Jika mempunyai kesalahan typo dan bahasa, maafkan saya. Happy reading. Hope you guys enjoy this story ! Don't forget to comment, vote and share. Thank you.
Cuaca sungguh cerah sekali. Tidak terlalu panas. Dewa matahari dengan malu-malu menyembunyikan dirinya disebalik gumpalan-gumpalan kapas berbentuk abstrak dan memancarkan cahayanya melalui celahan yang tertinggal. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup lembut, mencium permukaan kulit.
Di satu set meja batu yang berada di taman belakang universiti, seorang pemuda manis duduk sendirian di meja tersebut. Bayu mengucup pipinya dengan lembut, membawa haruman debunga yang berada di sekeliling. Keindahan pokok-pokok bunga yang mekar menjamah mata coklat gelap yang kelihatan redup.
Senyuman merekah di bibir merahnya apabila melihat ada beberapa kupu-kupu berterbangan bebas di taman, mencari bunga-bunga untuk menghisap madu. Dia menongkat dagunya.
Drrt...Drrt..
Bunyi deringan telefon mengalihkan pandangan Flavio daripada kupu-kupu tersebut. Dia memandang telefonnya yang terletak di sebelah buku-bukunya. Mencapai benda berpetak itu, melihat siapa yang melakukan panggilan terhadapnya. Apabila melihat nama sang tunangannya, dia cepat-cepat menjawab panggilan tersebut dengan hati yang melompat-lompat riang.
" Hai ? " sapa Gillbert di seberang sana.
Senyuman lebar terukir indah di bibir merah delima, " Hai Gill ? "
Kedengaran ketawa kecil milik Gillbert membuatkan Flavio turut ketawa. Entah mengapa, perasaan malu menghinggap dirinya bersama jiwa yang menjerit-jerit, kegembiraan.
Mereka saling bertanya khabar antara satu sama lain dan berbual mengenai perkara yang tidak berfaedah. Hanya berbicara kosong dan ringkas. Suasana hening di taman tersebut membuatkan Flavio boleh mengatakan apapun sebebasnya tanpa merasai canggung manakala Gillbert hanya mendengar dengan teliti.
Kadangkala, jika Flavio melakukan gurauan, Gillbert akan menanggapi nya dengan ketawa sahaja, sama seperti sebaliknya. Gaya perbualan Gillbert yang santai membuatkan Flavio nyaman.
Setiap kali mendengar suara antara satu sama lain, jantung akan berdetak tidak menentu. Nadi berdenyut, merdu, liar sekali hinggakan mereka tidak dapat mengawal. Pipi bersemu, memunculkan semburat merah muda yang menjalar ke daun telinga dan leher. Perasaan rindu dan cinta menyentuh lubuk hati terdalam mereka. Mereka tidak bertemu selama dua minggu ini dan itu perkara normal jika merindukan seseorang yang kita cintai.
Suasana penuh dengan warna merah jambu, berbunga-bunga, riang. Membuatkan mereka teruja dan lebih bersemangat bercerita pelbagai hal yang tidak jelas dengan hanya mendengar suara sahaja.
Tiba-tiba, suasana gembira dan bising tadi, menjadi sunyi sepi apabila satu soalan yang meluncur keluar daripada seulas bibir merah bak delima. Warna merah jambu yang menyelimuti mereka, mulai menampakkan titik-titik hitam dan berkembang perlahan, menutupi kebahagiaan tersebut dengan perlahan-lahan.
KAMU SEDANG MEMBACA
[ BL ] LOVE FETISH
RomanceWARNING BXB 🔞🔞🔞⚠️⚠️⚠️⚠️ Maron Flavio Moriarty, seorang model yang popular di serata dunia. Seorang yang lancang, bodoh dan sombong. Dirinya tidak mempercayai cinta. " Cinta itu hipokrit. Palsu. Hanya ilusi manusia sahaja " Gillbert Enrique Gonza...