Datin Mahani dan Datuk Awang berkunjung pula ke rumah keluarga angkat Salman. Dia mahu beritahu Aini dan Hanifah tentang majlis perkahwinan Salman yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Walaupun tarikhnya belum ditetapkan namun baginya ibu bapa angkat Salman patut tahu.
"Sihat Hanifah? Aini?" tanya Datuk Awang sekadar beramah mesra.
Puan Aini datang membawa seteko air teh panas dan beberapa buah cawan. Dia menghidangkan air di atas meja kecil yang berada di hadapan sofa.
"Kami sihat je. Ada apa datang ke sini Awang, Ani?" tanya Puan Aini pula.
"Alang-alang dah sampai sini nak cakap sikitlah tentang Salman." kata Datuk Awang.
"Ada apa tu? Awang dengan Ani dah tak nak Salman duduk dengan kami ke?" balas Hanifah pula. Kalau itu tujuan mereka datang ke sini hatinya betul-betul kecewa.
"Eh bukan pasal tu. Salman pun suka duduk sini dari duduk dekat rumah kami. Sebab dia pun dah selesa dengan kehidupan kampungkan. Begini, Salman nak kahwin nanti." ujar Datin Mahani.
Encik Hanifah dan Puan Aini tidak terkejut dengan berita itu. Salman memang ada beritahu dia berkenan dengan seorang gadis ni. Cuma masih belum berkesempatan untuk meluahkan perasaannya.
"Kami tahu dah sebenarnya Ani. Dia ada beritahu dia berkenan dengan seorang perempuan ni. Tapi dia tak kenalkan pada kami lagi." balas Puan Aini.
"Oh ya? Alhamdulillah la kalau Aini dan Hanifah dah tahu. Ni Salman tak tahu pun kami datang jumpa ibu ayah dia."
"Bila dia balik dari Penang tu?"
"Esok katanya." jawab Datuk Awang.
"Beginilah, urusan perkahwinan Salman dengan bakal isterinya kami serahkan pada Awang dan Ani la ya. Lagipun ni ibu bapa kandung diakan. Apa-apapun kami setuju je." ujar Encik Hanifah yang juga mewakili isterinya. Puan Aini mengangguk.
"Kalau macam tu okaylah. Kami nakkan persetujuan dari Hanifah dan Aini je." balas Datuk Awang. Cawan dihadapannya diambil. Air teh itu dihirup perlahan.
"Agak-agak bila nak berlangsungnya?" tanya Puan Aini.
"Insya-Allah kalau tak ada apa aral sebulan dua lagi." balas Datin Mahani.
"Cepatnya!"
"Alhamdulillah jodoh sampai awal. Kita percepatkanlah ya." jawab Datuk Awang pula.
*************************************
Keesokan harinya, lepas Zuhur semua jemaah akan beransur pulang ke tempat masing-masing. Salman gembira berada di sini. Macam-macam perkara baru yang dia belajar. Macam-macam ragam orang yang dia lihat dan ramai orang baru yang dia kenal. Kalaulah dia tahu betapa seronoknya menyertai jemaah tabligh ni sudah tentu dia akan terima ajakan Yusri dan Mizan.
Sepanjang berada di sini, Salman berasa amat merendah diri. Latar belakang yang hadir di sini bukan calang-calang semuanya. Bukan sekadar golongan agamawan saja malah golongan profesional juga turut menyertai jemaah itu. Jika dibandingkan dengan dirinya, Salman merasakan dia adalah orang yang biasa-biasa saja.
"Man, tak ada ke gambar bakal isteri kau?" tanya Mizan.
"Tak ada Mizan. Kalau nak kenal-kenal datanglah nanti ya. Ada tarikh je aku Whatsapp korang terus." balas Salman.
"Yalah."
"Korang bila nak gerak balik ni?"
"Lepas Maghrib Insya-Allah. Kami suka jalan malam. Jalan tengah hari macam ni panas juga. Lagipun kami datang dengan motor je." balas Yusri pula.
"Korang konvoi baik-baik tau. Jangan merempit tak tentu hala. Malam-malam bahaya." sempat Salman menitipkan pesanan buat Yusri dan Mizan.
"Takkan kami nak merempit pula. Man nanti kau nak join tak geng tabligh Sri Petaling? Situ pusat tabligh terbesar di Malaysia tu. 40 hari."
YOU ARE READING
MERINDU WAHYU TUHAN
Ficción GeneralSalman Al-Farisi, namanya persis sahabat nabi. Disangka dengan penuhnya ilmu agama di dadanya dia dapat menolak godaan dunia. Tapi sebenarnya orang yang makin tinggi ilmu agama inilah yang sering diuji. Keputusan peperiksaannya tidaklah dalam lingku...