"Abang tak susahkan abang ke? Man boleh je nak hantar ibu ayah balik."
Salman bimbang andai ibu dan ayahnya menyusahkan kakak dan abang iparnya pula. Kalau ikutkan hati dia mahu sehari lagi dia menyuruh ibu dan ayahnya duduk di sini. Esok baru mereka akan bergerak balik ke Banting.
"Tak apa. Korang baru kahwinkan? Pergilah jalan mana-mana ke. Kalau kau nak tambah cuti lagi seminggu abang okay je." balas Zuhair.
"Oh tak payahlah. Hari Selasa ni Man masuk kelas balik."
"Ni kunci rumah. Rumah ni jarak dua rumah dari rumah abang. Jadi kalau kau mengajar boleh suruh Nadia tengokkan Aifa. Risau kalau apa-apa berlakukan."
"Rumah ni sewa berapa sebulan?"
"Tak ada bayar sewa pun. Perumahan Maahad tu memang untuk guru-guru yang bertugas dekat Maahad tu. Rumah ni dulu ustazah Amira duduk. Tapi sejak dia kahwin rumah tu kosong la. Jadi rezeki kau la nak duduk situ. Kalau ada rezeki lebih kau nak cari rumah lain dekat luar terpulanglah." jelas Zuhair.
"Okay, terima kasih bang. Tak payah saya susah-susah nak cari rumah lain. Duduk situ pun dekat juga nak ke Maahad. Terima kasih eh. Nak gerak dah ke ni?" tanya Salman.
"Ha'ah. Abang nak balik awal sikit." balas Zuhair.
Salman membantu abangnya memasukkan beg pakaian ke dalam but kereta. Mujur barang ibu dan ayahnya tak banyak. Sebab kalau dicampur dengan barang kak Nadia sekeluarga ni memang penuh but kereta ni. Aifa hanya menjadi pemerhati di situ.
"Ibu, kenapa tak balik dengan kami je?" sapa Aifa sebaik saja Puan Aini keluar dari rumah.
"Tak apalah. Ibu ayah tak nak ganggu korang. Alang-alang Zuhair dah pelawa, ibu setuju je la." balas Puan Aini.
"Kami balik dulu ya Awang, Ani. Terima kasih bagi kami duduk sini beberapa hari ni." kata encik Hanifah.
"Nanti datanglah sini lagi. Anak-anak dah duduk jauh. Boleh kita sembang-sembang." ujar Datuk Awang pula.
"Insya-Allah." balas encik Hanifah pula.
Salman, Aifa, mummy dan daddy melihat kereta Zuhair yang sudah hilang dari pandangan mata. Bila dah balik cucu-cucunya memang sunyilah rumah ni semula. Kalau tidak memang suara gelak tawa dan tangis Alif dan Adam yang menjadi alunan dalam rumah ni.
Bila mummy dan daddy masuk ke dalam rumah semula, tangan Salman melingkari pinggang isterinya. Aifa agak terkejut. Dia memandang ke arah suaminya di sebelah. Secara tak sengaja mata mereka bertaut dalam jarak yang sangat dekat. Semakin lama wajah mereka semakin dekat. Hanya bunyi burung pagi yang berbunyi ketika ini.
Aifa menelan air liurnya. Dadanya berombak hebat. Tatapan mata Salman membuatkan dirinya tidak keruan. Rambut suaminya yang sudah menutupi dahi menambahkan kegusaran pada mata yang memandang. Aifa cuba mengawal perasaannya. Dia menolak suaminya perlahan-lahan. Kalau makin lama mereka bertatapan risau hanyut entah ke mana nanti.
"Awak ni, baru saya tenung macam tu awak dah gusar ya?" Salman mengenyitkan matanya.
"Bukan... bukan.." tergagap-gagap suara Aifa membalasnya.
"Apa yang bukan? Bila kita rapat macam ni saya dapat rasa debaran didada awak Aifa. Kalau awak jatuh cinta dengan saya, mohon katakan. Jangan nafikan Aifa. Saya merana." keras suara Salman kali ni.
"Awak saya belum bersedia. Saya minta maaf."
"Bukan tentang itu. Tapi saya nak tahu perasaan awak terhadap saya Aifa Amanda." Salman cepat-cepat menafikan. Dia tahu apa yang terkandung dalam pemikiran isterinya.
Salman sekali lagi merapatkan wajahnya dengan wajah Aifa. Kali ni lebih dekat. Hampir tersentuh hidung mereka berdua.
"Betulkan Aifa Amanda? Awak tahu tak malam tadi...." kata-kata Salman terhenti.
YOU ARE READING
MERINDU WAHYU TUHAN
General FictionSalman Al-Farisi, namanya persis sahabat nabi. Disangka dengan penuhnya ilmu agama di dadanya dia dapat menolak godaan dunia. Tapi sebenarnya orang yang makin tinggi ilmu agama inilah yang sering diuji. Keputusan peperiksaannya tidaklah dalam lingku...