Jika mempunyai kesalahan typo dan bahasa, maafkan saya. Happy reading. Hope you guys enjoy this story ! Don't forget to comment, vote and share. Thank you.
" Akh ! "
Jejaka tampan itu terundur beberapa tapak ke belakang bila perutnya ditendang oleh pemuda manis itu.
Flavio melompat turun daripada katil dengan wajah yang memerah. Dadanya berombak ganas dengan nafas yang memburu. Tangannya memegang lehernya yang masih tersarung bandage.
Gillbert memandang Flavio dengan mata terbuntang.
" Aren't you dead ? "
" Do you think I'm too weak to be killed like that ? I will never die in your darn disgusted hand, bastard ! "
Wajah tampan itu muncul garis-garis hitam mendengar kata-kata dari bibir semerah delima itu.
Gillbert berjalan laju ke arah Flavio lalu kakinya menendang perut pemuda manis itu membuatkan Flavio terundur beberapa langkah ke belakang hinggakan tubuh mungil itu berhentaman dengan katil membuatkan katil itu bergerak.
Flavio terbatuk-batuk sambil memegang perutnya yang terasa senak. Batuknya kering.
Mata coklat gelap membesar bila melihat jejaka tampan itu tengah berjalan ke arahnya.
Tidak sempat dia melarikan diri, batang lehernya dicekik oleh tangan kasar itu. Dia meronta-ronta, ingin melepaskan diri. Kedua kakinya menendang-nendang udara dingin.
Mata hitam langit malam membesar dengan urat-urat yang menimbul. Senyuman kaku terukir di bibir kissable semerah ceri. Dia semakin menguatkan cekikkan tersebut.
Tercungap-cungap Flavio ketika salur pernafasannya terhimpit. Wajahnya menjadi kemerah-merahan.
" Jangan harap kau boleh terlepas "
Bisikan gemerisik dari jejaka tampan itu membuatkan bulu roma Flavio berdiri tegak. Jiwanya bergetar dengan perasaan amarah yang meninggi.
Flavio cuba menjerit, tetapi, suaranya tersangkut di kerongkong. Nafasnya terasa sesak kerana dicekik dengan kuat. Mulutnya terbuka dan tercungap-cungap.
Gillbert mencekiknya begitu kemas seperti belitan seekor ular sawa. Muka Flavio mula keputihan. Matanya juga kelihatan sudah timbul urat-urat merah. Dia tidak dapat bernafas lagi. Dalam beberapa detik, nyawanya akan melayang bila Gillbert terus-terusan mencekiknya.
Melihat keadaan Flavio yang semakin teruk, Gillbert terus mencampak Flavio ke arah kanannya.
Tubuh mungil itu terbaring di atas lantai. Perlahan-perlahan, Flavio bangun dan duduk dengan lemas. Tubuhnya tersentak-sentak seperti terkena renjatan elektrik.
Gillbert tersenyum sinis melihat keadaan Flavio. Dia berjalan perlahan-perlahan ke arah pemuda manis itu. Wajahnya datar.
Setiap langkah yang diambil oleh Gillbert membuatkan dada Flavio berdegup. Bagaikan ada deram yang berpalu hebat. Adrenaline menaik secara mendadak.
KAMU SEDANG MEMBACA
[ BL ] LOVE FETISH
RomanceWARNING BXB 🔞🔞🔞⚠️⚠️⚠️⚠️ Maron Flavio Moriarty, seorang model yang popular di serata dunia. Seorang yang lancang, bodoh dan sombong. Dirinya tidak mempercayai cinta. " Cinta itu hipokrit. Palsu. Hanya ilusi manusia sahaja " Gillbert Enrique Gonza...