Kelas baru saja tamat. Baru saja Salman hendak merenggangkan jari-jarinya setelah penat seharian dengan pelajarnya, dia didatangi oleh Adli. Salman memperbetulkan kedudukannya semula. Tumpuannya dialihkan pada anak muridnya.
"Ustaz, saya dah bincang dengan keluarga saya, ibu ayah saya, saya nak berhenti dari sini." kata Adli tanpa selindung lagi.
Salman agak terkejut. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba Adli luahkan hasrat dia untuk berhenti dari Maahad ni. Setakat sebulan mereka masuk, Salman merasakan Adli adalah salah seorang pelajar yang begitu konsisten selain dari Farzan. Bila dia kata nak berhenti, agak terkejut jugalah. Lagipun Adli tak ada apa-apa masalah pun di sini.
"Tapi kenapa? Kamu pelajar yang bagus Adli. Takkan nak berhenti? Hafalan kamu laju. Tak ada sebarang masalah. Kenapa nak berhenti pula?" tanyanya.
"Saya masuk sini dengan halangan dari parents saya ustaz. Saya memang berminat nak hafal Al-Quran. Tapi mereka halang. Mereka tak bersetuju saya masuk bidang agama. Mereka nak suruh saya fokus akademik ustaz." balas Adli.
"Keputusan peperiksaan kamu sebelum ni berapa?" tanya Salman.
"UPSR saya 5A ustaz. PT3 saya 7A 1B. Jadi ibu ayah saya nak saya fokus pada SPM. Saya tak boleh nak tolak ustaz. Apa guna saya ada dekat sini tanpa restu merekakan?" nampak kesedihan diwajah Adli.
Salman agak bersimpati. Bila anak dah minat bidang agama, ibu bapa pula menghalang. Ada anak yang tak berminat nak menghafal Al-Quran, ibu bapa mereka pula desak mereka di sini. Salman betul-betul tak fah dengan sikap ibu bapa zaman sekarang. Apa salahnya sokong minat anak tu.
"Nak saya cakap dengan parents kamu? Saya boleh bincang dengan ustaz Zuhair kalau kamu mahu. Kalau ikutkan hati saya, saya tak nak kamu keluar dari sini. Kamu boleh letak target kamu nak habiskan hafalan dalam masa setahun, lepas tu kamu boleh ke bidang akademik pula." jelas Salman memberikan pendapatnya.
"Saya tak rasa parents saya akan setuju. Saya takutlah nak bantah kehendak mereka ustaz." balas Adli pula.
"Kamu masih berminat nak teruskan di sini? Dalam masa sebulan hanya kamu ya yang dah hafal tiga juzuk berbanding yang lain."
"Kalau ustaz tanya saya, memang saya nak terus berada di sini. Tapi bila parents saya? Diorang nak ke?" tanya Adli seolah-olah tidak yakin.
"Saya akan cuba bincang dengan ustaz Zuhair. Kami sendiri cakap dengan parents kamu nanti. Insya-Allah niat yang baik Allah akan bantu. Jangan risau." Salman menenangkan anak muridnya.
Salman yakin Zuhair mampu selesaikan masalah pelajarnya. Lagipun Zuhair dulu pun lebih kurang macam ni juga. Mendapat tentangan keluarga disebabkan minat dia terhadap bidang agama. Tambah-tambah abang iparnya juga berasal dari keluarga elit. Dia pasti masalah Adli ini dapat diselesaikan nanti.
**************************************
Zuhair sudah mengambil maklum tentang seorang pelajar kelas Salman yang mahu berhenti dari Maahad itu. Dia pun sudah berhubung dengan ibu bapa Adli untuk datang menemuinya pada hari ini. Zuhair sendiri tak faham mengapalah ada ibu bapa yang tidak bersetuju apabila anak mereka hendak belajar agama. Tiba-tiba dia teringatkan kisahnya suatu ketika dulu. Papanya begitu menentang dia untuk ke bidang agama. Begitu juga Haura. Tapi Haura sekarang pun sedang sambung degree di UKM dalam bidang perniagaan.
"Bang, diorang sampai dah." ujar Salman.
"Ya? Suruh diorang masuk. Kau pun ada sekalilah Man." pesan Zuhair.
"Ni parents Muhammad Adli ya?" tanya Zuhair sekadar hendakkan kepastian.
"Ya, kamilah parents dia ustaz. Saya rasa ustaz pun dah sedia maklum tentang anak saya. Saya nak bawa Adli keluar dari sini." kata Encik Azlan.
YOU ARE READING
MERINDU WAHYU TUHAN
General FictionSalman Al-Farisi, namanya persis sahabat nabi. Disangka dengan penuhnya ilmu agama di dadanya dia dapat menolak godaan dunia. Tapi sebenarnya orang yang makin tinggi ilmu agama inilah yang sering diuji. Keputusan peperiksaannya tidaklah dalam lingku...