BAB 14

60 2 0
                                    

"Semua fokus pada Al-Quran ya. Jangan ada yang dalih, main bagai. Kalau ada benda nak tanya, tanya je saya dekat depan ni." pesan Salman pada seluruh pelajar Mahaad Tahfiz Darul Taqwa.

Jam baru je menunjukkan pukul 8:45 malam. Kelas malam habis lebih kurang jam 10 sebelum kesemua pelajar kembali ke asrama untuk beradu. Nampaknya lebih kurang sejam lebih dia kena duduk bertapa dalam surau ni. Salman menongkat dagunya sambil memikirkan apa yang harus dia buat ketika ini.

Salman terfikir mengapalah Zuhair tak letakkan dua orang guru untuk jaga kelas malam. Sekurang-kurangnya dia adalah teman berbual. Pelajar setiap tahun makin bertambah. Pelajar lelaki saja dah ada dalam 30 orang. Guru-guru MTDT pun makin bertambah.

"Yang dua orang belakang tu mari duduk depan ni. Orang suruh hafal dia bersembang. Lepas tu pagi-pagi orang suruh hantar saba' tergagap-gagap." ngomel Salman. Dua pelajar itu patuh pada arahan guru mereka. Mereka bangun lalu duduk di depan.

"Ni kamu hafal berapa juzuk dah?" tanya Salman sambil menjeling.

"18 ustaz."

"21 ustaz."

"Habis tu yang menyembang tu kenapa? Ingat dah syahadah. Rancak sangat berbual belakang tu." kata Salman pula.

"Maaf ustaz." balas pelajar itu.

"Kalau menyembang lagi saya suruh duduk luar tu. Biar kena gigit nyamuk." perli Salman.

Rupa-rupanya Salman diperhatikan oleh Zuhair dan juga Sabil. Mereka memerhati Salman dari kejauhan. Berkali-kali juga Sabil ajak Zuhair berlalu. Namun dia enggan. Dia bukan apa cuma nak tengok saja Salman fokus atau tidak pada kelasnya. Tambah-tambah sejak dua menjak ni dia asyik mengelamun tanpa arah tujuan.

"Boleh tahan garang juga dia." bisik Zuhair.

"Itulah. Tapi dia tak mesra sangat dengan pelajar ya." jawab Sabil yang seakan-akan bersetuju dengan kenyataan Zuhair.

"Dahlah. Jom balik. Karang dia perasan macam mana? Kita mengendap dia macam penyamun dah lagaknya." ujar Sabil. Kalau ikutkan dia mahu berlalu cepat-cepat dari situ.

"Sabarlah. Enta ni pun." Zuhair tak puas hati.

Prengggggg! Kaki Sabil terlanggar besi yang diletakkan di belakang surau. Secara tak langsung ia menyedarkan Salman dari lamunannya. Semua pelajar sudah tertumpu ke arah tingkap. Zuhair dab Sabil menunduk. Ni kalau Salman pergi ke belakang memang kantoi diorang malam ni.

"Enta langgar besi tu kenapa?" bisik Zuhair.

"Terlanggar la. Entalah punya pasal ni!" Sabil mula menyalahkan Zuhair. Kenapalah dia kena ikut kerja gila Zuhair ni. Aduhai.

"Aik, ustaz berdua buat apa ni?" suara Salman memecah gegendang telinga mereka.

Zuhair dan Sabil beriak biasa. Mereka bangun tanpa mempedulikan apa yang berlaku sebentar tadi. Zuhair pula memandang sekeliling Maahad itu sekadar nak menunjukkan mereka ada buat spot check di seluruh Maahad.

"Tak, kami melawat kawasan. Memang rutin abang beginilah Man. Kalau ada masa memang abang turun buat spot check sendiri. Takut ada pelajar yang ponteng ke pencuri ke kan." ujar Zuhair tanpa rasa bersalah.

"Kan meronda ni kerja pengawal keselamatan. Dia tak ada ke malam ni?" tanya Salman hairan.

"Ada je. Tapi kau faham-fahamlah abang ipar kau ni Man. Ada masa dia suka buat kerja sendiri. Dia tak suka menyusahkan orang." jawab Sabil pula.

"Ustaz, kaki tu berdarah tu." tegur Salman setelah melihat ada darah yang mengalir di kaki ustaz Sabil.

Zuhair memandang ke arah kaki Sabil. Ya ada lelehan darah yang terdapat di kakinya. Mungkin terkena besi tadi. Sabil pula bila orang dah tegur baru dia perasan. Mereka semua terus duduk di kerusi batu yang disediakan. Mata Sabil sudah mencerlung ke arah Zuhair. Sebab Zuhairlah kakinya luka sekarang ni.

MERINDU WAHYU TUHAN Where stories live. Discover now