Jika mempunyai kesalahan typo dan bahasa, maafkan saya. Happy reading. Hope you guys enjoy this story ! Don't forget to comment, vote and share. Thank you.
Awal pagi, Gillbert dan Flavio sudah berada di stesen keretapi, menunggu dengan penuh kesabaran. Beberapa minit kemudian, mereka menaiki kereta api TGV ke Brittany.
Sepanjang perjalanan kereta api merentas kawasan desa yang indah dan menawan. Lantaran musim sejuk bakal muncul sekitar dua bulan lagi, daun-daun pokok banyak yang sudah menguning emas. Namun, ada jua pokok yang masih hijau. Keadaan alam semulajadi yang indah membuatkan mereka seperti berada di dalam sebuah catan lukisan.
Indah.
Brittany sangat indah dan tenang. Ia bagaikan lukisan bagi pemuda manis itu yang teruja dengan keadaan sekeliling nya. Dia tahu rumah nenek Gillbert terletak di Malestroit. Kebanyakan jalan-jalan dan tembok di pekan ini mengingatkan Flavio pada cerita dongeng. Kebanyakan tembok dibina daripada cobble stone atau batu bundar yang licin.
" Wahhh !!! " jerit Flavio dengan gembira. Di bibir merahnya terukir dengan senyuman lebar hingga menampakkan giginya yang tersusun rapi dan putih.
" Bagaimana ? " tanya Gillbert. Dia gembira melihat senyuman itu. Tidak rugi dia membawak kereta selama 1 jam 5 minit dari Malestroit ke Brittany. Kepenatan yang menghinggap dirinya seperti ditarik semula bila melihat wajah teruja sang kekasihnya.
" I love it ! " ucap Flavio dengan anggukan di kepalanya. Dia menepuk kedua tangannya.
Angin bersiul lembut membuatkan baju labuh mencecah lutut yang dipakai oleh Flavio terbuai di udara seperti kelopak bunga mawar bergoyang bila diterpa angin musim semi. Helaian rambutnya yang panjang beralun.
Gillbert menyewa satu basikal. Mereka berdua menghabiskan waktu bersama sambil mengayuh double bike, mengelilingi bandar Brittany yang cantik.
" Untung sekali kau lahir di sini " kata Flavio yang tengah melihat sekumpulan lelaki pertengahan usia yang tengah bermain muzik di public. Bunyi alat muzik seperti violin, saxophone dan clarinet bercampur, menyentuh pelupuk telinganya dengan merdu.
Gillbert ketawa kecil, " Iya. Kau tiada kampung ? "
" No " singkat jawaban yang diberikan oleh Flavio. Wajahnya ceria memandang sekumpulan lelaki tua Inggeris yang tengah bermain alat muzik. Senyuman lebar terukir di bibirnya.
" Do you know that's song ? " tanya Gillbert dengan kening terangkat.
" Yes ! Tangled Kingdom "
" Gee.. You know ! "
" Yea ! "
Gillbert dan Flavio ketawa kecil lalu mereka mengayuh kembali basikal yang dihentikan sebentar tadi kerana melihat sekumpulan pemain muzik itu.
KAMU SEDANG MEMBACA
[ BL ] LOVE FETISH
RomanceWARNING BXB 🔞🔞🔞⚠️⚠️⚠️⚠️ Maron Flavio Moriarty, seorang model yang popular di serata dunia. Seorang yang lancang, bodoh dan sombong. Dirinya tidak mempercayai cinta. " Cinta itu hipokrit. Palsu. Hanya ilusi manusia sahaja " Gillbert Enrique Gonza...