BAB 27

60 2 0
                                    

Semua urusan persediaan perkahwinan telahpun diselesaikan. Salman pula dah balik ke rumah ibu dan ayahnya beberapa hari lebih awal. Esok Maahad akan dibuka kembali setelah bercuti selama seminggu.

Salman merenung apa yang ada di depannya. Berada di bawah pokok rendang ini memang tempat kegemarannya sejak dulu lagi. Sekiranya dia mahu melepaskan tekanannya atau menenangkan dirinya, sudah tentu sini jadi tujuannya. Angin yang bertiup kencang menambahkan lagi ketenangan dihatinya.

Salman melabuhkan kepalanya di atas riba ibunya. Hatinya gusar ketika ini. Sebelum dia sah menjadi suami orang nanti, dia terlebih dahulu perlu menyelesaikan tuntutan abang iparnya sebelum ini. Dia betul-betul takut untuk menantikan saat itu yang akan tiba lebih kurang seminggu saja lagi. Sekarang pun setiap kali lepas Subuh dan Maghrib sudah tentu fokusnya hanya pada Al-Quran. Dia perlu khatamkan hafalannya dalam masa seminggu ni.

"Ibu, ibu doakan Man ya. Salman selalu minta mummy dan ibu doakan." kata Salman dengan kegusaran di hati.

"Ibu selalu doakan. Setiap kali lepas solat dah tentu ibu akan doakan Salman. Salman pun nak kahwin dah. Nanti janganlah lupakan ibu dan ayah ya. Walaupun Man tak lahir dari rahim ibu, tapi Man satu-satunya harta kami yang paling bernilai." ujar Puan Aini.

"Man takkan lupakan ibu dan ayah la. Ibu dan ayahlah yang besarkan Salman. Yang jaga segala-galanya untuk Man. Terima kasih ibu."

Hati Puan Aini tersentuh. Walaupun sekarang kurang masanya dengan Salman, namun Salman tidak pernah lupakan mereka walaupun dia dah berjumpa dengan keluarga kandungnya semula. Kehidupan keluarga Salman jauh lebih indah dari mereka. Namun Salman tidak pernah hanyut dengan kekayaan keluarga yang dia miliki. Dia tetap balik ke rumah yang tak seberapa ini. Tidurnya tetap lena biarpun tanpa penghawa dingin. Makannya tetap berselera walaupun sekadar ikan goreng bersama kicap. Salman memang anak yang baik.

"Man sayang ibu tau. Sayang sangat-sangat." Salman mencapai tangan ibunya lalu dikucup lembut.

"Ibu pun." balas Puan Aini sambil tersenyum.

*************************************

Pagi ini Salman datang ke Maahad dengan penuh semangat. Sudah seminggu kakinya tidak dijejakkan ke sini. Tak menafikan hatinya rindu. Rindu hendak menatap wajah bakal-bakal yang bergelar hafiz Al-Quran. Walaupun hari masih gelap tambahan pula waktu Subuh pun belum tiba, para pelajar masing-masing sudah berkumpul di surau. Masing-masing sibuk dengan Al-Quran pada pagi ni.

Salman melangkah menuju ke surau. Sementara ada masa lagi ni sempat juga dia mengulang hafalan walaupun hanya sekadar setengah juzuk. Asalkan dia tidak tinggalkan lagi Al-Quran seperti dulu. Sebaik saja kakinya melangkah ke dalam surau, dia ternampak ustaz Ahmad yang sudah melambai ke arahnya. Salman terus berjalan menuju ke arah ustaz Ahmad yang memanggilnya tadi.

"Awal datang ustaz." sapa Salman.

"Minggu ni giliran saya tengokkan budak-budak ni Salman. Ni saya nak tanya sikit. Boleh ke?"

"Eh boleh je ustaz. Nak tanya apa ya?"

"Semalam ustaz Zuhair ada contact saya pasal tu. Betul ke?"

Salman dah agak. Mesti ustaz Ahmad mahu bertanya tentang itu. Salman angguk berat. Bila ustaz Ahmad dah ajukan soalan macam tu, rasa debarnya menyerang semula.

"Betullah tu ustaz." jawab Salman.

"Bila nak berlangsungnya majlis kamu?"

"Insya-Allah ustaz tak lama dah. Dapat je kelulusan dari pejabat agama, berlangsung teruslah." balas Salman sopan.

"MasyaAllah. Bertuah sungguh wanita yang memiliki kamu. Alhamdulillah."

"Bertuah celah mananya ustaz? Saya biasa-biasa je." balas Salman malu-malu.

MERINDU WAHYU TUHAN Where stories live. Discover now