BAB 47

67 2 0
                                    

Salman sudah pulang ke rumah. Pertama kali juga mereka solat berjemaah disertai oleh ayah mentuanya. Hairi rasa terharu kerana pertama kali dia dapat merasai nikmat sebegini. Sebelum ni dia hanya solat seorang diri saja. Itupun kadang-kala ada juga terbabasnya.

Selesai saja solat, Salman membacakan doa. Sekali lagi buat hati lelaki tua itu tersentuh. Selepas saja mengaminkan doa Salman terus menoleh ke belakang. Tangan ayah mentuanya dikucup dengan penuh hormat. Selepas itu dia bersalam dengan isterinya pula seperti biasa.

"Pertama kali ayah dapat rasa solat diimamkan oleh menantu sendiri. Sebelum ni ayah solat sorang-sorang je. Ada masanya ayah langsung tak solat."

"Jangan cakap begitu yah. Biasalah kita manusia. Ada masanya terumbang-ambing. Takpa, perlahan-lahan." balas Salman.

"Man, Aifa, ayah nak balik esok. Dah lama sangat ayah dekat sini temankan Aifa. Terima kasih Salman atas segalanya. Ayah dapat Aifa semula."

"Alhamdulillah. Salman pun gembira dapat tengok penyatuan keluarga ni semula. Harap hubungan ayah dengan Aifa baik-baik je lepas ni." balas Salman.

Aifa hanya memasang telinga. Salman terus memeluk ayah mentuanya. Dia bersyukur semuanya dipermudahkan. Semuanya selesai dan berakhir dengan baik.

Bermacam-macam yang mereka lalui sebelum ini banyak mengajar jiwa lelakinya. Salman semakin faham erti tanggungjawab sebagai seorang suami. Tak mudah namun inilah setiap lelaki perlu menanggungnya.

Salman bangun perlahan-lahan. Hairi sudah masuk ke bilik. Tinggallah Salman dan Aifa berdua di ruang tamu. Aifa membantu suaminya bangun. Sejadah dilipat lalu diletakkan di kerusi. Baru saja Aifa hendak berlalu, Salman terus menarik tangan isterinya untuk duduk.

"Duduklah sini. Nak pergi mana?"

"Aifa nak kemaskan sejadah ni la."

"Itu kejap lagi boleh buat. Duduklah dulu sini."

"Kenapa ni?" tanya Aifa hairan.

"Saja nak tengok wajah Aifa. Dah lama abang tak rasa nikmat ni. Balik-balik tengok muka doktor dengan nurse dekat hospital tu menyampah juga." Salman tergelak.

"Hahahahahah! Ada-ada je."

"Lama tak tengok Aifa gelak macam ni. Abang bersyukur sangat sayang. Macam-macam kita lalui. Kejadian tak sangka berlaku, tapi Allah masih rezekikan abang tengok wajah isteri abang. Abang nampak Aifa lebih kuat sekarang. Berbeza dari dulu."

"Atas bantuan abang juga. Kalau abang tak ada, Aifa tak tahulah apa jadi. Aifa takkan kuat macam sekarang. Sebab tu hari-hari Aifa doa moga-moga abang bangun. Alhamdulillah abang berjaya lakukannya."

"Abang sayang Aifa tau. Sayang sangat. Seluas lautan, sebanyak pasir di tepian pantai, dan selama mana ombak beralun."

"Aifa pun sama."

Salman tersenyum lagi. Dahi isteri dikucup lembut. Aifa hanya membiarkan suaminya bermain dengan jari-jemarinya. Dia tahu jari runcingnya ini sering menjadi permainan Salman. Kadang-kadang masa nak tidur jari inilah jadi peneman suaminya.

***************************************

"Ustaz Zuhair, boleh tak waktu riadah nanti kami nak ziarah ustaz Salman? Kami rindu kot dengan dia." pinta Najmi selaku wakil pada kawan-kawannya.

Zuhair dah agak dah tujuan mereka ke mari menemuinya. Nak minta keluar dari Maahad la kiranya ni. Tapi mujur juga Salman duduk di sini. Kalau dia tinggal di rumah ibu ayahnya memang tak dapatlah diorang ni ziarah Salman.

Zuhair cepat-cepat menghantar mesej pada Salman untuk memberitahu tentang kehadiran pelajarnya. Dia tak mahulah kalau kehadiran mereka mengganggu Salman dan isterinya. Tambahan pula Salman masih dalam proses penyembuhan.

MERINDU WAHYU TUHAN Where stories live. Discover now