Jika mempunyai kesalahan typo dan bahasa, maafkan saya. Happy reading. Hope you guys enjoy this story ! Don't forget to comment, vote and share. Thank you.
5 tahun kemudian..
Seorang pemuda manis dengan tubuh yang mungil tengah berdiri di hadapan satu hotel yang tinggi. Di dalam pelukannya, ada satu buku tebal berkulit berwarna coklat cair. Di bahu kanan tergalas satu tas ransel berbahan kulit berwarna hitam.
Kaki runcing yang dibaluti jeans hitam ketat separas bawah lutut melangkah masuk ke dalam hotel Rome. Dia menyapa pekerja lelaki penjaga kaunter yang dibalas dengan senyuman manis.
Pekerja lelaki itu hanya memandang sahaja pemuda manis tersebut. Dia sangat-sangat mengenali lelaki mungil itu kerana setiap tahun, pemuda itu akan datang di sini dan duduk di kamar VIP dalam satu malam lalu keesokan harinya, akan pergi begitu sahaja.
Flavio meletakkan tas ransel dan buku nya di atas kerusi Inggeris yang berada di koridor. Cardigan kelabu dilepaskan dari badannya, menampakkan croptop hitam tiada lengan yang tersarung ketat di badannya.
Selepas meletakkan barang-barang nya di atas kerusi, dia melangkah ke kaunter, " Aku tinggalkan barang-barang aku di situ. Tolong jagakan sekejap, boleh ? "
Penjaga kaunter itu senyum dan angguk, " Baik lah "
Senyuman manis memekar di bibir merah bak delima, " Thank you " lalu dia terus berjalan keluar daripada hotel tersebut. Angin bersiul lembut, menyapa tubuh kurus Flavio yang tengah berjalan sendirian di tepi jalan sambil memegang telefon.
Pin ! Pin !
Bunyi hon kereta bergema di kawasan itu. Cahaya lampu yang terang disuluhkan dekat tubuh mungil Flavio membuatkan Flavio berpaling ke belakang. Saat itu juga, senyuman lebar muncul di bibir apabila melihat kawan-kawannya.
Kereta mewah tiada atap itu berhenti di tepi Flavio. Tanpa membuka pintu, Flavio terus melompat masuk ke dalam kereta dengan ketawa kecil.
Kawan-kawannya, tiga perempuan dan dua lelaki yang berada dalam kereta itu, turut ketawa melihat sikap Flavio.
" Kita nak pergi mana ini ? " tanya Flavio apabila kereta sudah bergerak di atas jalan raya yang kering.
" Hari ini adalah hari terakhir musim panas. Aurora ada membuat parti. Jadinya, malam ini akan menjadi malam yang panas !! " ucap seorang wanita jelita yang duduk di sebelah Flavio. Dia hanya memakai gaun satin ketat warna merah darah separas paha dengan rambut oren yang bergelombang.
Flavio menganggukkan kepalanya, " Oh... Esok sudah masuk musim luruh, bukan ? "
" Iya ! " jawab kawan-kawan, serempak membuatkan pemuda manis itu ketawa geli hati.
Di dalam kereta itu, mereka bernyanyi dengan kuat, mengikuti lagu yang beralun dari corong radio. Kadangkala, mereka ketawa terbahak apabila mengatakan sesuatu yang vulgar dan saling melontarkan godaan nakal antara satu sama lain.
KAMU SEDANG MEMBACA
[ BL ] LOVE FETISH
Lãng mạnWARNING BXB 🔞🔞🔞⚠️⚠️⚠️⚠️ Maron Flavio Moriarty, seorang model yang popular di serata dunia. Seorang yang lancang, bodoh dan sombong. Dirinya tidak mempercayai cinta. " Cinta itu hipokrit. Palsu. Hanya ilusi manusia sahaja " Gillbert Enrique Gonza...