Bite Me 🔞

1K 31 0
                                    

Jika mempunyai kesalahan typo dan bahasa, maafkan saya. Happy reading. Hope you guys enjoy this story ! Don't forget to comment, vote and share. Thank you.

Matahari tegak di dada langit, memancarkan cahaya terik yang membesit. Musim panas sudah menjelang membuatkan cuaca menjadi hangat dan cerah. Bersama dengan semilir angin. Keadaan sekarang ini membuatkan tumbuhan banyak bertumbuh dengan pantas memandangkan mempunyai cahaya yang mencukupi. Saat begini lah, pantai sangat ramai dengan manusia dengan pelbagai aktiviti dan ragam.

Netra coklat gelap memandang pantai yang terlihat berkilauan apabila diterpa sinaran matahari. Sangat indah sekali. Senyuman manis muncul di bibirnya apabila melihat Gillbert dan Hannie saling berkejaran antara satu sama lain.

Jejaka tampan tersebut sudah boleh berjalan. Tetapi, walaupun begitu, Gillbert tidak berjalan dengan laju seperti orang normal. Gillbert melangkah dengan sungguh lambat. Kadangkala, dia turut akan membantu jejaka tersebut untuk berjalan dengan lebih cepat.

Gillbert baru sahaja keluar daripada hospital dua hari lepas. Walaupun sudah tidak duduk di hospital, Gillbert perlu mendatangi hospital setiap minggu untuk menjalani rawatan. Dan para doktor pakar akan saling berbicara antara satu sama lain selepas memeriksa kondisi Gillbert yang semakin buruk.

Kanser pertumbuhan otak yang dihidapi Gillbert sudah di tahap yang teratas membuatkan para doktor sedikit kesulitan. Perkara itu perlu dihadapi dengan serius kerana kanser ini boleh mencabut nyawa pesakit bila-bila masa sahaja tanpa mengenali waktu.

Dia menyuruh Gillbert membuang kanser tersebut. Melakukan pembedahan tetapi sang dominan menolak dengan lembut dan berhati-hati, seperti tidak mahu menyinggung hatinya.

" Jika ini adalah suratan takdir yang ditentukan Tuhan untuk ku, kenapa aku harus melawan kembali ? Jika takdir ku sudah mengatakan bahwa aku akan cepat meninggalkan mu, kita tidak boleh melakukan apa-apa pun. Hanya boleh menerima dengan hati terbuka. Mencuba untuk menerima walaupun tidak mempunyai kerelaan. "

" Waktu semakin cemburu dengan ku. Mungkin ini adalah takdir ku. Mungkin ini adalah balasan sikap ku kerana selalu menyakiti mu beberapa tahun lalu. Jangan menangis jika aku pergi. Hidup lah dengan kuat dan hadapi dugaan dunia dengan tenang tanpa mengenal erti mengalah. "

" Jikalau aku sudah tidak ada, carilah kebahagiaan mu sendiri. Carilah seseorang yang lebih baik dariku. Carilah seseorang yang mampu membahagiakan mu. Kerana aku yakin, jika kita tidak dapat bersama di dunia. Mungkin kita dapat bersama di dunia yang lain. Tetapi, mungkin itu mengambil masa yang lama. "

Setiap kali Gillbert mengatakan mengenai kematian, saat itu, setiap butir mutiara jernih akan jatuh dari pelupuk mata Flavio. Hatinya enggan mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari seulas bibir kissable berwarna pucat tersebut. Walaupun begitu, telinganya tetap terbuka lebar, mendengarkan dengan baik.

Tarikh pernikahan kembali ditukar menjadi penghujung bulan depan. Itu adalah permintaan Gillbert kerana jejaka tampan itu ingin menyelesaikan rawatan. Dan keluarga mereka sangat menyetujui permintaan tersebut. Masing-masing sangat memahami keadaan Gillbert saat ini yang mengalami masa kesulitan diantara hidup dan mati.

[ BL ] LOVE FETISHTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang