Valentine's Day ( I )

406 26 2
                                    

Jika mempunyai kesalahan typo dan bahasa, maafkan saya. Happy reading. Hope you guys enjoy this story ! Don't forget to comment, vote and share. Thank you.

Awan berarak mendung, menutupi cakrawala yang membiru

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Awan berarak mendung, menutupi cakrawala yang membiru. Kedengaran guruh berdentum di langit membuatkan suasana gelap. Angin menderu laju bersama beberapa dedaunan yang berguguran, menunjukkan tanda-tanda mahu hujan.

Sang dominan membuka pintu kondominum dan mengajak kekasihnya masuk ke dalam rumah.

Pemuda manis itu senyum dan membuka kasutnya.

" Tidak perlu pedulikan si jalang Mary itu. Dia hanya bercakap kosong sahaja. Jangan risau. Aku tidak akan meninggalkan mu hanya kerana jalang murahan itu " kata Gillbert dengan lembut. Dia menutup pintu lalu dikuncinya. Kasut pantofel dibuka.

Flavio menjeling, " Elehh.. Dahulu, kau layan juga jalang murahan itu " dengusnya dengan perasaan cemburu yang menjalar di jiwanya.

Gillbert ketawa kecil melihat sikap cemburu pemuda manis itu. Dia mengusap helaian rambut tersebut yang halus bak sutra.

" Itu dahulu, baby boo "

" Apakah kau masih berhubung dengannya ? "

" Tidak... "

" Kau mempunyai nombor telefon Mary ? "

Dahi sang dominan berkerut. Biji mata hitam naik ke atas, berfikir. Perlahan-perlahan, dia mengangguk.

" Ada... "

" Buang " pinta Flavio, dingin.

" Ha ? "

" Block nombor jalang murahan itu dan buang namanya dari list contact kau " tegas Flavio dengan rahang yang diketap kuat. Dia memandang wajah tampan itu dengan tajam.

Gillbert mengangguk, " Baiklah "

" Now ! "

Gillbert berdecit perlahan. Dia terus mengeluarkan telefonnya dari kocek seluar.

Flavio menjingkitkan kakinya bersama tangan kecilnya melingkar di bahu tegap itu, mahu menengok telefon Gillbert. Dia mahu melihat dengan mata kepalanya sendiri yang Gillbert menyekat nombor Mary dan membuang dari senarai kenalan.

Gillbert melakukan apa yang diperintah oleh Flavio. Selepas melakukan apa yang dimahukan sang kekasih, dia menunjukkan permukaan skrin telefon dekat muka manis itu.

" Sudah.. Puas ? "

Senyuman lebar terukir di bibir merah. Pemuda manis itu mengangguk dengan laju.

" Sayang kau " ucap Flavio dan menarik wajah Gillbert. Bibirnya tenggelam di pipi cengkung itu.

Gillbert hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Dia berjalan, menuju ke kamar tidur mereka.

" Apakah kau mahu makan ? Aku sudah memasak kari daging yang kau minta tadi petang "

[ BL ] LOVE FETISHTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang