III

91 3 0
                                    

Salman terjaga dari tidurnya. Dia melihat jam yang baru saja menunjukkan pukul 2:30 pagi. Perutnya juga tiba-tiba terasa lapar. Malam tadi dia jamah makanan sedikit je. Mungkin itu yang menyebabkan perutnya kembali lapar. Salman bangun dari katil lalu keluar untuk menuju ke dapur.

Dari jauh lagi Salman nampak lampu dapur terbuka. Dia pasti mesti ada orang yang sedang berada di dapur ketika itu. Salman malas nak ambil tahu. Dia mahu meneguk segelas air bagi menghilangkan dahaganya. Sambil-sambil tu bolehlah dia tengok apa yang boleh dimakan untuk mengisi perutnya yang sedang lapar itu.

Salman rasa nak undur balik bila ternampak Zuhair yang turut berada di dapur pada ketika itu. Sebaik saja dia ingin melangkah pergi, namanya diseru. Salman menoleh ke belakang semula. Dia nampak Zuhair sudah menuangkan air di dalam gelas satu lagi.

"Marilah minum. Kau dahagakan?" pelawa Zuhair.

Dia mengambil tempat duduk berhadapan dengan Zuhair. Salman meneguk air dengan rakusnya. Bila rasa dahaganya dah hilang, dia terasa lega.

"Terima kasih. Tak tidur lagi ke?" tanya Salman sekadar hendak memecahkan kesunyian rumah.

"Tak. Abang tak mengantuk lagi. Nak makan ke Man?" tanya Zuhair semula.

Salman menggeleng. Memang tadi perutnya lapar. Tapi bila dah terserempak dengan Zuhair di dapur ni, dia lupakan sajalah hasrat nak makan tu.

"Kenapa kau banyak mengelak dari abang eh sejak semalam? Kau marah abang ke Man? Atau kau tak boleh nak terima abang?" Zuhair mula bersuara sebaik saja Salman hendak pergi dari situ.

"Mana adalah." balas Salman geram.

"Dah tu? Ye la mungkin kau tak selesa abang dekat sini. Tak apalah. Lusa abang baliklah rumah papa abang pula. Tapi kalau kau nak abang balik hari ni pun boleh. Asalkan kau selesa di sini."

Salman menggaru-garukan kepalanya. Apa kenalah dengan ustaz Zuhair sorang ni. Kenapa tiba-tiba dia sensitif semacam? Salman mengambil tempat duduk berhadapan dengan lelaki yang bergelar abang iparnya.

"Jangan nak mengada boleh tak? Karang apa kata daddy dengan mummy? Duduk je la sini. Saya cuma perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan suasana baru ni. Ustaz tak payahlah lebih-lebih." suaranya agak perlahan namun cukup bisa pada pendengaran Zuhair.

"Saya ni bukan dengan ustaz je saya tak selesa tau. Dengan mummy, daddy malah kak Nadia pun saya tak berapa selesa. Tolonglah faham. Saya ni kalau diberi peluang, malam ni juga saya nak balik rumah ibu ayah. Ingat saya suka duduk sini? Memang taklah." Salman terus bangun lalu menuju ke biliknya dengan hati yang retak beribu.

"Saya minta maaf kalau saya berkasar dengan ustaz. Saya tak ada niat pun nak sakitkan hati ustaz. Saya bukan nak kurang ajar ke apa, cuma saya masih cuba terima semua ni. Bukan mudah untuk saya terima semua ni ustaz. Saya masuk bilik dulu." Salman mahu menitiskan airmata ketika ini. Hatinya terasa sakit.

Zuhair tersentak. Dia ingat Salman boleh terima semua ini. Namun sangkaannya meleset. Salman masih belum menerima keluarganya sepenuh hati. Dia faham apa yang dilalui Salman bukan mudah. Dia juga tak marahkan Salman. Memang Salman perlukan masa saat ini. Zuhair harap suatu hari nanti dia boleh menerima keluarga kandungnya dengan hati yang terbuka.

Mereka semua sedang menjamah sarapan pagi tanpa kehadiran Salman. Puas Datin Mahani memanggil anaknya turun. Namun Salman lebih memilih untuk turun lambat sedikit. Datin Mahani mengalah. Dibiarkan Salman seorang diri di dalam bilik.

"Salman tu kenapa tak mahu turun lagi? Orang lain dah nak habis makan kot." bebel Nadia.

"Nadia, dahlah. Biarlah dia. Nanti dia lapar pandai-pandailah dia turun." balas Zuhair.

MERINDU WAHYU TUHAN Where stories live. Discover now