BAB 43

65 1 0
                                    

Encik Hairi tiba dahulu di hospital sebaik Nadia menelefonnya. Dia sangkakan Aifa yang menelefon rupanya orang lain. Dia terkejut apabila mendapat berita yang tidak disangka ni. Sebagai seorang ayah sudah tentulah dia berasa amat bimbang dengan keadaan yang menimpa anak dan menantunya.

Datuk Awang dan Datin Mahani dalam perjalanan ke hospital. Begitu juga dengan Datuk Zahari dan Datin Hasnah. Mereka juga risau apabila Nadia menelefon memberitahu tentang Zuhair yang cedera di kepala akibat kejadian ini.

Sabil pula menawarkan diri untuk mengambil ibu dan ayah Salman untuk dibawa ke hospital. Nadia membiarkan kerana Sabil menghalangnya memandu seorang diri pada lewat malam sebegini.

Bila semua dah ada di hospital, mereka sabar menunggu kata putus doktor tentang keadaan Salman. Mereka harap Salman berada dalam keadaan yang baik-baik saja. Aifa juga masih dirawat oleh doktor. Nadia agak terkejut apabila mendengar berita dari doktor berkenaan dengan adik iparnya.

Zuhair duduk di sebelah isterinya. Lukanya sudah dicuci dan dirawat oleh doktor. Kepalanya terasa sakit hingga kini. Bila dia buat imbasan X-ray tadi mujurlah tiada kecederaan serius di kepalanya sedangkan kepalanya terhantuk kuat tadi.

"Uncle, mummy, daddy, ibu, ayah, tadi doktor ada beritahu Nadia pasal Aifa. Nadia harap semua tak terkejut la." Nadia mula berbicara.

"Ada apa Nadia?" cepat-cepat Encik Hairi mencelah.

"Aifa keguguran. Nadia sendiri tak tahu sama ada Aifa ni tahu ke tidak dia mengandung. Salman pun tak ada kata apa dekat kami. Nadia rasa mungkin mereka tahu lagi Aifa mengandung." jelas Nadia.

Semua yang berada dekat situ agak terkejut. Nadia pun sama terkejut lepas doktor memberitahu berita itu kepadanya tadi. Lagi menyedihkan anak di dalam kandungan Aifa tidak dapat diselamatkan. Hairi melepaskan keluhannya. Kalaulah dia tahu berita itu dari awal sudah semestinya dialah orang yang paling gembira kerana bakal mendapat cucu sulung.

"Saya tak sangka Razin sanggup bertindak sampai macam tu sekali. Saya minta maaf datuk, datin." Hairi rasa bersalah.

"Tak apalah Hairi. Benda dah jadi." balas Datuk Awang.

"Keadaan Salman macam mana Zuhair? Nadia?" tanya Puan Aini pula.

"Kami tak tahu lagi. Doktor pun tak keluar lagi dari bilik tu. Doalah moga-moga Salman berada dalam keadaan yang baik-baik je." balas Zuhair.

"Kamu okay Zuhair?" tanya Datuk Zahari.

"Zuhair okay je pa. Cuma kepala ni sakit lagi. Kesan terhantuk tadi masih terasa." balas Zuhair. Perutnya juga terasa sakit. Mungkin kesan tendangan Razin tadi.

"Abang okay tak ni? Kalau tak okay, abang baliklah rehat. Sabil tu nak balik dah tu. Abang ikut dia ya?"

"Tak apa. Abang nak tahu keadaan Salman." balas Zuhair.

Zuhair membuka telefonnya sebaik saja ada mendengar mesej yang masuk bertalu-talu. Dia tahu pasti dari group Whatsapp kakitangan Maahad. Mereka tentu nak tahu keadaan Salman ketika ini.

Ustaz Zuhair kami baru dapat berita ni. Ustaz Salman macam mana? - Ustaz Ahmad

Ustaz Salman macam mana ustaz Zuhair? Ada berita dari doktor dah ke? - Ustaz Kimi

Kami belum dapat apa-apa berita tentang ustaz Salman. Nanti ada apa-apa berita saya beritahu semua. Mohon doa agar ustaz Salman baik-baik dengan isterinya ya. - Sabil

Zuhair memandang Sabil. Mujur Sabil tolong jawab mesej-mesej itu. Sabil faham dalam keadaan begini sudah pasti ahli keluarga Salman dan Aifa berada dalam keadaan getir. Biarlah dia yang menjawab mesej itu.

MERINDU WAHYU TUHAN Where stories live. Discover now