BAB 13

67 2 0
                                    

"Rekod hafazan kamu mana?" soal Zuhair.

Adli memandang ke arah Najmi. Najmi perasan pandangan Adli terus dia memberitahu rekod hafazan itu telahpun berada di tangan ustaz Zuhair. Bila dah diberitahu begitu memang sahlah Salman agak terkejut. Tambah pula rekod pelajar kelasnya masih lagi kosong. Dia sendiri tak sempat nak menandanya.

"Kenapa bagi dekat dia? Kan saya tak sempat tanda apa-apa lagi." keluh Salman.

"Ustaz Zuhair minta juga ustaz. Lepas tu dia pesan kalau nak rekod hafazan tu balik dia suruh ustaz ambil sendiri. Saya tak tahu." jawab Najmi.

Salman menyandarkan badannya. Benda tu dah sampai pada Zuhair sah-sahlah dia yang kena nanti. Apalah yang merasuk fikiran abang iparnya sampai dia selalu ambil tahu tentang kelasnya. Nampak sangat Zuhair masih tak percaya padanya sampai dia dipantau begitu sekali.

Sementara itu Zuhair pula rasa tak puas hati. Dah sebulan Salman di sini. Dah sebulan juga sekumpulan pelajar baru itu masuk ke sini. Tapi bila pandangkan rekod hafazan kelas Salman yang masih kosong membuatkannya dia terkedu. Macam mana dia nak tahu progress setiap pelajar yang berada di bawah bimbingan Salman? Macam mana kalau mereka tak sampai target sepertimana yang dia harapkan?

Man, datang sini jap. - Zuhair

Salman yang dengar telefonnya berdering terus dibuka. Dah agak dah mesti mesej yang masuk adalah dari abang iparnya. Apa pulalah yang dia nak jawab nanti. Zuhair pula bukan sejenis yang boleh terima alasan orang. Salman menggarukan kepalanya. Jenuh!

"Berhenti jap. Tunggu sampai saya datang balik." pesan Salman pada Zarfan.

Salman mengetuk pintu bilik Zuhair. Dia nampak Zuhair sedang leka membelek rekod hafazan di atas mejanya. Salman dapat agak itu mesti dari kelasnya. Zuhair menyuruh Salman masuk apabila terdengar pintu diketuk.

"Ada apa eh?" tanya Salman walaupun dia dah tahu sebab Zuhair memanggilnya.

"Masih kosong Man. Ni kelas pelajar baru yang kedua, full. Kamu tak tanda ke?" tanya Zuhair tanpa selindung lagi.

"Tak sempat tanda lagi. Saya tanda dekat Quran diorang je bang." balas Salman perlahan.

"Mana boleh begitu Man. Ni kalau ada pihak atasan turun abang kena kot. Tanda dekat Quran je mana cukup. Takkan diorang nak semak satu-satu Quran tebal-tebal tu." kata Zuhair.

"Nanti Man tandalah bang." balas Salman.

"Kalau time balik laju je. Entah ke mana perginya. Tapi bab kerja out. Nahlah ambil balik ni." Zuhair menyerahkan rekod hafazan itu pada Salman. Salman keluar tanpa sepatah kata.

**************************************

"Ambil ni kamu tanda dulu dengan pensel. Nanti saya tanda balik dengan pen. Tengok Al-Quran tu setakat mana saya tanda." arah Salman.

"Macam mana nak tandanya ustaz? Kami mana faham." keluh pelajarnya.

"Tengoklah mukasurat Al-Quran yang kamu dah hafal tu. Tick je la. Lepas tu tandalah S atau P. Sama ada separuh atau penuh kamu hafal. Contoh kalau mukasurat tiga tu kamu hantar pada saya separuh, tandalah S. Kalau satu mukasurat tandalah P. Lepas tu tulis tarikh balik. Faham ke tidak ni? Kalau tak faham mari tanyalah." jelas Salman panjang lebar.

"Pensel tu jangan tekan. Tulis perlahan je. Asalkan nampak sudahlah. Saya tak nak kalau saya tanda balik nanti ada kesan pensel." kata Salman lagi.

Agak berpeluh jugalah dia bersilat dengan pelajarnya untuk tanda rekod hafazan diorang ni. Salahnya juga sebab tak tanda dari awal. Kalau tidak tak adalah jadi begini.

MERINDU WAHYU TUHAN Where stories live. Discover now