Jika mempunyai kesalahan typo dan bahasa, maafkan saya. Happy reading. Hope you guys enjoy this story ! Don't forget to comment, vote and share. Thank you.
Kelopak mata bergerak-gerak kecil. Lambat-lambat, kulit putih itu terangkat, menampakkan keelokkan netra warna coklat gelap yang indah. Matanya kelihatan sayu sahaja. Bangun sahaja, sekujur tubuh rasa kaku, susah mahu bergerak.
Sakit.
Suasana putih dan bauan ubat-ubatan menusuk masuk rongga hidungnya membuatkan dia mengetahui bahwa dia berada di hospital. Keadaan yang malap membuatkan dia keliru. Telinganya mendengar bunyi rintik-rintik hujan yang menuruni, membasahi tanah bumi.
" Vio ? "
" Mama ? " suara Flavio kedengaran parau.
Di sisi kirinya, ada Anne yang duduk di tepi katil. Pucuk hidung Anne merah, lebih-lebih lagi mata tersebut, merah dan basah. Dia sangat-sangat tahu, mesti mama nya baru selepas menangis.
" Sudah sedar sepenuhnya, Vio ? " suara Anne tidak kalah parau juga. Tangan naik, mengusap ubun-ubun rambut Flavio.
Otak Flavio rasanya masih blank, dia menoleh ke sisi kanan. Ada papa nya yang sedang menekan tombol kecemasan pemanggil jururawat.
Tidak lama kemudian, para medis datang. Langsung memeriksa tekanan darah Flavio dan melakukan hal yang lain-lain.
Masih sedikit pusing dan lemas, Flavio menoleh ke arah mama.
Anne hanya senyum. Dalam hatinya sangat-sangat bersyukur apabila melihat anaknya masih hidup.
Beberapa minit kemudian, para medis mulai keluar dari wad itu selepas memeriksa keadaan Flavio.
" Vio... Tolong cepat sihat " beliau mengusap puncak kepala Flavio, manja dan sayang.
" Tulang tangan kamu retak " itu suara papa, detik itu juga, Flavio menoleh ke arah si papa, " Tolong jangan banyak gerak dulu "
Flavio melihat ke arah tangannya yang dibaluti bandage dari siku ke telapak tangga hingga ke jari-jemarinya. Tangannya terasa sangat kaku, tidak boleh bergerak.
Saat itu juga, kedua mata Flavio melebar. Pantas memandang mama, " Bagaimana dengan Gill ? " tanyanya dengan kerisauan yang menggunung.
Demi semesta, dia sangat takut Gillbert cedera parah. Dia melihat dengan mata kepalanya sendiri, bagaimana Gillbert rela melepaskan motor dan jatuh bergolek di atas jalan berturap itu.
" Gill baik-baik sahaja.. Tidak mempunyai kecederaan yang serius. Hanya mempunyai luka-luka luaran sahaja "
Perlahan-perlahan, mata coklat gelap yang jernih itu, mulai berembun. Badannya menggigil kecil. Tangannya mengenggam selimut yang membaluti pangkuannya.
Oh Tuhan ! Dia sangat-sangat bersyukur apabila mendengar berita positif ini !
Dia mahu menemui jejaka itu tetapi ada satu suara dari hatinya, menghalang perlakuannya itu.
KAMU SEDANG MEMBACA
[ BL ] LOVE FETISH
RomanceWARNING BXB 🔞🔞🔞⚠️⚠️⚠️⚠️ Maron Flavio Moriarty, seorang model yang popular di serata dunia. Seorang yang lancang, bodoh dan sombong. Dirinya tidak mempercayai cinta. " Cinta itu hipokrit. Palsu. Hanya ilusi manusia sahaja " Gillbert Enrique Gonza...