Jika mempunyai kesalahan typo dan bahasa, maafkan saya. Happy reading. Hope you guys enjoy this story ! Don't forget to comment, vote and share. Thank you.
Flavio mendudukkan dirinya di kerusi yang berada di samping katil hospital. Dia tersenyum kecil apabila melihat satu makhluk mungil sedang duduk bersandar di pangkuannya sambil menggigit-gigit sarung tangan berbulu biri-biri. Pandangannya dialihkan dekat wajah tampan tersebut. Dia terus mencapai tangan lebar dan besar itu lalu dikucup lembut, penuh sopan dan hormat.
" Hi, honey. How are you today ? "
Pertanyaan yang sama selama setahun ini. Iya, Gillbert tidak terjaga dari pengsan selama satu tahun hinggakan tarikh pernikahan mereka terpaksa dibatalkan dan ditukarkan kepada hari lain kerana Gillbert yang tidak kunjung bangun. Tarikh pernikahan mereka diperbaharukan di hujung musim panas ini. Jika Gillbert turut tidak bangun pada waktu itu, tarikh pernikahan perlu ditukar lagi dan lagi. Tidak tahu sampai bila perkara itu akan berjalan. Hanya tunggu Gillbert bangun dan baru perkara itu akan berhenti.
" Apakah kau tahu bahwa tarikh pernikahan kita akan berlangsung tiga hari lagi ? Aku harap kau bangun hari ini ataupun esok. Aku ingin bernikah dengan mu. Membina keluarga kecil kita bersama Hannie. "
Makhluk mungil yang dipanggil Hannie itu mendongakkan kepalanya dan tersenyum lebar ke arah Flavio, menunjukkan dua gigi kelinci yang baru tumbuh sebulan yang lalu.
" Apakah kau tidak mahu bangun dan melihat puteri kita ? Lihat lah, dia sangat cantik dan manis sekali. Aku mengambil nya ketika aku memberikan bantuan dekat panti asuhan yang berdekatan dengan kondominum kita. "
" Hannie sangat baik. Dia pendiam dan mengikut arahan. Tidak banyak menangis. Menyukai ketawa dan tersenyum. Hannie baru menjejak 15 bulan. Jadinya, dia masih tidak boleh berbicara banyak. Hannie hanya bisa mengatakan satu perkataan sahaja seperti papa.. dan daddy.. "
" Apakah kau tahu, honey, bahwa Hannie ini seperti mu ? Biji matanya berwarna hitam legam. Jenis darah nya juga sama seperti mu. Dia juga mempunyai gigi kelinci seperti mu. Sungguh menggemaskan sekali, bukan ? "
" Apakah kamu tahu, melihat Hannie, aku mengingati dirimu. Hannie seperti kembaran mu tetapi versi perempuan dan kecil. Manakala kamu lelaki dan sudah dewasa sekali. Jauh sekali perbezaannya. Melihat Hannie boleh mengurangkan sedikit kerinduan ku pada mu. "
" Apakah kamu tahu bahwa Anastasia sudah berkahwin ? Dia sudah berkahwin dengan lelaki dari Sepanyol. Mereka kahwin setahun lepas dan sekarang ini, Anastasia sedang mengandung. Jadinya, dia tidak boleh melawat mu kerana Anastasia mendapat alahan yang sungguh teruk sekali. "
" Manakala Victoria pula masih sama seperti dahulu. Sendirian tanpa ada sesiapa yang menemani. Selama setahun ini, Victoria menguruskan perusahaan mu dibantu oleh daddy mu. Apakah kau tahu bahwa pekerja-pekerja di pejabat sangat merindukan mu ? Bukan setakat mereka, tapi aku juga. "
KAMU SEDANG MEMBACA
[ BL ] LOVE FETISH
RomanceWARNING BXB 🔞🔞🔞⚠️⚠️⚠️⚠️ Maron Flavio Moriarty, seorang model yang popular di serata dunia. Seorang yang lancang, bodoh dan sombong. Dirinya tidak mempercayai cinta. " Cinta itu hipokrit. Palsu. Hanya ilusi manusia sahaja " Gillbert Enrique Gonza...