BAB 31

70 3 0
                                    

Salman masuk ke biliknya. Dia memulas tombol pintu perlahan-lahan. Sebaik saja pintu di buka dia ternampak Aifa yang sedang berdiri di hadapan cermin untuk membuka tudungnya. Nampak saja rambut ikal Aifa yang mengurai Salman kembali menutup pintunya. Hatinya berdebar-debar entah kenapa. Baru saja dia nak gerak, Salman terlanggar abang iparnya pula.

"Kau kenapa Man? Peluh semacam je." tanya Zuhair hairan.

"Errr...errr tak..ada apa...dia dekat dalam." dada Salman berkocak hebat.

"Dah tu? Apa masalahnya? Masuk je la." Zuhair mahu tergelak di situ juga.

"Haih segan saya bang. Tak apalah saya tumpang solat dekat bilik lain la." baru saja Salman hendak berlalu dari situ Zuhair cepat-cepat menahannya.

"Mengada aih kau!" balas Zuhair geram. Malu-malu meow pula!

Zuhair memulas tombol pintu itu semula. Salman ditolak masuk dengan selamba. Lepas itu Zuhair cepat-cepat menutup pintu bilik itu semula.

Salman tak jangka dengan perlakuan abang iparnya. Dia ditolak masuk macam tu je! Salman mengelap peluhnya yang mula memercik di dahi. Dia cuba untuk tidak memandang Aifa. Risau dia tak mampu nak menahan dirinya.

"Eh, awak! Maaf saya tak perasan." Aifa terkejut melihat Salman yang turut berada di dalam bilik itu.

"Hai cantiknya isteri aku!" desis hati Salman.

"Maghrib dah masuk ni. Kita berjemaah sekali ya." ujar Salman. Dia terus meluru ke bilik air.

"Oh, okay." balas Aifa hairan.

Sebaik saja Salman keluar dari bilik air, dia ternampak Aifa yang sedang berbaring di atas katil. Hati Salman semakin melonjak hebat. Namun cepat-cepat dia beristighfar. Aifa bangun lalu menuju ke bilik air setelah suaminya keluar.

"Aduh, masak aku macam ni. Wahai hati, boleh sabar tak? Tolong faham keadaan dia. Aku tak rasa dia bersedia. Dia belum menerima aku sepenuhnya." desis hati Salman lagi.

Salman membentangkan sejadah. Kain pelikat dan kurtanya diambil lalu dipakai cepat-cepat sebelum isterinya keluar. Lepas mengenakan kopiah di kepalanya, Salman duduk di birai katil sambil menunggu Aifa yang sedang bersiap untuk solat bersama-sama.

"Walhamdulillahhirabbil alaminn..."

Salman memandang ke arah isterinya di belakang. Aifa menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Entah macam mana secara spontan Salman terus mengucup ubun-ubun isterinya. Salman menghadiahkan senyuman manis buat isterinya yang amat dicintainya.

"Cantiknya awak." puji Salman. Hari ni saja berpuluh-puluh kali dia memuji isterinya cantik. Berkali-kali juga Aifa termalu sendiri. Wajah Aifa kemerahan.

"Janganlah puji macam tu. Saya malu. Dekat luar tu lagi ramai yang paling cantik dari saya." balas Aifa.

"Perempuan lain tak cantik. Awak je cantik." balas Salman sambil memuncungkan bibirnya.

Aifa merasakan inilah saat terbahagia buatnya. Salman sangat berbeza dari lelaki lain. Setiap kali dia bercakap, bicaranya sangat lembut. Siapa yang mendengar suaranya sudah pasti akan terbuai-buai. Buktinya hari ini berkali-kali dia cair dengan suaminya sendiri setiap kali Salman berbicara dengannya.

"Saya sayang awak tau. Awak kena tahu tu. Siapapun awak, saya tak kisah. Yang penting saya sayangkan awak. Sampai bila-bila, sampai hujung nyawa saya. Selagi saya hidup, setiap saat, setiap masa awak adalah perjuangan saya. Saya nak berjuang untuk awak dan kita sampai ke syurga bersama-sama." Salman tersenyum lagi.

"Aifa saya tak boleh janjikan kemewahan harta benda pada awak. Tapi saya boleh janjikan cinta suci saya terhadap awak. Saya tak mampu nak capai bulan dan bintang, tapi saya akan cuba bahagiakan awak. Walau mungkin saya tak sempurna di mata awak, tapi setiap saat saya mencuba tau." ujar Salman lagi.

MERINDU WAHYU TUHAN Where stories live. Discover now