Nxde !

885 34 7
                                    

Jika ada kesalahan typo ataupun bahasa, maafkan aku

Langit cerah ditemani gumpalan-gumpalan kapas berwarna putih berbentuk abstrak

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Langit cerah ditemani gumpalan-gumpalan kapas berwarna putih berbentuk abstrak. Burung-burung berkicauan merdu, menyambut manusia yang baru turun di tanah Tokyo, Jepun. Kapal yang besar itu sudah kosong, tiada sebarang manusia di atasnya.

" Jumpa lagi " ucap Gillbert sambil melambaikan tangannya.

" Apakah kau tahu mahu berjumpa dengan aku di mana ? " tanya Flavio dengan senyuman manis di bibir merahnya.

Gillbert mengangkat keningnya, " Do you know I'm an animal ? Aku boleh hidu haruman kau. Di mana sahaja kau berada ataupun bersembunyi, aku boleh mencari jejak kau dengan hanya menghidu sahaja " kata Gillbert dengan angkuh.

Flavio mencemik, " Damn dog"

" Stupid and fucking obsessed wolf " ucap Anastasia perlahan dengan cibiran di bibirnya. Dia menjeling Gillbert yang hanya tersenyum sahaja.

" Aku tunggu kau untuk menghidu aku " kata Flavio dengan senyuman miris di bibirnya. Dia mengangkat kedua bahunya lalu dia terus merangkul lengan Anastasia. Dia menarik Anastasia dengan wajah yang datar. Hatinya berdebar-debar kuat.

Anastasia hanya mengikuti sahaja langkah Flavio yang laju. Terkial-kial dia ingin menyaingi langkah model lelaki tersebut yang cepat.

" Interesting " ucap Gillbert dengan senyuman yang sukar ditafsirkan.

" Kau menyukai model lancang itu ? " tanya Victoria dengan serius. Matanya memandang skrin tablet .

" Model lancang ? " Gillbert mengangkat keningnya, aneh dengan panggilan Victoria.

Victoria melihat Gillbert dengan kerutan di dahi, " Kau tak tahu ? "

" Tahu apa ? " tanya Gillbert sambil melangkahkan kakinya, mulai pergi dari pelabuhan tersebut.

Victoria mengikuti langkah Gillbert, " Maron Flavio Moriarty, seorang model yang memperagakan pakaian apapun termasuk lingerie, underwear. Flavio juga seorang model telanjang. Ramai memanggil Flavio bodoh, sombong, mesum dan lancang. Boleh dikatakan sebagai barbarian. Walaupun sikapnya begitu tetapi dia mempunyai jutaan peminat di serata dunia. Peminat nya kebanyakan lelaki daripada perempuan " beritahu Victoria dengan senyuman kecil di bibirnya.

" Barbarian ? " Gillbert mengangguk. Tidak menyangka Flavio dipanggil seseorang yang tidak bertamadun. Ketawa kecil termuntah dari mulutnya.

" Walaupun sikapnya macam tu tapi dia tak hipokrit. Aku menyukainya " Gillbert masuk ke dalam kereta bersama dengan Victoria.

" Kau sudah termasuk ke dalam perangkap nya. Aku nak cakap sesuatu yang Flavio itu seorang yang licik "

" Oh ya ? " tanya Gillbert dengan teruja. Semakin menarik !

[ BL ] LOVE FETISHTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang