Pain

167 18 0
                                    

Jika mempunyai kesalahan typo dan bahasa, maafkan saya. Happy reading. Hope you guys enjoy this story ! Don't forget to comment, vote and share. Thank you.

Mata yang terpejam rapat, terbuka secara mengejut bersama nafas yang memburu laju

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Mata yang terpejam rapat, terbuka secara mengejut bersama nafas yang memburu laju. Peluh merenik membasahi permukaan kulitnya. Sebahagian seragam rumah sakit yang dikenakan olehnya sudah bertompok-tompok basah kerana keringat nya yang boleh dikatakan agak banyak.

Dada naik turun dalam tempoh cepat. Sinar lampu yang menusuk retina matanya sedikit menyakitkan tetapi dia tetap melihat lampu berwarna putih yang elok melekat di atas siling. Dalam fikiranya bercelaru, memikirkan pelbagai hal yang tidak jelas.

Ingatannya sedikit kabur. Mulut mengeluarkan erangan kecil, kesakitan. Jantung berdegup dengan perlahan, tiada kehangatan seperti biasa.

" Vio sayang ? "

Satu suara yang lembut menusuk gegendang telinganya. Dia menoleh ke kanan. Matanya menjamah wajah ibu bapanya yang berada di sisi katil yang diduduki olehnya. Kelihatan wajah Anne memerah, seperti seseorang baru lepas menangis.

" Sabar ye, nak ? " pujuk Anne dengan suaranya yang serak. Dia mengelus pipi tembam milik anak lelakinya, menyalurkan kekuatan dan kasih sayang melalui sentuhan.

Flavio kebingungan. Otaknya sedikit lambat memproses. Mencuba mengingati apa yang berlaku sebelum dia pengsan. Dahi berkerut. Perlahan-lahan, satu-persatu peristiwa tersebut berlaku, menyerbu otak Flavio secara terburu-buru membuatkan jiwanya tersentak-sentak, terperanjat apabila mengingati kesemuanya.

Dia memandang wajah Anne dan Ivan. Tangannya menggenggam erat lengan ibunya. Wajahnya kelihatan panik, " Mana Gill, ma ? "

Anne terdiam. Dia hanya menundukkan kepala sahaja. Kesedihan kembali mendatangi dirinya apabila melihat keadaan anaknya seperti ini. Dia hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja. Dia tidak tahu mahu mengatakannya bagaimana. Dia tidak mahu melihat anaknya kembali menangis, jadinya, dia hanya mendiamkan diri apabila disoal bertubi-tubi oleh Flavio.

Apabila dia tidak kunjung mendapat jawaban dari ibunya, dia memandang Ivan. Matanya berkaca-kaca, memohon kepada ayahnya agar menjawab pertanyaannya tadi. Wajah keruh bersama dahi yang berkerut-kerut, menahan kesakitan yang mencucuk hingga ke tulang.

" Papa, mana Gill ? " tanya Flavio. Dia memegang tangan lebar sang ayah, meminta kekuatan. Perlahan-perlahan, dia bangun daripada pembaringan dan mendudukkan dirinya di atas katil hospital.

Ivan kembali membalas genggaman anak semata wayangnya. Dia menarik nafas lalu dihembuskan, perlahan, " Gill di sini, tetapi dia berada di tempat lain. Dia masih belum sedarkan diri, Vio " tangannya yang bebas, mengusap rambut anak lelakinya dengan pandangan mata yang redup.

Flavio terdiam sebentar. Mencuba menguatkan hatinya yang rapuh, " Kalau begitu, kenapa Vio di sini, ma, pa ? "

" Kerana tekanan yang kamu dapati, Vio. Kamu terlalu memikirkan sesuatu dengan serius membuatkan kamu membuatkan kamu mempunyai darah rendah tetapi jangan risau, ia tidak membahayakan. Kamu hanya perlu berehat secukupnya. Mungkin hari ini juga, kamu dibenarkan keluar dari hospital " beritahu Ivan dengan senyuman nipis di bibir.

[ BL ] LOVE FETISHTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang