"Sayang, duduk la sini cepat!"
Baru saja pulang dari Maahad, Nadia terus mendapatkan suaminya. Baru saja Zuhair masuk ke rumah, sudah ditariknya. Nadia tak sabar hendak tahu apa yang dibincangkan oleh suami dan adiknya tadi.
"Allah sayang. Bagilah abang masuk dulu. Rehat-rehat sekejap. Ni abang balik terus terjah. Ada apa ni? Nak surprise nombor tiga pula ke?" omel Zuhair disertakan gurauan.
Nadia terus memukul bahu suaminya. Pandai Zuhair bergurau. Buat-buat tanya pula. Padahal dia dah tahu dah apa yang Nadia ingin tahu. Zuhair tak berminat nak bercakap pasal ni buat masa sekarang. Lagipun masih dalam proses perbincangan. Penerimaan Salman sendiri pun tak tahu bagaimana lagi.
"Kalau nak tahu pasal Salman, itu no komen ya. Tunggu je." ujar Zuhair. Baru saja dia nak bangun dari sofa, Nadia tarik lagi tangannya.
"Saya nak tahu bang. Please..." rayu Nadia penuh harap.
"Nak tahu apa? Kan abang cakap tak ada apa-apa. Abang penat sayang. Baik awak tolong saya urut belakang ni. Boleh?" Zuhair dah memalingkan badannya minta diurut.
Nadia patuh. Dia mengambil minyak urut lalu disapu pada badan suaminya perlahan. Zuhair terasa lega. Segala penatnya rasa hilang apabila dapat menikmati urutan kasih sayang dari isterinya. Bila Nadia sanggup urut badannya, Zuhair bagilah sedikit hint tentang perbincangannya dengan Salman tadi.
"Abang suruh dia nikah." ujar Zuhair perlahan.
"Ha? Seriously? Habis tu Salman kata apa?" tanya Nadia seakan tidak percaya.
"Dia tak cakap apa-apapun. Dia pun marah dengan abang tu. Tapi dari dia terus hanyut dengan percintaan entah apa-apa tu baik nikah saja. Lepas tu suka hati dialah." balas Zuhair.
"Awak ni biar betul bang? Nak ke Salman kahwin? Dia masih mudakan?"
"Nak tak nak kena juga. Kalau dah sampai bersentuhan, batas tak jaga macam tu baik kahwin je kan? Sebelum makin jauh dia pergi, kita dulu kena bertindak." balas Zuhair.
"Mummy, daddy, ibu dengan ayah dia tahu dah?"
Zuhair menggeleng. Semua tu akan dibincangkan kemudian. Lagipun mereka akan setuju. Tambah-tambah mummy dan daddy. Mereka pun tahu perangai Salman ni sukar dijangka.
"Itu abang settle kemudian. Cuma abang perlukan bantuan awak untuk kita merisik perempuan tu. Dapat je persetujuan dari dia, on terus." balas Zuhair lagi.
"Cepatnya bang. Macam kita pula duk kahwin tergesa-gesa dulu." balas Nadia.
"Benda baik elok dipercepatkan." balas Zuhair lagi.
*************************************
Salman bertafakur sejenak di atas tikar sejadah. Fikirannya terasa berat ketika ini. Pelbagai benda yang menganggu fikirannya. Dia lebih banyak mengurungkan diri sejak tadi. Dia terfikir sanggup juga Ilham buat begini terhadapnya. Apakah niat sahabatnya? Salahkah sekiranya dia juga nak rasa kasih sayang dari seorang wanita yang dipanggil kekasih? Memang kehidupan seorang huffaz banyak pantang larangnya? Salman betul-betul tak boleh berfikir secara waras buat masa ini.
Dia meraup wajahnya. Al-Quran dihadapannya dipandang. Semakin hari ingatannya makin pudar. Dia rasa kesal. Ayat demi ayat yang selama ini tersemat di otaknya hilang sedikit demi sedikit. Tak tahu lagi dimana dia nak luahkan semua ni. Dia jiga kecewa dengan diri sendiri. Begitu berat ujian yang Allah turunkan padanya. Salman tertekan akhirnya.
"Kembalikan ingatan aku dengan ayat-ayat suciMu Ya Allah. Aku insan hina lagi kerdil memohon ampun denganMu. Tegurlah, dan bimbinglah aku Ya Allah andai aku jauh tersasar dari landasan syariatMu. Hanya padaMu aku mohon pertolongan. Sukar untuk aku hadapi perkara ini Ya Allah. Terlalu berat kau menghukumku. Ampunkan aku Ya Allah, Ampunkan aku!"
YOU ARE READING
MERINDU WAHYU TUHAN
General FictionSalman Al-Farisi, namanya persis sahabat nabi. Disangka dengan penuhnya ilmu agama di dadanya dia dapat menolak godaan dunia. Tapi sebenarnya orang yang makin tinggi ilmu agama inilah yang sering diuji. Keputusan peperiksaannya tidaklah dalam lingku...