BAB 5

64 2 0
                                    

Salman rasa nak campak saja telefonnya ke dinding biar hancur berderai. Dia minta tangguh sebulan je pun untuk ke Mahaad tu. Tapi Zuhair tetap tidak bersetuju dan terus memaksa dia. Lagipun dia baru saja tamatkan pengajiannya dua bulan yang lalu. Takkan nak kena berkhidmat terus untuk sekarang? Dia memang belum bersedia.

Masa pun tinggal lagi seminggu saja. Barang apapun dia tak kemas lagi. Entah apa yang dia nak bawa pun tak tahulah. Dia nak tinggal di mana pun dia sendiri tak pasti. Lagi mengharukan entah macam mana dia hendak mengajar budak-budak di situ. Kalau sekadar memperbetulkan bacaan Al-Quran mereka, cukupkah? Salman tidak rasa langsung dirinya boleh mengajar sebagaimana abang iparnya mengajar di Maahad tu.

Ada juga dia memujuk kak Nadia untuk pujuk suaminya. Tapi itulah kakaknya pula menyokong saja apa yang suaminya lakukan. Sekarang dialah yang jadi mangsanya. Bercakap dengan mummy dan daddy pula? Lagilah mereka menyokong menantu diorang tu!

"Pergi je la Man. Daddy ajak kamu ke Mega Sakti kamu tak nak. Daddy boleh letakkan kamu sebagai pekerja biasa dulu. Mungkin sebagai pembantu peribadi daddy sendiri. Bila kamu tak setuju memanglah abang Zuhair kamu tu ambil kesempatan pula ajak kamu ke Maahad tu." suara Datuk Awang memecah gegendang telinganya. Salman meraup wajahnya.

"Daddy sukakah kalau Man jadi guru tahfiz? Macam abang Zuhair? Ye la, daddykan orang berpengaruh dekat sini." kata Salman lagi.

"Daddy tak kisah. Daddy pun tak mengongkong kamukan? Tapi kamu ada dua pilihan tu je. Kamu pilih mana-mana pun daddy akan setuju je." balas Datuk Awang.

"Tapi Man tak ready daddy!"

"Pergi je la. Jangan buang masa kamu dengan benda tak elok. Kamu tu budak lepasan sekolah agama tau. Daddy tak nak tengok kamu berkeliaran sana sini tanpa tujuan hidup Salman. Cukuplah daddy dah gagal didik kakak kamu dulu. Kakak kamu tu suami dialah yang banyak ubahkan dia. Nak harapkan daddy dengan mummy? Memang lambat lagi." Datuk Awang terus bangun. Dia sempat menepuk perlahan bahu anaknya.

Salman mengangguk saja mengiyakan kata-kata daddynya. Nampaknya semua menyokong abang Zuhair untuk bawa dia ke sana. Tak pernah terfikir langsung yang dirinya akan kembali lagi ke situ. Tempat yang penuh bersejarah dalam hidupnya. Tempat penyatuan kembali dia dengan keluarga kandungnya. Malah tempat dia belajar Al-Quran kalam Allah yang suci. Namun pembawaan gelaran 'ustaz' untuk dirinya teramatlah berat. Salman tidak inginkan panggilan itu.

Man, minggu depan jom. Kita keluar sekali. Cuma Badri je la tak ada. Dia dekat oversea. - Daniel

Telefon berdering. Dia melihat mesej dari kumpulan Whatsapp sahabatnya. Dia memandang mesej itu dengan pandangan yang kosong. Entah hendak dibalas apa. Tambah-tambah minggu depan dia takkan ada di KL ni dah. Dia terpaksa ke Maahad pula.

Tak boleh kot. Aku dah mula kerja Daniel. - Salman

Kau kerja mana Man? - Ilham

Maahad tu la. Abang ipar aku dah memaksa. Aku tak ada pilihan lain do. - Salman

Wei, baguslah tu! Boleh kau turunkan ilmu kau dekat junior kita pula. - Daniel

Nanti kau datang rumah perlindungan Tautan Kasih Man. Aku ada di sana. Dekat je dengan Maahad tu. - Ilham

Buat apa nak ke sana? - Salman

Tu rumah perlindungan yang isteri aku usahakan. Jadi kita dah lama tak jumpakan? Bolehlah aku nak jumpa dengan kau nanti. - Ilham

Molek juga tu. Insya-Allah ada masa aku sampailah. Send location bro. - Salman

Ha boleh boleh. - Ilham

*************************************

Hari ni Salman bercadang hendak pergi ke masjid tempat Daniel bertugas tempoh hari. Dia berharap Maghrib nanti adalah Daniel di situ. Selain mummy dan daddynya yang beri semangat padanya, Daniel juga antara orang yang berjaya membuatnya terbuka hati hendak kembali ke Maahad itu. Salman sendiri tak sangka peristiwa dia bergaduh besar dengan Daniel dulu membawa kepada keakraban hubungan mereka. Cuma mereka berpisah selama beberapa tahun kerana Salman fokus pada pengajiannya.

MERINDU WAHYU TUHAN Where stories live. Discover now