BAB 17

54 1 0
                                    

"Sayang, awak tahu tak adik awak tu bergaduh lagi?" soal Zuhair tiba-tiba. Dia mengambil tempat di sebelah Nadia.

"Bergaduh kenapa pula? Dengan siapa pula kali ni? Mana abang tahu?" soal Nadia semula.

Zuhair mengangkat bahunya. Dia sendiri tak tahu nak beritahu bagaimana lagi. Tapi bila tengok kesan tumbukan di pipi dan mulut Salman dia tahu pergaduhan itu agak besar juga kali ni. Cuma dia tak dapat nak tanya Salman dengan lebih teliti kerana dia enggan menjawab.

"Teruk ke?"

"Teruk jugalah kesan dia. Sampai lebam mulut dan pipi dia." balas Zuhair. Tangan isterinya dielus lembut.

"Astagfirullahaladzim. Dia tu kenapa? Salman ni tak habis-habis buat hal." keluh Nadia. Dia sendiri tak dapat memahami adiknya sendiri.

"Salman tu fighter betul ya. Dari zaman dia budak-budak dulu memang begitulah dia. Pantang orang usik, pantang orang bantah cakap dia. Cuma yang ni abang tak tahu sebab apa dia gaduh. Abang tanya dia marah abang balik." jawab Zuhair.

"Abang tegurlah dia sikit. Saya risau dia tu hanyut jauh. Nak jadi gangster ke apa sampai bertumbuk bagai?" keluh Nadia geram.

"Abang tak ada daya nak tegur dia dah. Dia pun dah besar panjang. Ada otak boleh fikir sendiri. Lantak dialah nak buat apapun. Karang dia kata abang mengongkong dia pula." balas Zuhair sambil menyandarkan kepalanya di atas bahu isterinya.

Zuhair akui dia penat dengan Salman sebenarnya. Tambahan pula Salman seperti terkena kejutan budaya. Macam-macam yang hendak dicubanya. Dia sedang meniti erti kebebasan dunia luar setelah bertahun-tahun lamanya terperuk dalam dunia Maahad dan madrasah. Bila keluar saja Salman bagai mencari identiti diri yang sebenar.

"Jangan give up dengan dia bang. Abang pun tahukan mummy daddy sangat mengharapkan kita tengok-tengokkan dia dekat sini." ujar Nadia lembut.

"Tengok tu boleh. Tapi kalau nak tegur susah dah. Dia dah jadi buluh, payah nak dilentur." balas Zuhair.

"Abang, yang abang kata nak keluar tiga hari tu jadi ke? Hujung bulan ni kan? Kebetulan Maahad cuti masa tu kan?" tanya Nadia.

"Ha'ah. Insya-Allah kalau tak ada aral. Nanti abang hantarlah Nadia dengan anak-anak dekat rumah mummy daddy."

"Ajak Salman sekali. Kot-kot boleh hilang baran dia tu." cadang Nadia.

"Dia nak ke? Kalau dia nak abang on je. Lagipun Sabil pun ikut sekali."

"Ajak je dia. Dia kalau balik sana abang tahukan dia kuat merayau."

"Ye la. Nanti abang cakap dengan dia. Kalau dia tak nak, abang tak paksalah." balas Zuhair. Matanya dihalakan ke kaca televisyen semula.

Baru saja dia nak bermanja dengan isterinya, Zuhair terdengar telefonnya berbunyi. Matanya dibuka kembali untuk melihat mesej yang masuk. Bila lihat saja mesej yang dihantar oleh pengirimnya Zuhair terus terbangun. Dia memandang gambar yang dihantar satu persatu. Matanya terbeliak, tangannya agak menggigil.

Nadia yang perasan perubahan wajah suaminya terus diambil telefon Zuhair. Dia juga turut memandang gambar-gambar itu. Nadia menutup mulutnya kerana tak sangka. Suaminya dipandang seolah-olah meminta penjelasan.

"Apa benda ni bang? Salman ke?" tanya Nadia seakan tidak percaya.

"Biar betul Salman tu. Susah abang nak caya." balas Zuhair. Dia masih cuba bersangka baik.

"Tapi kalau tengok dari belakang, Salman tu bang. Diakan suka buat rambut fesyen rare macam tu. And, siapa sebelah dia tu?" tanya Nadia.

"Abang tak tahu. Payah abang nak percaya ni." Zuhair menggelengkan kepalanya.

MERINDU WAHYU TUHAN Where stories live. Discover now