangannya ralit meleret di skrin telefonnya.

"Sebelum kahwin kamu kena jumpalah ayah Aifa dulu Man. Minta restu. Lagipun ayah dia juga perlu jadi wali." kata Zuhair tiba-tiba.

Bila dengar je Zuhair kata begitu Salman terus meletakkan telefonnya ke tepi. Dia ada juga memikirkan soal itu. Cuma dia sendiri tak tahu bagaimana nak bertemu dengan ayah Aifa.

"Nak jumpa macam mana, Aifa pun tak nak cakap pasal ayah dia. Abang pun tahukan trauma dia pun berpunca dari ayah dia sendiri." kata Salman.

"Tak boleh macam tu. Apa-apa pun dua tetap wali keramat pada Aifa. Kamu kena bincang juga dengan dia. Mungkin dia boleh bagi alamat rumah dia. Takkan nak pakai wali hakim sedangkan ayah dia masih hidup Man." tambah Zuhair lagi.

"Betul tu Man. Apa-apapun kamu kena jumpa ayah dia dulu. Lepas tu baru boleh proceed benda lain. Majlis lajak dua tiga bulan lagi pun okay." kata Datuk Awang pula.

"Macam mana kalau dia tak boleh terima Man daddy?" Salman menyatakan kebimbangannya.

"Abang teman kau. Nak Man? Balik sana nanti kau terus jumpa Aifa. Kau kena tanya ayah dia dekat mana. Benda baik Allah permudahkan Man. Percaya tu." nasihat Zuhair.

Salman menongkat dagunya. Macam-macam yang bermain di fikirannya. Nak kahwin pun susah. Tapi betullah kata daddy dan abang iparnya. Kena dapatkan persetujuan dari ayah Aifa dulu. Tapi bagaimana dia mahu pujuk wanita itu untuk memberitahu keberadaan ayahnya? Aifa langsung tak pernah cerita tentang keluarganya masa mereka bertemu dulu. Hendak menelefon, gadis itu tak mempunyai telefon. Salman melepaskan keluhannya.

Berjuang buat gadis idamannya dia akan teruskan. Walaubagaimana halangan mendatang pun dia nekad untuk dapatkan wanita itu menjadi hak mutlaknya. Mungkin satu dunia membantah, namun dia percaya dengan pautan cinta yang terdetik sudah semestinya akan menjadi senjata yang paling tajam untuk jadi pertahanan cinta mereka. Salman nekad, dia tetap akan memperisterikan Aifa Amanda. Dia buat keputusan untuk balik ke rumah ibu ayahnya pada tengah hari esok.

"Mummy, daddy, esok Man nak balik rumah ibu ayah ya?" pinta Salman.

"La, sekejapnya balik sini." ujar Datin Mahani.

MERINDU WAHYU TUHAN Where stories live. Discover now