BAB 11

60 3 0
                                    

"Lepaskan saya ustazah! Janganlah halang saya!" Aifa mula meracau.

Tiga orang sudah memegang Aifa untuk menghalangnya keluar daripada Rumah Perlindungan Tautan Kasih itu. Hanim berkali-kali menelefon suaminya. Namun tak berjawab. Aifa semakin kuat kudratnya. Dia tetap mahu melepaskan diri dari dipegang oleh semua orang. Walau apapun caranya, dia hendak lari dari tadi.

"Aifa, jangan macam ni! Kita duduk dulu ya? Aifa, jangan macam ni!" Hanim terus memujuk Aifa. Namun Aifa tidak termakan dengan pujukan itu. Dia tetap mahu melepaskan dirinya.

"Ustaz mana ni ustazah? Kita je nak uruskan dia susah ni. Aifa terlalu agresif." kata salah seorang penghuni di situ.

"Kita call ambulans la ustazah. Kalau dia terlepas lagi susah kita."

Hanim mengangguk. Tanpa sempat dia menelefon ambulan Aifa terus merampas telefon yang dipegang oleh Hanim. Telefon Hanim jauh tercampak. Dia dah tiada daya lagi bagaimana hendak menenangkan Aifa dalam keadaan sebegini. Penyakitnya datang menyerang lagi.

Bila lihat pergelutan di antara mereka, Salman pantas menuruni kereta. Dia pergi ke arah Aifa yang sudah dikerumuni oleh beberapa penghuni rumah perlindungan itu. Dia ingin membantu. Dia tahu kudrat wanita tidaklah sekuat mana. Tapi bagaimana dia hendak membantu sedangkan dia seorang lelaki? Takkan dia kena pegang Aifa pula? Salman mula mencari jalan.

"Ilham mana?" tanya Salman yang juga turut panik.

"Dia ada urusan di luar. Dia baru je keluar Salman. Tiba-tiba Aifa meracau macam ni. Kami tak tahu nak buat apa." cerita Hanim.

"Kalau macam tu saya tolong bawakan ke hospital ya? Awak boleh bawa masuk dia ke kereta tak?" tanya Salman.

"Boleh kot. Terima kasih Salman. Menyusahkan awak je." balas Hanim.

"Tak apa. Sekarang ni yang penting kita bawa dia ke hospital sebelum dia buat yang bukan-bukan." Salman memberikan pendapatnya. Hanim bersetuju.

"Ustazah, ni ubat Aifa!" wanita itu menyerahkan ubat milik Aifa kepada Salman.

Sebaik saja mereka berjaya memasukkan Aifa ke dalam kereta, Hanim memberi ubat penenang padanya. Mujur juga dalam kereta Salman terdapat sebotol air mineral yang belum dibuka. Kini Aifa kelihatan tenang sedikit. Salman fokus pada pemanduannya. Dia memandu kereta agak laju sedikit dari kebiasaan.

"Aifa selalu macam ni ke Hanim?" tanya Salman.

"Tak adalah selalu. Selalu dia okay je. Ni trauma dia datang balik yang jadi macam tu. Doktor dah cakap dah kalau dia mengamuk ke apa kena cepat-cepat bawa ke hospital. Takut dia bertindak luar kawalan." jelas Hanim. Dia juga turut kepenatan setelah menenangkan Aifa.

"Apa yang dia nak buat tadi?"

"Dia nak gantungkan diri dia di pokok tu. Mujur ada penghuni lain nampak. Kalau tidak tadi tak tahulah apa jadi pada dia." jelas Hanim. Dia amat risau dengan keadaan yang menimpa Aifa sekali lagi.

"Astagfirullahaladzim." Salman yang turut mendengarnya agak terkejut juga.

Salman mengerling ke arah Aifa dari cermin kereta. Dia nampak Aifa agak keletihan. Airmatanya masih bersisa di pipinya. Aifa hanya memandang ke luar tingkap. Keadaannya nampak tidak terurus. Rambutnya berserabai. Dia jatuh simpati pada gadis itu. Apalah yang dia pendam sehingga dia terpaksa lalui semua nk dalam usia yang masih mentah sebegini.

"Dia nampak agak lemah. Biar saya ambil kerusi roda ya. Mungkin kesan ubat tu kot." kata Salman.

Hanim mengangguk. Sementara menunggu Salman mengambil kerusi roda, Hanim dan Aifa tunggu di dalam kereta.

MERINDU WAHYU TUHAN Where stories live. Discover now